19/06/2023
Rezeki ON TIME
Nak share sedikit cerita apa saya dengar dari Audio ustaz Nasrullah, iaitu penulis National bestseller buku Rahasia Magnet rezeki, berkenaan tajuk Rezeki on Time.
Bila dengar rezeki on time, seronok kan dengar?
Tapi kita buat tak syarat-syarat untuk rezeki tu sampai on time pada kita?
Dengar azan, Allahuakbar Allahuakbar!
Apa kita buat? Delay; tunggu dulu nak buat kerja sikit lagi, atau terus solat?
Nak rezeki on time, dengar azan mesti terus solat! Delay solat, delay (lambat) la dapat rezeki sebab kita buat lambat bila Pemberi Rezeki panggil kita.
Lagi satu ustaz cerita tentang seorang pekerja makan gaji yang diberhentikan kerja.
Bila dia diberhentikan kerja, dia rasa rendah diri, rasa tak mampu nak sara keluarga dia. Rasa down teruk.
Selepas 2 tahun, baru lah dia ucapkan Alhamdulillah, bersyukur kerana diberhentikan kerja 2 tahun lalu. Katanya kalau tidak dipecat, mungkin dia tak jumpa bisnes bagus sekarang yang sedang diusahakan nya.
Kata ustaz, jika dia bersyukur 2 tahun lepas, mungkin rezekinya sampai on time, tidak perlu tunggu sehingga 2 tahun.
Rezeki bisnes nya delay selama 2 tahun untuk dapat kerana dia tangguhkan untuk bersyukur.
Jika di dalam buku nya, kata ustaz, kita kena bersabar di tumbukan pertama.
Tumbukan pertama maksudnya bila mula-mula diuji, kita terus bersabar dan bersyukur atas uiian.
Contoh lain saya nak cerita tentang tumbukan pertama ni;
Misalnya kalau handphone kita hilang, tumbukan pertama adalah masa kita sedar hilang tu. Tapi apa yang selalunya terjadi?
Bila handphone hilang kita merungut, sedih, salahkan diri, salahkan orang itu ini. Duk fikir habis la data-data penting dalam handphone tu. Entah di tumbukan ke berapa baru kita sabar dan redha atas ujian itu.
Patutnya, ketika kita sedar handphone hilang itu (tumbukan pertama), kita ucapkan alhamdulillah. Syukur terus atas ujian itu.
Insyallah Allah bagi rezeki baru on time 🤗
Eh panjang lagi cerita dia. Penat lak taip 😂
I'allah sambung kemudian 😁...