18/09/2023
Asal usul locking
Lokcing merupakan salah satu makanan tradisional yang terdapat di Kelantan. Namanya yang unik kerana ianya bukan daripada dialek Kelantan tetapi dipercayai berasal daripada bahasa Thailand. Lok Ching bermaksud "bebola bakar".
Ianya diperbuat daripada isi ikan dengan campuran tepung kanji dan sebagainya. Campuran isi ikan itu dijadikan bentuk bulat dan dicucuk pada lidi. Seterusnya dibakar di atas dapur arang. Setelah masak, ianya dicelup ke dalam sos Thai istimewa yang dipanggil sos manis dan pedas. Ianya sedap dimakan panas-panas.
Kebiasaannya penjual lokcing menggunakan motor beroda tiga atau basikal untuk menjual lokcing dikawasan kampung atau di tempat tumpuan ramai.
Revolusi perniagaan lokcing semakin berkembang mengikut peredaran zaman dan ianya mempunyai penggemarnya tersendiri. Pembaharuan demi pembaharuan dibuat demi memenuhi permintaan lokcing yang tidak ditelan zaman.
Dipendekkan cerita, lokcing selalunya diletakkan dalam bekas empat segi tepat. Kalau anda nak tahu, satu bekas tu kalau berjaya dihabiskan, jumlahnya adalah RM250 sehingga RM300!
Terkedu sekejap saya bila beliau cakap pada saya. Macam-macamlah bermain di benak fikiran saya, maklumlah saya otak businessman-lah katakan. Haha.
Kepala terus mencongak, RM300 x 20 hari adalah RM6000! Allahuakbar murahnya rezeki.
Macam-macam andaiam dalam kepala saya, katalah modalnya hanya 30% sahaja masih lagi boleh tahan p**angannya. Kalaulah dikira dia dengan partner-nya dah jadi double. Fuh, saya p**a yang berpeluh bila mencongaknya.
Padahal abang tu lagi berpeluh kayuh basikal, bahang panas bara api membakar lokcing. Huhu.
Kalau orang tanya saya apa barang paling bernilai untuk abang lokcing, saya jawab kain tuala kecil dia. Yang sering digunakan untuk menyapu titisan peluh dek kerana mencari rezeki. Haha.
Pengajarannya, rezeki Allah maha luas dan jangan sesekali memandang remeh kepada sesama manusia. Kita semua sama tiada beza kecuali hanya orang yang bertaqwa mempunyai darjat yang tinggi di sisi Allah.
#
Enterprise