Lily Home Bakery

Lily Home Bakery MENERIMA TEMPAHAN SEGALA JENIS TALAM,CHEESE TART,APAM POLKADOT DAN KEK

01/11/2025
Terima kasih yg ord
23/09/2025

Terima kasih yg ord

05/12/2022

Resepi kuah kacang raya sedap 😋

Bahan²
Setengah kilo kacang (digoreng dgn minyak)
dan dikisar sekali dgn kulit
2 biji bawang besar(Dikisar)
3 ulas bawang putih(Dikisar)
2 inci halia(Dikisar)
1 inci lengkuas(Dikisar)
4 batang serai(Dikisar)
10 tangkai cili kering(Direbus dan dikisar)
setengah sudu kecil udang kering
1 sudu besar asam jawa
1 ruas gula melaka
3 sudu gula perang
Garam secukupnya

Caranya
-Tumis bahan kisar hingga naik bau
(Bawang,halia,lengkuas,serai,cili kering)
-Pastikan minyak mencukupi semasa menumis.
-Tumis bahan hingga pecah minyak.
-Pastikan guna api yg sederhana sahaja.
-Supaya masakan mesra dan sekata.
-Selepas pecah minyak @ terbit minyak
Masukkan setengah cawan air.
-Kemudian masukkan kacang yg telah dikisar.
-Masukkan air lagi dalam 1.5 cawan.
(Agak² kepekatan yg diingini.)
-Sesudah sebati dan mendidih masukkan gula melaka.
-Masukkan asam jawa.
-Akhir sekali masukkan gula perang dan garam.
-Renehkan sehingga masak.
Selamat mencuba..

kredit: Dapurmamanufail

15 November
15/11/2022

15 November

12/09/2022

KUIH KOCI TRADISIONAL

(X perlu kukus dah ye)

Inti👊 200++ biji
🔪1500 gm Kelapa(Lebih kurang 4 bj kelapa)
🔪370 gm gula merah
🔪1kg gula
🔪6 cawan air
🔪6 helai daun pandan
🔪6-7 sudu tepung gandum
🔪2 sudu kecil garam

Cara2
1.Masak gula merah+air sehingga larut.Tapis guna tapis kain.
2.Masak semula gula merah yg dah ditapis+gula pasir+garam+daun pandan sehingga gula pasir larut.
3.Masukkan Kelapa.Kacau sehingga kering.
4.Bila tolak sedikit inti dgn senduk,kelihatan berbuih2 didasar kuali,maksudnya inti dah nak kering,boleh masukkan Tepung gandum untuk jadikan inti lebih kental.
5.Tutup api.Siap

Doh Pulut Hitam👊 50++biji
🔪500 gm tepung Pulut
🔪2-3 sudu tepung Pulut hitam (Beras pulut hitam di kisar+ayak)
🔪Santan cair/Air (Untuk uli)

Doh Labu👊 50++biji
🔪500 gm Tepung pulut
🔪500 gm labu (direbus+dilecek)
🔪Santan cair/Air(Untuk Uli)

Cara2
1.Masukkan air/santan cair sedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekat di tangan.
2.Ambil inti dan masukkan dlm doh.Bulat2kan.Gris loyang dgn sedkit minyak.
3.Didihkan air panas.Setelah mendidih masukkan doh.
4.Klu dah timbul,angkat doh dan terus gaul dlm dadih santan yg telah dimasak.
5.Bungkus dgn daun pisang yg telah dilayur atas api.Siap.

Dadih santan👊
🔪1/2 atau 1 biji kelapa (Blend dgn 2liter air then tapis)
🔪8-10 sudu tepung beras
🔪8-10 sudu tepung jagung
🔪3 helai daun pandan
🔪Garam & Gula secukup rasa

Cara2
1.Kisar Kelapa+air.Tapis guna tapis kain.
2.Masukkan tepung beras+tepung jagung.Tapis sekali lagi guna tapis teh je sebelum pasang api.
3.Masakkan sehingga pekat bersama beberapa helai daun pandai untuk aroma yg wangi.
4.Jgn lupa perasakan dgn garam dan gula mengikut selera masing2.

(Dadih santan kene pndai adjust ye..jgn cair sgt..jgn pekat sgt..klu tercair.. bncuh sedikit tepung beras+air..tapis msukkan dlm dadih...masak smpai dadih plupp..plupp..plupp..untuk tahan lama.
Untuk dadih ni sy x de sukatan yg btol2 tepat..ikut seni tangan masing ok..☺)

Tips:
1.Kacau doh yg dah dimasak dlm santan guna senduk kayu untuk elak doh senang pecah.
2.Buat santan terlebih dahulu sebelum masakkan doh didalam air.Sbb since doh dah masak kene tros msukkan dlm santan.Klu x nanti melekat2.
3.Setelah inti siap dimasakkan.Sejukkan sebentar.Masukkan dlm freeze atas.Setelah agak2 sejuk n beku.Keluarkan dan bulat2 kan inti.Bekukan semula untuk mudahkan proses masukkan inti kedalam doh.X melekit2 dan kerja jd cepat.
4.Untuk dptkan size kuih yg same besar,sy timbang inti 11gm dan doh 21gm setiap satu.Leceh tp berbaloi.☺

Fb:Diena Anilda

07/01/2022
Pud lego
15/11/2021

Pud lego

Chocolate cheese cake
07/06/2021

Chocolate cheese cake

Manggo cake
01/06/2021

Manggo cake

Address

No. 12a, Jalan Manis 7, Tman Manis 2, Parit Raja
Batu Pahat
JOHOR

Telephone

+60127310949

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lily Home Bakery posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category