CRUX Coffee Sri Sulong

CRUX Coffee Sri Sulong Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from CRUX Coffee Sri Sulong, Coffee shop, Jalan Sri Sulong, Taman Industri Sri Sulong, Batu Pahat.

06/08/2025

Kurang seorang pasukan kami selepas ini. InshaAllah, ada rezeki yang baik untuk kamu, Balqis! Terima kasih untuk tempoh setahun ini sebab pinjamkan kudrat dan tanggungjawab serta meringankan beban tugas kami! Terima kasih untuk segala pengorbanan & persahabatan kita sepanjang tempoh ini! CRUX sentiasa menyediakan ruang dan peluang untuk anda kembali di masa akan datang!

Thank you Balqis!

Alhamdulillah! Hari ini penat lain macam. Kursus dari pagi sampai ke petang, malam sambung meniaga walaupun dapat buka s...
26/07/2025

Alhamdulillah!

Hari ini penat lain macam. Kursus dari pagi sampai ke petang, malam sambung meniaga walaupun dapat buka selama 3 jam sahaja.

Hari ini cuma dapat buka dua buat meja sahaja sebab nak balik awal, esok pagi sambung kursus lagi. Tapi rezki Dia tak pernah tak manis. Silih berganti orang yang datang duduk, silih berganti kereta berhenti untuk "takeaway".

Unit terjual malam ini adalah 60 cup selama satu jam setengah. Alhamdulillah terima kasih sebab sokong kami usahawan muda kopi! We love you CRUXXIES🫶🏻🫶🏻🫶🏻

19/07/2025

Alhamdulillah! Hujung minggu untuk minggu ini masih fullhouse!🤟🏻 Sampai tak menyempat team kita nak pergi ambil gambar yang "proper".

Untuk pengetahuan kalian, air yang direbutkan pada minggu ini adalah;
1. Buttercream Latte - 216pcs terjual
2. Caramel Macchiato - 140pcs terjual
3. Matcha Strawberry - 138pcs terjual
4. Asian Dolce Latte - 102pcs terjual

Ini adalah rekod terbaik sepanjang kami berniaga. Ada lagi air-air yang lain yang menonjolkan peningkatan dalam jualan. InshaAllah, kami masih dalam "R&D" untuk air terbaru bagi bulan Ogos. Nantikan kami ya!

14/07/2025

Suasana pada minggu lepas, Alhamdulillah!

Majoriti pengunjung adalah daripada penduduk kawasan setempat, terima kasih & mewah rezeki selalu orang Parit Sulong! Tempat duduk juga silih-berganti, ada juga yang minta kita buka "table" baru. Nasib baik ada lebih hehehe.

Ada juga yang dari Johor Bahru, Parit Raja, Muar & Tangkak datang singgah sebab tengok kita "live" di TikTok beberapa hari sebelum. Terima kasih orang baik! Teruskan "menyokong" kami usahawan muda yang masih cuba capai cita cita ada bangunan tersendiri. InshaAllah suatu hari nanti.

Kredit kepada Dentum Chicken & CRUX Burger juga sebab sentiasa menghasilkan produk yang sedap & selalu menjaga kualiti!

Selesai mengendalikan kopi katering bagi pasangan mempelai, Liyana dan Naqib, di Kampung Parit Pulai. Selamat pengantin ...
12/07/2025

Selesai mengendalikan kopi katering bagi pasangan mempelai, Liyana dan Naqib, di Kampung Parit Pulai. Selamat pengantin baru & semoga barakah ikatan abadi ini!

Baru berdiri 5 minit di depan mesin espresso, kiosk sudah diserbu & semua mula beratur. Alhamdulillah, orang Parit Pulai memang "steady", tak kira tua atau yang muda. Belum sampai 50 minit, tempahan pasangan mempelai sudah "sold out"!

Bagi yang berminat dengan pakej kopi katering kami, anda boleh "direct" Whatsapp kami melalui pautan ini, wasap.my/60105565141 . Terima kasih semua!

27/06/2025

Alhamdulillah, kami dapat kembali berniaga semula dengan suasana yang ceria dan seronok. Kali ini memang pecah rekod dimana dalam 8 hari meniaga sahaja, biji kopi yang sudah digunakan adalah 14kg😭 Kebiasaannya 8 hari meniaga cuma gunakan dalam 7-9kg sahaja. Air yang mencatatkan rekod tertinggi untuk minggu ini adalah

- Caramel Macchiato
- Spanish Butter Latte
- Spanish Latte
- Dark Belgian Choc Caramel
- Dark Belgian Choc Banana
- Pineapple Kiwi Soda
- ButterMagic

Terima kasih buat para pelanggan kami yang sudi hadir sebagai tanda sokongan kepada kedai kopi jalanan kami! Tidak lupa juga buat yang setia sebab sanggup sebulan berpuasa tak minum kopi sebab nakkan kopi kami sahaja. "We love you Cruxxy!". Terima kasih kerana pimpin kami untuk terus corakkan langkah dalam industri kopi dan kafe ini. InshaAllah, dari jalanan ke bangunan!

Berikut adalah tangkap layar suasana pasukan kecil kami dalam menyiapkan pesanan kalian🫶🏻

Alhamdulillah FULL HOUSE!Saya, Fahmi dan team CRUX Coffee ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan dan saha...
20/06/2025

Alhamdulillah FULL HOUSE!

Saya, Fahmi dan team CRUX Coffee ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan dan sahabat yang datang untuk pembukaan kedai kami semula malam semalam!

"Seating" malam semalam silih berganti orang yang duduk. Ada yang datang bersama isteri & anak-anak, ada yang datang dengan ibu bapa, dan ada yang datang dengan kawan-kawan. Alhamdulillah! Tak lupa kepada yang mendoakan kami, semoga rezeki yang baik-baik berbalik kepada anda semua!

Banyak juga usikan manja daripada para pelanggan. Ada yang kata kedai semakin lawa, ada juga yang mengusik kopi sedap sebab barista di kedai cantik-cantik. Terima kasih kalian. Hasil yang sedap ini adalah daripada ilmu yang diberi oleh guru guru kopi saya serta eksperimen bersama pasukan kecil saya. Tetapi terima kasih juga atas pujian-pujian yang diberikan ya!

Syukur kepada nikmat atas rezeki pembukaan semula ini. InshaAllah kami akan terus fokus dalam industri kopi dan kafe ini sehingga kami dapat menyajikan kopi yang sempurna buat citarasa kalian. Terima kasih semua!

ESOK, 20 JUN, KAMI SUDAH BUKA!Sesi mengemas kali terakhir selepas sebulan berehat. "Team CRUX" dah teruja untuk kembali ...
19/06/2025

ESOK, 20 JUN, KAMI SUDAH BUKA!

Sesi mengemas kali terakhir selepas sebulan berehat. "Team CRUX" dah teruja untuk kembali beraksi dan segala menu "R&D" sudah siap diselesaikan. InshaAllah, semoga semuanya dipermudahkan.

Jemput datang semua. Sokongan anda adalah bermakna buat kami, usahawan muda untuk teruskan langkah daripada jalanan ke sebuah bangunan. Terima kasih semua!

PENGUMUMAN!Pada 20 Jun 2025 (Jumaat), kedai kami akan beroperasi semula. Alhamdulillah. Saya sudah "gradually" sihat & "...
16/06/2025

PENGUMUMAN!

Pada 20 Jun 2025 (Jumaat), kedai kami akan beroperasi semula. Alhamdulillah. Saya sudah "gradually" sihat & "team" kami pun tak sabar untuk "serve the best coffee" di Parit Sulong terutama kawasan Sri Sulong!

Selanjutnya, dengan pembukaan semula ini kami bawakan beberapa "menu" baharu untuk komuniti kami! Antara yang terkenal adalah "Buttercreme Latte"!

Untuk peminat "Matcha" juga kami tidak lupakan anda. Ada dua "new flavour" yang kami bawakan dan ianya adalah hasil "R&D" sepanjang saya sedang berehat.

Jadi secara tuntasnya, saya ingin menjemput kalian semua & komuniti Cruxxies untuk hadir dan bantu kami dalam sama-sama merancakkan industri kopi dan kafe di dalam Batu Pahat. Sokongan anda adalah pemangkin kepada kami, usahawan muda untuk terus berusaha di dalam industri ini. Terima kasih semua!

Alhamdulillah, operation went well pada 10 Jun 2025 yang lepas. Sekarang cuma tinggal selesaikan follow-up daripada paka...
12/06/2025

Alhamdulillah, operation went well pada 10 Jun 2025 yang lepas. Sekarang cuma tinggal selesaikan follow-up daripada pakar bedah mulut di Hospital Kluang, lepastu kita buka kedai semula tak lama lagi okay?

Segala info pembukaan semula, boleh tengok di Instagram Story kami ya! instagram.com/ 😉Jemput follow dulu

Assalamualaikum & selamat sejahtera warga Cruxxy!Saya minta maaf kerana kedai terpaksa tutup buat sementara waktu atas s...
04/06/2025

Assalamualaikum & selamat sejahtera warga Cruxxy!

Saya minta maaf kerana kedai terpaksa tutup buat sementara waktu atas sebab saya perlukan tempoh "recovery" daripada kemalangan jalan raya minggu yang lalu. Gambar berikut adalah beberapa buktinya.

Dalam tempoh recovery ini juga, saya perlu melalui operasi bedah dahulu kerana beberapa bahagian tulang di muka kanan saya bermasalah. Jadi, ianya mungkin mengambil masa sedikit untuk pulih & saranan doktor adalah untuk berehat dahulu.

Saya jangkakan waktu untuk pembukaan semula adalah 20 June (paling awal) sehingga 1 Julai nanti. InshaAllah, apa-apa akan saya beritahu di "story" Instagram nanti (kerana saya kurang aktif di sini).

Address

Jalan Sri Sulong, Taman Industri Sri Sulong
Batu Pahat
83500

Opening Hours

Monday 16:30 - 00:00
Tuesday 16:30 - 00:00
Wednesday 16:30 - 00:00
Thursday 16:30 - 00:00
Friday 16:30 - 00:00
Saturday 16:30 - 00:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CRUX Coffee Sri Sulong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category