18/06/2026
Semalam abam menerima beberapa pertanyaan dan komen tentang kenapa harga ayam di pasaraya lebih murah berbanding di pasar segar atau pasar pagi.
Jadi di sini abam nak terangkan serba sedikit supaya semua pengguna lebih memahami proses di sebalik harga yang ditawarkan.
Anda boleh lihat sendiri pada bahagian gambar yang disertakan, kenapa harga ayam di pasaraya selalunya lebih murah berbanding ayam di pasar segar atau pasar pagi.
Antara faktor utamanya ialah pembelian dalam kuantiti yang besar terus dari kilang, proses yang telah siap dilakukan di pusat pemprosesan, kos tenaga kerja yang lebih rendah serta operasi yang lebih sistematik.
Manakala di pasar segar atau pasar pagi, ada peniaga yang memproses dan menyembelih sendiri ayam setiap hari. Proses ini melibatkan kos pekerja, penggunaan air dan elektrik, pengurusan sisa, peralatan serta komitmen untuk memastikan ayam yang dijual sentiasa segar kepada pelanggan.
Sebab itulah kadangkala terdapat perbezaan harga antara satu tempat dengan tempat yang lain.
Sebagai pengguna, jangan hanya melihat harga semata-mata. Lihat juga proses, tahap kesegaran, kualiti dan nilai yang anda bawa pulang untuk keluarga.
Harga boleh dibandingkan, tetapi proses dan tahap kesegaran mungkin berbeza.
Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak pemahaman kepada pengguna tentang faktor yang mempengaruhi harga ayam di pasaran. Buatlah pilihan yang terbaik mengikut keperluan dan keutamaan keluarga masing-masing.
๐ DBS Segar & Halal
โLebih Segar, Lebih Berkualiti.โ