04/09/2026
Sedikit penjelasan daripada pihak kami 🥺🤍
Kami ingin memohon maaf sekiranya ada pelanggan yang pernah berasa kurang selesa atau keliru ketika berurusan dengan salah seorang staff kami.
Untuk sedikit penjelasan, staff tersebut mempunyai ADHD, jadi ada kalanya cara beliau berkomunikasi, memberi respon atau mengawal reaksi mungkin kelihatan agak berbeza daripada staff lain. Kami faham bahawa bagi customer yang tidak mengetahui keadaannya, sesetengah tingkah laku beliau mungkin mudah disalahertikan.
Walau bagaimanapun, kami tidak menjadikan perkara tersebut sebagai alasan sekiranya customer berasa kurang selesa. Kami tetap akan mengambil perhatian terhadap perkara yang berlaku dan membimbing beliau supaya dapat berkomunikasi serta melayani customer dengan lebih baik.
Kami sangat menghargai sedikit kefahaman dan kesabaran daripada pihak customer.Terima kasih atas kefahaman, kesabaran dan sokongan anda kepada kami. 🙏🏻🥺🥺