21/02/2025
πΌππΌπ ππππ ππππ π
πππ
Roti John ni memang femes di Malaysia lagi-lagi bila tiba bulan Ramadan. Tapi itulah, Roti John ni sekarang harganya bukan main. Dah level-level kayangan. Teringat pulak Roti John terowong yang tular haritu.
Tapi macam mana datang nama Roti John ni sebenarnya?
Banyak kisah dari mulut ke mulut yang bercerita pasal Roti John ni. Tapi ada satu kisah ni dicatatkan dalam Straits Times Singapura pada tahun 1988.
Ceritanya pada sekitar 1960-an, ada seorang peniaga Melayu di sebuah warung di Sembawang, Singapura hidangkan Sandwic Omelet Special dekat seorang Mat Saleh yang nak beli burger.
Berkemungkinan besar Mat Salleh tu merupakan askar British yang berkhidmat di Singapura memandangkan Sembawang sememangnya pelabuhan Tentera Laut British yang menempatkan rumah-rumah pegawai dan anak kapal.
Waktu tu, burger pulak takde. Peniaga ni pun tabur daging atas telur dan tekap dengan roti yang dibakar atas kuali. Bila dihidang tu, peniaga ni pun cakap βSilakan makan roti, John.β
Nama John ni pun sebenarnya hanyalah nama random yang orang kita waktu tu panggil kepada Mat Salleh. Nama Mat Saleh tu pun mungkin bukan John pun.
Ada lagi satu kisah yang direkodkan dalam Arkib Negara Singapura yang menceritakan asal usul Roti John ni.
Dikatakan ada seorang peniaga Mamak bernama Abdul yang ada gerai di Jalan Koek, Singapura. Kemudian, apabila ada tentera Mat Saleh yang lalu lalang disitu, Abdul akan panggil dan cakap βRoti, John?β
Dari situlah mungkin nama Roti John ni datang dan disebut-sebut. Lalu resepi Roti John ni berkembang di seluruh pelusuk Semenanjung Malaysia dan Singapura dan macam-macam variasi yang dibuat oleh peniaga-peniaga Melayu zaman tu.
Salah satunya ialah dari Puan Zawiah Anuar yang ada gerai makanan di Geylang Serai Food Centre. Puan Zawiah ni guna daging kambing, kacang peas dan tomato sebagai inti Roti John.
Tapi salah satu variasi yang mengubah keseluruhan Roti John sampai harini datang dari pemilik gerai Shukor Makanan Istimewa di Taman Serasi Food Centre pada 1976.
Encik Shukor ni memang ambik resepi dari Sembawang dan dia masak balik Roti John ni dengan daging kisar digaul bersama telur. Kemudian, roti Perancis yang dipotong tengah ditepek pada telur tadi diatas kuali.
Sama macam cara pembuatan Roti John yang kita tengok sekarang. Waktu tu, Encik Shukor dilaporkan menjual kira-kira 800 biji Roti John pada setiap hujung minggu.
Lama kelamaan, Roti John ni pun berevolusi dengan pelbagai variasi pelik-pelik dan lain daripada lain termasuklah sardin dan cheese. Cheese ni yang selalu buat mahal ni.
Dalam banyak-banyak variasi Roti John ni, rasanya variasi paling pelik yang saya sendiri tak pernah nampak sampailah saya jejakkan kaki ke Kelantan ialah Roti Hamlet.
Cara pembuatan sama macam Roti John, tapi takde daging atau ayam. Hanya telur ditepek dengan roti pendek berintikan kaya.
Pertama kali saya makan, saya rasa macam makan Roti John versi manis dan tak jumpa Roti Hamlet ni di Kuala Lumpur.
Anda semua mesti pernah makan Roti John juga kan? Kongsikan juga pengalaman anda semua berkenaan Roti John di komen!