Bukan mudah untuk menjadi mudah, bukan senang untuk menjadi seperti sekarang. bukan impian untuk mengumpul wang, sekadar membantu diri maju ke hadapan, agar tidak terus ketinggalan, melihat yang lain berlumba memburu impian, tapi aku masih di sini mencari peluang...rakan-rakan pembakar semangat, abang kakak pembantu terhebat, dan ibu, terus-terusan memberi restu...ayah, walaupun telah tiada, tetap
kurasakan bersama, walau apa jua kulakukan, dia tetap ada...
"KING Burger Tempayan"...gerai yang aku usahakan bersama adikku di kampung, berbekalkan sedikit modal, aku mula mengorak langkah ke kota, memberanikan diri mencari peluang yang ada, walau di sana punya banyak panca roba, ku tempuhi jua, demi sebuah impian. "Ya Allah, tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya, bukan jalan mereka yang dimurkai, dan bukan p**a jalan mereka yang sesat" (Al-Fatihah: 6-7). Sokongan semua aku perlukan, dorongan semua aku inginkan, aku tidak bermain-main, aku ingin terus berusaha, mencapai impian dan cita-cita, di samping kewajipanku, tidak akan kulupa. bagi kawan-kawan, rakan-rakan taulan, sahabat handai, saudara sekalian, aku percaya rezeki itu daripada tuhan, aku percaya rezeki itu kepunyaannya, rezeki itu miliknya, dia yang memberi, dan sebaliknya. selebar-lebar, sebesar-besar undangan aku hulurkan bagi yang sudi merasa, gerai tepi jalan aku dulu di PETRON, SERI KEMBANGAN. kini berada di SEKSYEN 9, BANDAR BARU BANGI, berdekatan PKNS BANGI.