Astaka Bukit Gedung

Astaka Bukit Gedung Mempunyai 45 gerai dimana setiap gerai mempunyai persembahan makanan & minuman yg berbeza. Datang sendiri & menikmatinya.

29/08/2025

Harini Kami kehilangan lagi salah seorang penyeri di Astaka Bukit Gedung. Salam takziah untuk mami keny (keny cafe) sekeluarga & Al-Fatihah untuk ageng/koboi (pembantu sany char koey teow).

Dengan penuh rasa syukur, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah had...
29/07/2025

Dengan penuh rasa syukur, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah hadir ke Majlis Tahlil & Doa Selamat Anjuran Persatuan Penjaja - Penjaja Kecil Astaka Bukit Gedung.

Terima kasih juga diucapkan kepada yang telah memberi sumbangan, yang membantu secara langsung mahupun tidak langsung, serta yang tidak putus-putus mendoakan dari jauh.

Sesungguhnya setiap doa, kehadiran dan kebaikan yang dihulurkan amat kami hargai.

Semoga Allah SWT membalas segala jasa dan kebaikan kalian dengan sebaik-baik ganjaran.

Aamiin.

16/07/2025

Persatuan Peniaga-Peniaga Kecil Astaka Bukit Gedung merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga Allahyarham Uncle Sadat ( Kedai Runcit) & Allahyarham Abg Mizan (MBPP) atas pemergian mereka berdua ke rahmatullah pada 14 & 15 Julai 2025.

Pemergian 2 hari berturut-turut ini merupakan satu kehilangan besar kepada kami warga peniaga di Astaka Bukit Gedung.

Allahyarham Uncle Sadat dikenali sebagai seorang yang baik hati, sentiasa mengambil berat akan hal ehwal rakan peniaga, serta tidak jemu memberi nasihat dan panduan umpama seorang ayah kepada kami semua.

Allahyarham Abg mizan p**a seorang yang sangat rajin dalam menjalankan tugas di dalam astaka bukit gedung. Setiap masalah di siang atau malam hari, beliau sangat komitmen menghulurkan bantuan.

Semoga segala kebaikan, jasa, dan nasihat yang pernah dikongsi menjadi amal jariah yang berpanjangan, serta diberi ganjaran pahala di sisi Allah SWT.

Kami mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampuni segala dosa, dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Semoga keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan, kesabaran, dan ketabahan menghadapi ujian ini.

Salam takziah daripada seluruh ahli Persatuan Peniaga-Peniaga Kecil Astaka Bukit Gedung.

Al-Fatihah

13/03/2025
Permohonan dibuka!
14/06/2024

Permohonan dibuka!

06/08/2023

Dukacita kami ingin maklumkan bahawa rakan seperniagaan kami, Hasanuddin Othman ( Misai Nasi Ayam) telah meninggal dunia.

Jenazah akan dibawa ke surau Ubudiah Bukit Gedung setelah selesai laporan polis.

Salam Takziah kami ucapkan kepada seluruh keluarga.

Al-Fatihah.

UPDATE!
Jenazah kini berada di Surau Ubudiah Bukit Gedung.

Solat jenazah - 9.45pagi esok & akan dikebumikan di tanah perkuburan bukit gedung.

Mohon Kerjasama semua pengunjung Bazar Ramadan Bukit Gedung agar tidak meletakkan motosikal anda di kawasan ini kerana t...
04/04/2023

Mohon Kerjasama semua pengunjung Bazar Ramadan Bukit Gedung agar tidak meletakkan motosikal anda di kawasan ini kerana telah mengganggu haluan masuk & keluar kenderaan penduduk flat.

Kerjasama anda amatlah kami hargai bagi memudahkan aktiviti perniagaan kami berjalan dengan lancar.

Terima Kasih.

Address

Kompleks Bukit Gedung, Bayan Baru
Bayan Lepas
11950

Telephone

0174007954

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Astaka Bukit Gedung posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share