26/08/2026
*📢 PERMOHONAN MAAF & MAKLUMAN*
Kepada sesiapa yang ada membeli aiskrim kami di Dewan Majlis Daerah sempena Hari Usaha Maju petang tadi, mohon hubungi kami sekiranya aiskrim yang diterima terasa masin.
Kami dimaklumkan perkara ini berlaku disebabkan kebocoran pada tong aiskrim, dan kami benar-benar memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. 🙏🏻
Sebagai tanda tanggungjawab kami, pihak kami bersedia untuk menggantikan semula wang bayaran kepada pelanggan yang terjejas.
Mohon sesiapa yang mengalami perkara tersebut untuk hubungi kami melalui *DM* supaya kami dapat uruskan pengembalian wang.
Terima kasih atas pemahaman dan kerjasama semua. ❤️
A Family Icecream