Hj Chief Catering

Hj Chief Catering Kepakaran kami adalah membantu anda dengan pilihan menu yang bersesuaian untuk majlis anda

Pada tahun 1987, saya dan Norlida sama-sama melangkah jauh dari tanah air untuk menyambung pengajian di University of So...
25/04/2026

Pada tahun 1987, saya dan Norlida sama-sama melangkah jauh dari tanah air untuk menyambung pengajian di University of South Australia dalam bidang Bachelor of Science in Civil Engineering. Kami melalui kehidupan sebagai pelajar di Adelaide dari tahun 1987 hingga 1991 — berkongsi pengalaman belajar, kehidupan di perantauan dan kenangan sebagai anak Malaysia di luar negara.

Pada tahun 1992, kami sama-sama menghadiri konvokesyen sebagai graduan. Masa berlalu begitu pantas… hari ini Norlida bukan lagi sekadar rakan lama, tetapi kini dikenali sebagai Dr Norlida. Alhamdulillah, satu perjalanan hidup yang sangat membanggakan.
Walaupun masing-masing membawa haluan kerjaya berbeza, hubungan persahabatan itu masih kekal. Dr Norlida juga antara pelanggan yang sering mendapatkan khidmat catering daripada kami di Hj Chief Catering.

Untuk majlis hari raya beliau tahun ini, Dr Norlida membuat tempahan awal pada 19 Mac kerana musim raya biasanya permintaan canopy sangat tinggi. Kali ini beliau memilih transparent canopy supaya suasana majlis lebih elegan dan terbuka, sesuai untuk menerima tetamu dari petang hingga malam.

Majlis berlangsung pada 18 April 2026 dari jam 3 petang hingga 10 malam dengan konsep dua sesi tetamu.

Menu yang dihidangkan kepada tetamu:
sajian klasik
• nasi beriani
• ayam masak merah
• daging masak hitam
• dalcha sayur
• jelatah
• papadom

santapan raya
• lemang & rendang ayam nogori
• bihun goreng kampung
• bihun soto ayam

manis-manis
• bubur pulut hitam
• kole kacang
• talam ubi kayu

minuman
• sirap ros / sirap oren mix
• teh tarik
• kopi o

hidangan istimewa sesi siang
• kambing golek New Zealand dengan blackpepper sauce
• mashed potato & crunchy coleslaw

Terima kasih Dr Norlida atas kepercayaan yang berterusan kepada kami. Dari Adelaide sebagai pelajar… hingga hari ini sebagai tuan rumah majlis raya yang meriah.
Persahabatan lama, kenangan lama… dan rezeki yang terus bersambung. ✨🌙🥘






Pada 25 Mac, saya menerima satu mesej WhatsApp daripada Puan Akidah. Mesejnya ringkas sahaja:“Salam, ada pakej untuk 50 ...
25/04/2026

Pada 25 Mac, saya menerima satu mesej WhatsApp daripada Puan Akidah. Mesejnya ringkas sahaja:

“Salam, ada pakej untuk 50 orang open house?” 😊

Dari satu pertanyaan yang ringkas itulah bermulanya perancangan sebuah majlis kecil tetapi penuh makna.

Pada awalnya kami cadangkan menu biasa untuk open house seperti nasi minyak. Tetapi Puan Akidah memberitahu beliau lebih s**a hidangan yang lebih santai dan berkonsepkan masakan kampung supaya tetamu dapat menikmati rasa yang lebih tradisional dan dekat di hati. 🌾🍛

Jadi kami susunkan menu sajian klasik kampung untuk majlis tersebut.

Menu yang dihidangkan kepada tetamu:
🍚 Nasi putih
🍗 Ayam goreng berempah
🥥 Masak lemak daging salai dengan mangga muda
🦐 Sambal udang petai
🌶 Rendang kerang cili api dengan pucuk paku
🥬 Kacang botol tumis kampung
🧄 Sambal belacan, ulam-ulaman dan ikan masin

Manisan dan minuman:
🍰 Kuih muih 3 jenis
🌹 Sirap ros pandan
☕ Teh tarik

Untuk menambah kemeriahan majlis aqiqah, kami juga menyediakan:
🐑 1 ekor kambing golek aqiqah lengkap dengan blackpepper sauce, mashed potato dan crunchy coleslaw 🔥

Selain makanan, kami turut menyediakan:
⛺ 1 set Arabian canopy lengkap dengan meja, kerusi, kipas dan lampu untuk keselesaan tetamu.

Alhamdulillah pada 18 April, majlis berjalan dengan lancar. Tetamu datang dari pagi hingga petang menikmati hidangan sambil meraikan open house Syawal dan majlis aqiqah dalam suasana yang penuh kemesraan. 🤲✨

Bagi kami di Hj Chief Catering, setiap majlis bermula dengan satu mesej kecil… tetapi berakhir dengan kenangan besar untuk sebuah keluarga. ❤️

Terima kasih Puan Akidah dan keluarga atas kepercayaan kepada kami untuk menjadi sebahagian daripada majlis ini. Semoga anak yang diraikan aqiqahnya membesar menjadi anak yang soleh dan membahagiakan ibu bapa. 🤲

Jika anda merancang:
🏡 Open house raya
🐑 Majlis aqiqah
👨‍👩‍👧‍👦 Kenduri keluarga

InsyaAllah kami sedia membantu dari makanan, kambing golek hingga canopy dan setup majlis.

📲 WhatsApp: 012-329 0108












Nak buat makan-makan santai kat rumah? 🍽️Tak perlu pening kepala fikir menu — kami settlekan!Dari lauk sampai dessert, s...
02/04/2026

Nak buat makan-makan santai kat rumah? 🍽️
Tak perlu pening kepala fikir menu — kami settlekan!
Dari lauk sampai dessert, semua siap hidang 😍

Confirm tetamu puas hati, tuan rumah pun rileks!

DM kat komen✔️

✨ Pakej Aqiqah Kambing Golek – 100 Pax ✨Raikan majlis aqiqah, doa selamat atau majlis kesyukuran bersama hidangan istime...
30/03/2026

✨ Pakej Aqiqah Kambing Golek – 100 Pax ✨

Raikan majlis aqiqah, doa selamat atau majlis kesyukuran bersama hidangan istimewa dari Hj Chief Catering 🤲

Harga istimewa: RM3950

Kambing golek aqiqah
Didatangkan bersama side dish:
• Blackpepper sauce
• Mashed potato
• Coleslaw

Menu hidangan tambahan:
• Nasi putih
• Ayam goreng berempah
• Kari daging
• Pajeri nenas
• Popadom
• Sambal belacan
• Air sejuk kordial

Termasuk:
• Peralatan hidangan
• Pelayan bertugas
• Penghantaran

Tempahan awal digalakkan untuk mengelakkan tarikh penuh.

Hubungi / WhatsApp
Hj Azmir – 0123290108

15/03/2026

Alhamdulillah, selesai sudah amanah kami membekalkan juadah moreh bagi Program Ihya’ Ramadhan Masjid Cyberjaya 10 bagi tahun 2026 / 1447H. Terima kasih kepada pihak masjid atas kepercayaan yang diberikan kepada Hj Chief Catering untuk bersama-sama memeriahkan malam-malam Ramadhan.

Sepanjang 20 hingga 24 Ramadhan (10 – 14 Mac 2026), pas**an kami telah menyediakan 500 pax juadah moreh setiap malam untuk para jemaah yang hadir mengimarahkan masjid selepas solat Tarawih.

Menu moreh yang disediakan:

📅 20 Ramadhan | 10 Mac 2026
🍔 Burger Daging
☕ Kopi O

📅 21 Ramadhan | 11 Mac 2026
🍝 Spaghetti Aglio Olio (Sosej & Ayam)
🍵 Teh O

📅 22 Ramadhan | 12 Mac 2026
🌯 Roti Canai Wrap Daging Burger
🥛 Teh Tarik

📅 23 Ramadhan | 13 Mac 2026
🥞 Roti Jala & Kari Ayam
☕ Nescafe Susu

📅 24 Ramadhan | 14 Mac 2026
🍲 Soto Ayam
🍵 Teh O

Semoga setiap hidangan yang disediakan menjadi asbab tenaga untuk para jemaah terus beribadah, dan setiap rezeki yang dikongsi ini diberkati Allah SWT.

Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada team dapur, crew penghantaran dan s**arelawan masjid yang membantu memastikan semuanya berjalan lancar.

Moga Allah menerima amal ibadah kita semua di bulan yang penuh barakah ini. 🤲






13/03/2026

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT satu lagi amanah telah berjaya disempurnakan.

Pihak Hj Chief Catering merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana telah diberi kepercayaan untuk melaksanakan perkhidmatan membekal, menyedia dan menyajikan makanan bermasak Islam bagi majlis iftar Ramadan dan moreh di Masjid Al-Khadijah, Pantai Dalam bagi tahun 1447H / 2026M.

Sepanjang 10 hari bermula 1 Mac hingga 10 Mac 2026, pas**an kami telah menyediakan hidangan berbuka puasa secara buffet untuk para jemaah dengan menitikberatkan aspek kualiti makanan, kebersihan, penyediaan yang teratur serta pematuhan kepada penyediaan makanan halal.

Senarai menu iftar sepanjang program:

1 Mac 2026 (Ramadan 11)
Nasi Putih, Ayam Goreng Berlada, Tomyam Sayur, Buah Potong, 1 Jenis Kuih

2 Mac 2026 (Ramadan 12)
Nasi Putih, Kari Daging bersama Kentang, Siew Pak Choy Goreng, Buah Potong, 1 Jenis Kuih

3 Mac 2026 (Ramadan 13)
Nasi Putih, Ayam Masak Asam Pedas, Kobis Goreng Mamak, Buah Potong, 1 Jenis Kuih

4 Mac 2026 (Ramadan 14)
Nasi Putih, Ayam Goreng Kicap Pedas, Sayur Campur, Buah Potong, 1 Jenis Kuih

5 Mac 2026 (Ramadan 15)
Nasi Putih, Ayam Masak Kalio, Sayur Lemak Kobis bersama Suun dan Kacang Panjang, Buah Potong, 1 Jenis Kuih

6 Mac 2026 (Ramadan 16)
Nasi Putih, Ayam Masak Kurma, Siew Pak Choy Goreng bersama Lobak Merah, Buah Potong, 1 Jenis Kuih

7 Mac 2026 (Ramadan 17)
Nasi Putih, Sup Daging Berempah bersama Kentang, Sambal Tempe Kentang dan Kacang, Buah Potong, 1 Jenis Kuih

8 Mac 2026 (Ramadan 18)
Nasi Putih, Ayam Masak Lemak Cili Api, Terung Goreng Berlada, Buah Potong, 1 Jenis Kuih

9 Mac 2026 (Ramadan 19)
Nasi Putih, Ayam Masak Kari, Kobis Goreng Mamak, Buah Potong, 1 Jenis Kuih

10 Mac 2026 (Ramadan 20)
Nasi Putih, Ikan Kembong Berlada, Masak Lemak Labu Kuning bersama Pucuk Manis, Buah Potong, 1 Jenis Kuih

Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan Masjid Al-Khadijah atas kepercayaan yang diberikan kepada Hj Chief Catering untuk menjayakan program iftar ini.

Semoga setiap hidangan yang disediakan menjadi amal jariah serta membawa keberkatan kepada semua yang terlibat. InsyaAllah kami komited untuk terus memberikan perkhidmatan katering yang berkualiti dan profesional pada masa akan datang.

Hj Chief Catering
Komited dalam penyediaan makanan halal, berkualiti dan profesional.





500 Packed Meals for DRB-HICOM CSR Project 🚔🍽️Today we had the honour of preparing 500 food packs for the DRB-HICOM CSR ...
13/03/2026

500 Packed Meals for DRB-HICOM CSR Project 🚔🍽️

Today we had the honour of preparing 500 food packs for the DRB-HICOM CSR Project, to be distributed to our frontliners at:

📍 IPD Shah Alam – 100 pax
📍 IPD Petaling Jaya – 100 pax
📍 IPD Subang Jaya – 100 pax
📍 IPD / Polis Trafik KL – 200 pax

The original menu planned was Tauhu Bergedil (6 pieces per pack). However, sourcing 3,000 pieces within the required timeline proved challenging as we were unable to secure a supplier who could meet the volume.

After discussing with the DRB-HICOM team, we proposed something different and exciting:

✨ Our first-ever McD-style Foldover
Made using Ramly's burger patty wrapped with roti canai – giving it a local twist that’s hearty and satisfying.

The frozen roti canai was sourced from Kawan, and the final result turned out beautifully!

Interestingly, this idea was actually tested just yesterday (12/3) when we prepared 520 Foldovers for Moreh for the jemaah at Masjid Cyber10. The positive feedback gave us the confidence to introduce it for today’s CSR packs.

Alhamdulillah, everything went smoothly and we’re grateful for the trust given to us.

Thank you DRB-HICOM for allowing us to contribute to this meaningful initiative supporting our polis frontliners. 👮‍♂️🇲🇾







🌟 FIRST EVER Roti John for DRB Hicom CSR! 🌟🍴 500 packs made with love for our amazing frontliners:📌 IPD Shah Alam – 100 ...
07/03/2026

🌟 FIRST EVER Roti John for DRB Hicom CSR! 🌟

🍴 500 packs made with love for our amazing frontliners:
📌 IPD Shah Alam – 100 pax
📌 IPD Petaling Jaya – 100 pax
📌 IPD Subang Jaya – 100 pax
📌 IPD / Polis Trafik KL – 200 pax

💡 How we made it a success:
Thanks to our experience selling Roti Kebab at the Ramadan Market (Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia) and tips fromm a friend operating a burger joint in Kajang Utama, we perfected the Roti John recipe just for this CSR project.

🎉 The result: Delicious Roti John + smiling frontliners = ❤️

👏 Big shoutout to our HJ Chief Catering team for making this first-ever Roti John CSR project a complete success!

07/03/2026
Majlis Kembara Ramadan YB Menteri Pendidikan Tinggi & Iftar PerdanaUniversiti Sains Islam Malaysia27 Februari 2026Satu m...
07/03/2026

Majlis Kembara Ramadan YB Menteri Pendidikan Tinggi & Iftar Perdana
Universiti Sains Islam Malaysia
27 Februari 2026

Satu malam penuh makna.
Satu pengalaman yang tidak akan dilupakan. 🌙

Majlis Kembara Ramadan bersama YB Menteri Pendidikan Tinggi, Zambry Abdul Kadir, di Universiti Sains Islam Malaysia menjadi saksi kepada penyatuan hati lebih 1,500 tetamu dalam suasana penuh keberkatan dan ukhuwah.

Cabaran bermula apabila pada 24 Februari, pihak penganjur memaklumkan bahawa YB Menteri akan hadir sebagai tetamu kehormat. Dengan kehadiran VVIP, konsep hidangan ditukar kepada hidangan talam (makan dalam dulang) — satu tradisi yang melambangkan kebersamaan dan semangat Ramadan.

Lebih membanggakan, buat pertama kalinya HJ Chief Catering menggalas amanah menyediakan 375 talam berbuka puasa untuk majlis sebesar ini.

Di sebalik kejayaan ini berdiri seorang figura yang tidak pernah kompromi tentang kualiti — Chef Anuwar.
Dengan pengalaman lebih satu dekad dalam industri katering, beliau memimpin pas**an dengan penuh disiplin, ketelitian dan keikhlasan, memastikan setiap talam yang dihidang bukan sekadar makanan… tetapi satu pengalaman berbuka yang bermakna.

Menu Berbuka – Hidangan Talam

VVIP Talam (10 Talam)
• Nasi Putih
• Kari Kepala Ikan Tenggiri
• Kari Ayam
• Ayam Goreng
• Kobis Goreng Mamak
• Sambal Belacan
• Buah Kurma (3 biji)
• Teh Masala (kurang manis)
• Air Mineral 500ml
• Air Sirap

Tetamu Lain (365 Talam)
• Nasi Putih
• Kari Ayam
• Kobis Goreng Mamak
• Sambal Belacan
• Air Mineral
• Air Kordial

375 talam.
1,500 jiwa.
Satu misi — menghidangkan yang terbaik.

Ini bukan sekadar Iftar.
Ini adalah satu lagi sejarah buat HJ Chief Catering dalam mengendalikan majlis berskala besar dengan konsep hidangan tradisional talam.

Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan.
Insya-Allah kami akan terus komited menyantuni setiap majlis dengan standard lebih tinggi, rasa lebih padu dan servis yang lebih berjiwa.






✨ Corporate Event Management | HJ Chief Catering ✨Today, the HJ Chief Catering team had the honor of managing the culina...
12/02/2026

✨ Corporate Event Management | HJ Chief Catering ✨

Today, the HJ Chief Catering team had the honor of managing the culinary experience for the Chinese New Year (CNY) celebration held at Dewan Tan Sri Mahfuz Khalid, Ministry of Public Works.

We proudly served a sumptuous buffet for our valued guests and an exclusive dome menu for the Minister and VIP guests, crafted to meet the highest corporate service standards.

CNY Buffet Menu (660 pax):
• Butter Rice
• Kung Pao Chicken
• Fish Fillet Sweet & Sour
• Cantonese Vegetables
• Watermelon & Orange
• Kodial
• Mineral Water

Special Dome Menu for Minister & VIP Guests (40 pax):
• Butter Rice
• Kung Pao Chicken
• Fish Fillet Sweet & Sour
• Black Pepper Beef
• Cantonese Mix Vegetables
• Braised Broccoli with Chinese Mushroom
• Mixed Fruits
• Mandarin Orange
• Kodial
• Mineral Water

🌟 Highlight Dish:
• Yee Sang

HJ Chief Catering – Delivering excellence, one plate at a time!

Address

22/1, Jalan Kesuma 3/2, Bandar Tasik Kesuma
Beranang
43700

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+601110586677

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hj Chief Catering posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Hj Chief Catering:

Share

Category