15/12/2022
Sambal Sebagai Penambah Selera
Sambal merupakan makanan yang popular dikalangan masyarakat melayu..bahkan juga di seluruh nusantara..biasanya ia di makan bersama-sama nasi sebagai penambah selera bagi yang sukakan masakan pedas..
Disini saya nak kongsikan jenis-jenis sambal yang biasa di buat..mana tahu korang pun teringin nak rasa kan keenakan pelbagai sambal yang lain..boleh juga tukar2 selera masa makan nasik tu...silap-silap makan nasi bertambah2 sampai tak sedar..
Berikut adalah jenis-jenis sambal yang biasa saya buat iaitu
[1] Sambal asam
Sambal ini mirip dengan sambal belacan dan mengandungi asam, biasanya asam jawa.
[2] Sambal bajak
Cili untuk sambal ini digoreng dengan minyak, dan ditambahkan bawang putih, belacan dan ramuan-ramuan yang lain.
[3]Sambal balado (samba lado)
Berasal daripada suku Minangkabau, cili untuk sambal ini digoreng dengan minyak, bawang putih, bawang merah atau bawang bombay, tomato, garam dan limau nipis.[1]
[4]Sambal belacan
Sambal ini mengandungi belacan atau udang yang dilumatkan. Sambal ini juga dapat digabungkan dengan bahan-bahan yang lain, seperti kangkung untuk menghasilkan sambal kangkung, dengan sotong untuk menghasilkan sambal sotong, dan dengan telur untuk menghasilkan sambal telur.
Tu dia...mesti mulut masing-masing dah terliur kan...bagi yang tak sabar2 nak makan nasi tengahari ni dengan sambal tu..boleh roger saya untuk dapatkan sambal2 tersebut
www.wasap.my/0107910659/ iman/naksambal