12/12/2020
25 Jenis Roti Canai TRANSFER ROAD CAWANGAN BAYAN BARU yang mesti anda cuba. selain dari ROTI CANAI SARANG BURUNG.
1. Roti kosong
Roti pertama yang berada dalam senarai semua orang ialah roti kosong. Roti ini boleh diibaratkan sebagai roti “starter pack” kepada mereka yang baru sahaja mencuba roti di kedai.
2. Roti telur
Roti telur merupakan roti jika anda mahukan sarapan pagi yang kaya dengan protein. Telur yang dipecahkan dalam roti dan kuah kari yang sedap pasti akan mengenyangkan anda sehingga tengah hari.
3. Roti prata
Roti prata sama seperti roti kosong namun yang membezakannya ialah bentuk roti tersebut dan juga tahap garingnya. Roti prata lebih garing dan lauk kari yang dicicah pekat.
4. Roti Bom
Jenis roti yang ke-4 dalam senarai kami, ialah roti bom. Roti bom merupakan salah satu roti yang bercita rasa manis. Roti bom sama seperti Roti prata dari segi bentuk iaitu berbentuk lingkaran.
5. Roti tampal
Peminat telur, roti seterusnya yang ialah roti tampal. Roti tampal berbeza dengan roti telur kerana proses roti tampal ialah dengan memasak telur di atas loyang dan hanya di “tampal” pada roti.
Roti ini sesuai kepada mereka yang s**a akan telur yang masih cair dibahagian tengahnya.
6. Roti sardin
Roti sardin merupakan salah satu roti yang pop**ar. Cara membuat roti sardin adalah sama seperti membuat roti telur tetapi gantikan telur tersebut dengan sardin yang dihancurkan.
Roti sardin yang dibuat dengan betul sangat sedap dan tidak hanyir. Di samping itu, roti ini lembab daripada sos yang dicampurkan sekali daripada tin sardin.
7. Roti tisu
Selain daripada roti-roti di atas, roti yang sering dipesan ialah roti tisu. Roti tisu ini sangat garing dan selalunya sangat besar dan dilapik meninggi. Roti tisu yang sedap ialah apabila ianya garing dan manis.
8. Roti bawang
Roti bawang turut merupakan roti yang sering kali dipesan oleh kebanyakan pelanggan. Kemanisan asli daripada bawang menyebabkan roti bawang ini menjadi pilihan.
Roti ini sangat sedap dimakan dengan kuah kari yang pekat dan agak pedas kerana kesimbangan manis yang digandingkan dengan kuah kari pasti sesuatu yang anda harus cuba.
9. Roti pisang
Apabila kita bercakap mengenai roti pisang, kita tidak bermaksudkan roti kek pisang. Roti pisang ialah apabila meletekkan hirisan pisang dalam roti tersebut.
Pisang yang lembut daripada haba api akan serap ke dalam roti dan menghasilkan bukan sahaja roti yang garing tetapi enak.
10. Roti keju
Roti keju ialah roti yang sering dis**ai ramai. Roti keju punyai rasa masin serta garing yang pasti membuat peminat keju gembira.
11. Roti Milo
Kami pasti anda pernah mendengar air Milo, ais krim Milo tetapi roti Milo? Roti Milo merupakan salah satu jenis roti yang digilai ramai. Serbuk milo yang ditaburkan dengan banyak membuatkan pengalaman makan roti Milo merupakan satu pengalaman yang indah.Taburan Milo yang manis serta roti yang garing pasti akan mngujakan individu yang merasainya.
12. Roti susu
Peminat benda-benda manis pasti akan s**a roti susu. Roti susu ini bukanlah dimakan dengan susu cair tetapi dengan susu pekat yang penuh berkrim. Jenis roti yang sering kali digunakan bagi roti ini ialah roti prata bersama susu.
13. Roti Planta
Roti planta ini tidak harusnya dikelirukan dengan roti prata kerana namanya yang agak sama. Roti planta ini menggunakan planta atau mentega dalam pembuatan roti ini.
Roti bom yang garing dibuat terlebih dahulu dan kemudian ia disapukan atau kadangkala dilumurkan dengan planta agar roti bom ini menjadi lebih garing dan mempunyai rasa yang manis.
14. Roti canai cobra
Roti canai telur goyang ialah roti canai yang dicarik dengan campuran telur separuh masak. Roti ini kemudian dicampurkan dengan kuah kari atau dhal yang panas dan sedap dengan sambal tumis yang menyengat.
Mereka yang mahukan roti dan telur yang berempah, roti ini adalah untuk anda.
15. Roti tsunami/Roti Jantan
Roti tsunami adalah sama seperti roti canai dengan dua telur goyang diatas manakala roti jantan p**a dua telur didalam roti dan dibakar. Roti ini banjir melihatkan kuah kari yang “dibanjirkan” ke atas roti tersebut. Roti ini pasti menarik perhatian ramai kerana aroma kari yang semerbak.
16. Roti Hawaii # # -KOLEKSI SARANG BURUNG
Roti hawaii merupakan roti yang dibuat dengan mencampurkan roti, sosej, nenas dan telur. Apabila siap dibakar, roti ini kemudian di letakkan mayonis di atasnya.
Hidangan ini amat sesuai bagi mereka yang mahu sesuatu yang berat dan mengenyangkan.
17. Roti Jepun # # - KOLEKSI SARANG BURUNG
Roti jepun ini mengandungi telur, marjerin, keju dan susu. Campuran bahan-bahan ini pasti membangkitkan selera anda terhadap roti ini.
18. Roti Maggi # # -KOLEKSI SARANG BURUNG
Roti Maggi merupakan roti gabungan mi Maggi goreng dan roti canai.
Walaupun hidangan ini agak berat, kami pasti akan s**a akan rasanya yang berempah serta teksturnya yang garing.
19. Roti Fujima # # -KOLEKSI SARANG BURUNG
Roti lain yang ingin kami ketengahkan ialah roti fujima. Nama yang pelik padan dengan rasa serta bahan yang digunakan untuk membuat roti fujima ini.
Roti fujima diperbuat daripada jagung dan kemudian ais krim vanila diletakkan di atasnya. Mereka yang gemari sesuatu yang panas dan sejuk, roti fujima ini untuk anda.
20. Roti kaya
Roti kaya sama seperti roti telur dan roti sardin. Cara membuatnya ialah dengan menebar roti terlebih dahulu dan kemudian dengan meletekkan kaya dalam roti tersebut dan membakarnya.
Roti kaya ini adalah untuk mereka yang gemari manis serta kegaringan daripada kulit roti tersebut.
21. Roti Canai John # # -KOLEKSI SARANG BURUNG
Roti berikutnya ialah roti john. Roti john mungkin pernah dilihat oleh anda di pasar malam pada hujung minggu. Berbeza dengan roti john, roti john canai tidak memakai roti panjang namun menggunakan roti prata sahaja.
Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat roti john adalah sama dan ia ditambahkan dengan sos cili dan mayonis bagi membangkitkan selera anda.
22. Roti Canai Nachos # # -KOLEKSI SARANG BURUNG
Bagi mereka yang mahukan kerangupan nachos, kami minta maaf terlebih dahulu kerana kerangupan tersebut tidak akan didapati.
Roti canai nachos menggunakan bahan-bahan bagi membuat nachos. Roti akan dihiasi dengan keju mozzarella dan sayur yang berbagai warna. Ini amat sesuai kepada peminat sayur. Namun ingat bahawa roti canai nachos ini mengandungi potongan ayam atau daging yang penuh berempah.
23. Roti Canai Cheese Mozarella Coklat # # KOLEKSI SARANG BURUNG TERBARU
Roti canai ini diletakkan dengan keju dan mozarella serta dibakar dengan cairan coklat yang akan meliurkan apabila dimakan.
24. Roti Canai sengat lebah cheese madu- KOLEKSI SARANG BURUNG # #
Ini adalah antara inisiatif terbaru cheddar keju yg berintikan madu lebah dibakar hingga meleleh dan diletakkan dalam telur setengah masak, percayalah anda akan tergoda dan puas tak terhingga
25.Roti Salad sosej telur cheese mozarella
KOLEKSI SARANG BURUNG # #
Roti canai seolah hot dog tapi disaluti dengan roti canai dengan sosej besar kepingan keju sos mozarella dan dengan sos cili dan tomato serta mayonoise dan sos special
Sekarang, mana satu pilihan anda?
Maka itulah 25 jenis roti yang terdapat di kedai kami.