Asam Pedas London

Asam Pedas London Asam Pedas paling ‘London’ di Malaysia! Port makan best di Bandar Baru Selayang – penuh gaya kampung urban.

07/06/2026

Kakni nak belanja satu menu padu hari ni! 😍

Udang Galah Keteh Biru saiz besar, isi manis dan padat, dimasak dengan penuh rasa yang memang buat teringat-ingat.
Sekali cuba, memang susah nak move on! 🤤
📍 Singgah ke Asam Pedas London

Kakni nak ajak semua datang makan di Asam Pedas London.Kadang-kadang bukan sebab lapar je kita keluar makan. Nak luang m...
06/06/2026

Kakni nak ajak semua datang makan di Asam Pedas London.

Kadang-kadang bukan sebab lapar je kita keluar makan. Nak luang masa dengan keluarga, nak jumpa kawan-kawan, nak hilangkan penat kerja pun ya juga.
Jadi kalau mencari tempat untuk berkumpul sambil menikmati asam pedas yang sedap, jemputlah singgah. InsyaAllah kami hidangkan yang terbaik untuk anda.

Kakni tunggu di Asam Pedas London ya! ❤️

03/06/2026

sebahagian Bandar Baru Selayang bergelap malam ni. .. naper la agaknya?. . harap semua okay

03/06/2026

Alhamdulillah, rezeki tahun ini kami diberi peluang sekali lagi melaksanakan ibadah korban.

Di Asam Pedas London, korban bukan sekadar menyembelih dan melapah. Ia tentang pengorbanan, kebersamaan dan mensyukuri setiap nikmat yang Allah pinjamkan.

Yang paling istimewa tahun ini, keluarga korban kami bertambah dengan kehadiran Azhanrani yang turun padang bersama-sama. Dari awal hingga selesai, sama-sama berkongsi tenaga, pengalaman dan semangat gotong-royong.

Peluh yang mengalir, tangan yang bekerja dan hati yang ikhlas — semuanya menjadi kenangan yang cukup bermakna buat kami.

Semoga setiap ibadah korban yang dilaksanakan diterima Allah SWT, dilimpahkan keberkatan kepada semua yang terlibat dan dimurahkan lagi rezeki untuk terus berkongsi pada tahun-tahun akan datang.

Terima kasih Azhan Rani, terima kasih keluarga besar Kakni ,terima kasih juga keluarga Asam Pedas London dan terima kasih semua yang menjayakan Korban Asam Pedas London 2026. ❤️

Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ...
02/06/2026

Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Semoga Allah SWT mengurniakan keafiatan, kesejahteraan dan kebijaksanaan yang berpanjangan kepada Tuanku dalam menerajui negara serta memayungi rakyat dengan penuh hikmah dan kasih sayang.

Dari Kami
Restaurant Asam Pedas London

29/05/2026

📌Rendang Minang pak Nil, Kaya Rempah & Pekat

Rendang Minang asli terkenal dengan rasa rempah yang kuat, pedas seimbang dan kuah yang dimasak lama hingga kering serta berkilat. Lauk tradisi ini memang lambang masakan Minangkabau yang penuh rasa dan kesabaran.✨

Sajian dari mudah dan penuh rasa asli untuk hidangan harian..

23/05/2026

Kenalkan… Avengers Asam Pedas London

Mahir — asst chef merangkap ‘runner dapur’ paling laju
Chef II Azlan — kalau rasa lari sikit, dia yang paling dulu perasan
Ketua Chef Umi — commander kawah, suara dia je dah cukup bagi semua fokus
Mubarak — muka tenang tapi tangan macam mesin
Sofina — helper paling rajin, hilang dia memang dapur jadi huru-hara

Team kecik, tapi keluarkan rasa luar biasa ❤️

20/05/2026

Yang belum pernah cuba… ni masa dia 🤤🍲

Ajak mak ayah, member, officemate sekali.

Datang lapar, balik perut kenyang ❤️

Address

No 2 Jalan 2/12 Bandar Baru Selayang
Batu Caves
68100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Asam Pedas London posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share