Mr. Chicck

Mr. Chicck Famous Crispy Chicken Burger

🔥🔥🔥🔥🔴🔴🔴⚫️⚫️⚪️⚪️Mr. Chicck’s Kiosk Prototype Concept 2026. We so excited 😄
18/02/2025

🔥🔥🔥🔥🔴🔴🔴⚫️⚫️⚪️⚪️

Mr. Chicck’s Kiosk Prototype Concept 2026. We so excited 😄

"Sirivat Voravetvuthikun, Jutawan Muflis Yang Diselamatkan Oleh Sandwich."Dalam dunia perniagaan, tiada yang lebih drama...
19/01/2025

"Sirivat Voravetvuthikun, Jutawan Muflis Yang Diselamatkan Oleh Sandwich."

Dalam dunia perniagaan, tiada yang lebih dramatik dan penuh inspirasi daripada kisah jatuh bangun Sirivat Voravetvuthikun, seorang jutawan yang pernah kehilangan segalanya akibat krisis ekonomi namun bangkit semula sebagai "The Sandwich Man of Thailand."

Pada awal 1990-an, Sirivat Voravetvuthikun berada di puncak kejayaan. Sebagai graduan dari University of Texas, beliau berjaya meraih keuntungan jutaan baht sebagai pengurus dana swasta dan seterusnya menubuhkan syarikat pembangunan hartanah, Tong Gween.

Pada usia 30 tahun, beliau sudah menjadi seorang jutawan broker saham yang disegani.

Namun, seperti pepatah Melayu, "Langit tak selalunya cerah," pada tahun 1997, krisis ekonomi Asia melanda dengan dahsyat.

Pasaran saham dan hartanah di Thailand jatuh menjunam, mengheret Sirivat ke dalam jurang kemuflisan. Projek kondominiumnya yang bernilai $9 juta terhenti.

Tanpa pembeli, beliau gagal membayar balik pinjaman bank. Hutang menggunung sehingga $30.4 juta.

Kesemua asetnya dijual dan Tong Gween diisytiharkan muflis. Dalam sekelip mata, segala kemewahan yang dimiliki hilang begitu sahaja.

Dalam keperitan hidup, Sirivat masih perlu menanggung pendidikan tiga orang anaknya di England dan New Zealand.

Tanpa pendapatan tetap, beliau terpaksa mencari jalan keluar. Di sinilah bermulanya babak baru dalam hidupnya yang tidak pernah disangka-sangka.

Isterinya, Vilailuck mencadangkan agar mereka mula menjual sandwich. Tanpa berfikir panjang, mereka berdua mengorak langkah dengan semangat yang baru.

Pada 20 April 1997, Vilailuck bangun seawal 3 pagi untuk menyediakan sandwich yang dijual di Hospital Umum Bangkok.

Pada hari pertama, mereka hanya berjaya menjual enam kotak dengan keuntungan $14.

Namun, Sirivat tidak berputus asa. Lebihan sandwich disumbangkan kepada badan kebajikan dan mereka kembali mencuba keesokan harinya.

Setiap hari, Sirivat menggendong kotak sandwich di lehernya dan berjalan di sekitar jalan-jalan Bangkok.

Bayangkan, seorang bekas jutawan kini menjual sandwich di jalanan, menanggung beban seberat 2 kilogram di bahu.

Pada mulanya, beliau merasa malu, namun demi keluarga tercinta, beliau terus bertahan. Cabaran utama yang dihadapinya ialah persepsi masyarakat yang memandang rendah makanan yang dijual di jalanan.

Namun, ketabahan dan keazaman Sirivat akhirnya membuahkan hasil. Usaha meningkatkan kualiti produk membawa kepada jualan sushi beras perang yang mendapat kelulusan dari chef Jepun di Bangkok.

Produk sandwichnya semakin mendapat sambutan. Kini, jenama Sirivat Sandwich menghasilkan 1,200 sandwich, 300 sandwich pita, dan 600 sushi setiap hari dengan 70 orang pekerja.

Keberhasilan ini menarik perhatian media. Sirivat telah ditemuramah oleh 121 syarikat media antarabangsa dan 262 syarikat media tempatan termasuk CNN, BBC World, CNBC, NHK, AP, New York Times dan Los Angeles Times.

Dengan semangat yang tidak pernah pudar, Sirivat merancang untuk mengembangkan lagi perniagaannya melalui agen di bandar seperti Chiang Mai dan Hat Yai serta francais dalam dua tahun akan datang.

Beliau juga bercita-cita untuk menyenaraikan syarikatnya di bursa saham Thailand dan menjadikan perusahaannya setaraf dengan McDonald's.

Kisah hidup Sirivat Voravetvuthikun adalah inspirasi nyata bahawa kehidupan ini seperti roda, ada kala kita di atas, ada kala kita di bawah.

Yang penting, jangan pernah berputus asa. Teruskan usaha dengan keazaman dan semangat teguh kerana di sebalik setiap cabaran, ada peluang untuk bangkit semula.

___

Credit : The Patriot

Alhamdulillah3xDikala ada yg beranggapan kita sudah ‘berkubur’, akan tetapi kita tetap berkembang suburTerima kasih fami...
02/12/2024

Alhamdulillah3x

Dikala ada yg beranggapan kita sudah ‘berkubur’, akan tetapi kita tetap berkembang subur

Terima kasih family, sahabat, rakan2 niaga yg masih bersama berjuang, sahabat2 positif

Terima kasih buat PERNAS atas peluang dan bimbingan, terima kasih Kosmo atas ruang yg diberikan. Semoga ada doa2 di kalangan kalian yg Allah akan makbulkan agar Mr. Chicck terus berkembang seterusnya berjaya InshAllah

Tuan Mr. Chicck kita bongkarkan rahsia yg beliau pendam SEEKOR diri selama ini 😁
29/11/2024

Tuan Mr. Chicck kita bongkarkan rahsia yg beliau pendam SEEKOR diri selama ini 😁

11/10/2024
10/07/2024

1 benda kepunyaan isteri yang suami dilarang usik dalam rumah 🏠

Anda tidak akan menyesal menyukai poto ini ❤
01/07/2024

Anda tidak akan menyesal menyukai poto ini ❤

24/06/2024

POV : Ragam di stall Mr. Chicck

21/06/2024

Terpaling padu utk kategori Tortilla Wrap

Dulu menu ni antara menu yg ‘killer’ jgk di Mr. Chicck. Mana tak nya isi ayam peha seketul kita bagi , dilazatkan lagi d...
07/06/2024

Dulu menu ni antara menu yg ‘killer’ jgk di Mr. Chicck. Mana tak nya isi ayam peha seketul kita bagi , dilazatkan lagi dengan celupan sos istimewa.

‘Perghhhhhhh’ adalah ayat yg pasti keluar dari mulut korang bila korang makan Grill Chicken Burger ni 😁

Kini kami kembalikan kegemilangan Mr. Chicck’s GCB ni buat anda

Dapatkan di stall Mr. Chicck yg terpilih atau ws no di bawah

www.wasap.my/60134727812/GCB

Address

No 17 Jalan Sg 3/12
Batu Caves
68100

Telephone

+60134727812

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mr. Chicck posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category