12/06/2024
SEJARAH PERJALANAN KAMI
Pelbagai bentuk perjalanan kami... bermula dgn Grilled .com yg disasarkan kpd pelanggan2 di Kelana Jaya dan Shah Alam, kami telah berjaya memancing selera pelanggan2 dengan menu 'authentic' kami bermula dr rumah pada 2017. Kami juga telah berkembang ke kawasan Damansara dengan bantuan GrabFood dan Panda sebagai penghantar order kami.
Kemudian hadirnya COVID19 dan kerajaan telah mengisytiharkan PKP 1.0 (Perintah Kawalan Pergerakan) pada Mac 2020. Akibat kejutan itu, ianya telah melumpuhkan perniagaan kami. Setelah 3 bulan berlalu, kami telah mengambil keputusan untuk berpindah ke Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Dari situlah bermula kembali Grilled .com dengan hanya 4 menu asas. Alhamdulillah selepas itu kami berjaya mempertingkatkan usaha kami ke tahap yang lebih mencabar dengan kejayaan utk membuka satu restoren western diParit Jambul, Parit Raja. Grilled .com telah di'upgrade' menjadi Grilled & More. Dan titik bermulanya Grilled & More yg berjuang sebagai satu outlet dengan lebih 10 menu hidangan dan juga beberapa menu air yg stylo. Kemudian PKP 2.0 p**a bermula, namun kami masih okay kerana pelanggan masih boleh ke kedai cuma hanya perlu duduk berjarak. Penghantaran keluar juga membantu. Namun perjuangan kami agak tergelincir dr landasan bila PKP 3.0 pada Jun 2021 telah menjadikan kos bahan mentah melonjak naik sebanyak 4x. Dan kawalan semakin ketat serta target pelanggan utama kami, pelajar di UTHM terus menerus dengan program WFH dan universiti, kosong. Kami tewas dan Grilled & More telah berkubur.
Setelah 2 tahun 'merajuk' dan hanya membuat pembekalan secara berbungkus untuk program-program tertentu, kami telah kembali sebagai Vendor Western untuk 4x4 Kopitiam di Kg. Parit Daun. Disitu, kami menghidangkan kembali 4 menu 'killer' kami. Alhamdulillah dgn keberkatan Allah, kami masih berdiri teguh untuk menjalankan tugasan kami.
Kini, untuk mengorak langkah lebih lanjut dgn melihat akan kaedah Francais sebagai satu target utama, kami telah membuka Western-2-Go. Asas perniagaan ini adalah dengan cara menjadi pembekal kepada francais2 melalui sistem 'Central Kitchen' yg sedang kami bangunkan. Dengan adanya dapur berpusat ini, segala urusan pembekalan dan servis dapat kami penuhi sebaiknya. Kami juga telah mendaftar dgn MISI sebagai delivery team kami disamping mempunyai 'Independent Delivery Team' sbgi team sokongan. Semoga kali ini ianya berpanjangan dan mencapai hasrat kami.
Menjelang pertengahan 2025 ini, kami telah membuat keputusan untuk terus terlibat secara 100% dalam FROZEN FOOD. Kami telah membuat pelbagai kajian dari segi jenis menu, ketahanan, kos operasi, kos barangan mentah, pembungkusan, penghantaran dan pelbagai lagi. Untuk produk2 ini yg semakin mendapat tempat dikalangan 'regulars' kami, kami meghargainya dengan mengubah Modas Operandi kami kepada 100% sejuk beku dgn konsep "Ready to Heat". Emy Eats Resources sebagai syarikat induk kami akan menguruskan serta terlibat secara terus dalam konsep perniagaan baru kali ini.
Kepada yang pernah merasai hidangan kami, ribuan TERIMA KASIH kami ucapkan diatas sokongan anda... kepada yg belum p**a, ini lah masanya untuk merasa hidangan2 kami.
Semoga diberkati Allah selalu, InsyaAllah.
Aaminn YRA...