14/05/2026
Alhamdulillah, selepas lama terhenti atas beberapa faktor, akhirnya Program Sedekah Makanan kini kembali ❤️
Ramai masih bertanya tentang program ini sejak kami berhenti, ada beberapa kali juga kami buat secara sederhana tanpa posting di media sosial tapi kali ini kami nekad untuk teruskan semula apa yang pernah kami jalankan sebelum ini.
Seperti konsep sebelum ini — “Help Us, Help Other” 🤝
Setiap sumbangan yang diberikan akan kami gunakan untuk sediakan makanan dari restoran & diagihkan kepada mereka yang memerlukan seperti rumah anak yatim, warga emas, OKU dan golongan gelandangan.
InsyaAllah untuk kali ini, kami akan berikan sumbangan makanan pada *Esok (15.5/2026, Jumaat)* di House of Hope, Georgetown ❤️
Jika ada yang masih ingin turut berkongsi rezeki bersama kami untuk program esok, masih sempat untuk berbuat demikian. Tak kira sedikit atau banyak, setiap sumbangan sangat bermakna dan akan terus sampai kepada mereka yang memerlukan 🫶