15/12/2017
PROGRAM ZIARAH TANDA INGATAN MUSIM HUJAN DAN SOLAT JUMAAT, SOLAT HAJAT DAN DOA QUNUT NAZILLAH UNTUK UMAT ISLAM PALESTINE BERSAMA MASYARAKAT PENOREH.
Bertempat di Masjid Tunku Abdul Malik, Kg. Sera Masjid, Mukim Pulai, Baling, Pengerusi PERGETAH Saudara Mohd Taufik bin Hj Yaacob telah hadir program ziarah tanda ingatan musim hujan dan solat jumaat, solat hajat dan doa qunut nazillah bersama masyarakat penoreh kariah Masjid Tunku Abdul Malik, Kg. Sera Masjid.
Program yang diadakan ini bertujuan sebagai tanda ingatan PERGETAH Negeri Kedah kepada masyarakat penoreh getah yang kini sedikit terbeban kerana kehilangan mata pencarian akibat dari musim hujan. Seramai 320 orang jemaah menerima sekampit beras 5Kg yang merupakan sumbangan peribadi Pengerusi PERGETAH selepas selesai solat jumaat.
Selesai solat jumaat telah diadakan juga solat hajat dan doa qunut nazillah kepada umat islam yang berada di Palestine. Penerima sumbangan merasa bersyukur dengan sumbangan yang diberikan oleh PERGETAH dan yakin PERGETAH adalah satu NGO yang mampu membela dan prihatin terhadap masyarakat penoreh getah di Negeri Kedah amnya dan khususnya di Daerah Baling.
Jumaat
15 Disember 2017
1.30 Petang
Masjid Tunku Abdul Malik, Kg. Sera Masjid, Mukim Pulai, Baling.