3Rahsia

3Rahsia Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from 3Rahsia, Malaysian restaurant, No 11-GF, Jalan 15/1D, Seksyen 15, Bangi.

Restoran 3Rahsia menyediakan pelbagai menu tradisional seperti Nasi Ambeng Johor, Mee Bandung Muar, Mee Rebus Majidee, Kacang Pool, Asam Pedas dan pelbagai lagi.

🔥 SET MAKAN TENGAH HARI PALING PADU DI BANGI 🔥Asam Pedas Ikan Kembung original Johor 🌶️Pedas kaw, kuah pekat, makan pana...
08/05/2026

🔥 SET MAKAN TENGAH HARI PALING PADU DI BANGI 🔥

Asam Pedas Ikan Kembung original Johor 🌶️
Pedas kaw, kuah pekat, makan panas-panas memang layan 🤤

💥 SET MAKAN TENGAH HARI RM10 SAHAJA
✅ Free Air Teh / Sirap / Limau
✅ Panas atau Sejuk
✅ Portion kenyang puas hati

📍 3Rahsia
Jalan 15/1D, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi

⏰ Lunch Set: 11.30AM – 3.30PM

Kalau craving lauk kampung style Johor, memang wajib singgah 😮‍💨🔥

LunchMurah AsamPedasJohor FoodieBangi LunchPort MakanSedapBangi

Pagi-pagi perut dah berkeroncong? 😋Jom sarapan padu di 3Rahsia, Resepi Original Johor!Menu panas dah siap dari dapur:🍛 N...
08/04/2026

Pagi-pagi perut dah berkeroncong? 😋

Jom sarapan padu di 3Rahsia, Resepi Original Johor!

Menu panas dah siap dari dapur:
🍛 Nasi Ambeng Johor
🥥 Lontong Kering / Basah
🔥 Asam Pedas Power
🍜 Mee Bandung Muar
🥢 Mee Rebus Johor

Tak sempat datang?

Order je terus melalui Foodpanda, ShopeeFood & GrabFood 🚀

🎁 SPECIAL UNTUK ANDA!
Masukkan keyword RAHSIAPAGI dalam order online dan dapatkan air percuma random 🔥

📍 3Rahsia, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi
⏰ Dibuka pagi sampai petang (Selasa – Ahad)

Sarapan puas, hati pun puas 😍

Alhamdulillah, selesai sudah misi infaq Ramadan kali ini 🤲✨Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua para penderma ...
21/03/2026

Alhamdulillah, selesai sudah misi infaq Ramadan kali ini 🤲✨

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua para penderma yang telah menyumbang dengan penuh keikhlasan.

Setiap sumbangan anda, besar atau kecil, amat bermakna dan telah membawa senyuman kepada ramai insan yang memerlukan ❤️

“Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; pada tiap-tiap tangkai itu ada seratus biji.” 🌾
— (Surah Al-Baqarah: 261)

Semoga segala kebaikan ini dibalas dengan ganjaran berlipat kali ganda dan keberkatan dalam kehidupan kita semua 🤍

Di kesempatan ini, kami dari 3Rahsia ingin mengucapkan:
🌙 Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin ✨

Semoga Syawal kali ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita 💚

Alhamdulillah, sedikit rezeki yang dikongsi, moga memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan. 🕊️Terima kasih kepada s...
04/03/2026

Alhamdulillah, sedikit rezeki yang dikongsi, moga memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan. 🕊️

Terima kasih kepada semua yang terus menyokong dan berkongsi rezeki bersama kami.

Semoga setiap infaq ini menjadi pahala yang berpanjangan. ✨

Alhamdulillah, hampir 14 hari Ramadan berlalu dan amanah infaq yang dikirimkan kepada kami telah berjaya disampaikan den...
04/03/2026

Alhamdulillah, hampir 14 hari Ramadan berlalu dan amanah infaq yang dikirimkan kepada kami telah berjaya disampaikan dengan sebaiknya. Setiap sumbangan yang diberi, insya-Allah sampai kepada mereka yang memerlukan dan membawa sedikit kelegaan serta kegembiraan. 🤍

Antara juadah yang telah kami sediakan dan agihkan ialah Nasi Ambeng Johor, Nasi Ayam Penyet, Nasi Ayam Roasted, Lontong Kering, Nasi Hujan Panas, Nasi Ayam Balado, Nasi Ayam Kunyit dan pelbagai lagi.

Agihan telah dibuat di sekitar Seksyen 15 Bangi, Hostel KPTM Bangi, Surau GMI, Masjid UKM dan Bandar Sri Putra.

Insya-Allah, program infaq ini akan kami teruskan sehingga puasa ke-28, agar lebih ramai dapat merasai manfaatnya sepanjang Ramadan ini.

Terima kasih kepada semua penyumbang yang sudi berkongsi rezeki bersama kami. Semoga setiap infaq yang diberikan menjadi pahala yang berpanjangan dan dikurniakan keberkatan buat semua. Amin ya Rabbal ‘alamin. ✨

Alhamdulillah, menu infaq kali ini Nasi Ayam Penyet 🤍Agihan dibuat di Hostel KPTM Bangi, Balai Polis dan Balai Bomba Ban...
24/02/2026

Alhamdulillah, menu infaq kali ini Nasi Ayam Penyet 🤍
Agihan dibuat di Hostel KPTM Bangi, Balai Polis dan Balai Bomba Bandar Baru Bangi.

Terima kasih atas setiap infaq yang dititipkan.

Kami di 3Rahsia cuma jadi perantara, InsyaAllah amanah ini kami jaga sebaiknya.

Semoga setiap rezeki yang dikongsi menjadi kebaikan berpanjangan untuk semua.

Alhamdulillah, infaq Ramadan 3Rahsia diteruskan dengan agihan Nasi Tomato Ayam Merah di Masjid UKM dan Balai Polis Banda...
24/02/2026

Alhamdulillah, infaq Ramadan 3Rahsia diteruskan dengan agihan Nasi Tomato Ayam Merah di Masjid UKM dan Balai Polis Bandar Baru Bangi 🤍

Terima kasih atas setiap infaq yang dititipkan melalui kami.
Amanah ini kami jaga sebaiknya, dan insyaAllah akan terus kami laksanakan dengan penuh tanggungjawab.

Semoga setiap kebaikan ini menjadi amal jariah buat kita semua.

Alhamdulillah, misi infaq Ramadan 3Rahsia bermula dengan menu Nasi Ayam 🤍Agihan pertama telah dibuat di Masjid Teras Jer...
21/02/2026

Alhamdulillah, misi infaq Ramadan 3Rahsia bermula dengan menu Nasi Ayam 🤍

Agihan pertama telah dibuat di Masjid Teras Jernang, Bangi.

Terima kasih atas kepercayaan semua yang menitipkan infaq melalui kami.

Setiap sumbangan bukan sekadar makanan, tapi amanah yang sangat kami hargai.

InsyaAllah kami di Restoran 3 Rahsia akan cuba jalankan amanah ini sebaik mungkin.

Doakan agar setiap rezeki yang dikongsi menjadi asbab kebaikan berpanjangan dan amal jariah buat kita semua. 🕊️

Sepanjang bulan Ramadan ini, Restoran 3 Rahsia akan bercuti selama sebulan.Kami akan memberi fokus kepada menu infaq Ram...
21/02/2026

Sepanjang bulan Ramadan ini, Restoran 3 Rahsia akan bercuti selama sebulan.

Kami akan memberi fokus kepada menu infaq Ramadan yang akan diagihkan setiap hari di beberapa lokasi sepanjang bulan puasa. Semoga usaha kecil ini dapat memberi manfaat kepada yang memerlukan.

Kami mendoakan semua pelanggan selamat menjalani ibadah puasa yang penuh keberkatan.

InsyaAllah, kedai akan beroperasi semula selepas Hari Raya.
Jumpa anda semua nanti ❤️

13/02/2026

🤲 Penyerahan Infak Jumaat Selesai! 🤲
Restoran 3 Rahsia mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang budiman yang menyokong tabung infak kami minggu ini.
Semoga Allah menerima amalan kita dan menggantikan setiap kebaikan yang disumbangkan dengan ganjaran yang berlipat ganda.
Terima kasih kerana terus percaya dan berinfaq melalui kami!
Sokonglah kami untuk terus berkhidmat dan berbuat kebaikan. Mencari Mee Bandung yang padu? Atau teringin Asam Pedas yang pedas berapi?
Di Restoran 3 Rahsia, kami menghidangkan lebih dari sekadar sarapan!
Cuba hidangan wajib seperti: Mee Rebus, Lontong Basah, Lontong Kering, Soto, Kacang Pool, dan Roti Bakar yang rangup.
Sajian lengkap menanti anda. Cepat serbu Restoran 3 Rahsia hari ini!

17/01/2026

"Sarapan Macam Di Kampung, Makan Tengah Hari Penuh Selera di Restoran 3 Rahsia"
​Hari Sabtu jangan stres, kita bagi 'mood' baik dengan makanan yang sedap-sedap. Dari Lontong Basah yang berlemak sampailah ke Asam Pedas yang membangkitkan selera, semuanya ada di sini.
​Kenapa kena datang hari ni?
✅ Pilihan menu Johor yang lengkap (Kacang Pool, Mee Bandung).
✅ Nasi Ambeng yang meriah.
✅ Ruang selesa di Seksyen 15, Bangi.
​Kami tunggu anda dari 7.30 pagi hingga 5 petang ini!

Address

No 11-GF, Jalan 15/1D, Seksyen 15
Bangi
43650

Opening Hours

Tuesday 17:00 - 20:45
Wednesday 17:00 - 20:45
Thursday 17:00 - 20:45
Friday 17:00 - 20:45
Saturday 17:00 - 20:45
Sunday 17:00 - 20:45

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when 3Rahsia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share