Noruslida

Noruslida Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Noruslida, balakong.

Salam Jumaat buat semua πŸ₯°πŸ’πŸ’πŸ’
03/12/2021

Salam Jumaat buat semua πŸ₯°πŸ’πŸ’πŸ’

Ada tak kalian terkeliru bila nak beli cili kering? Ada yang besar licin, ada yang kerinting kecil, ada yang licin kecil...
24/11/2021

Ada tak kalian terkeliru bila nak beli cili kering? Ada yang besar licin, ada yang kerinting kecil, ada yang licin kecil dan ada yang halus panjang. Apakah perbezaannya? Kenapa cili kering ada rasa yang berbeza-beza?

Dah tentulah berbeza untuk disesuaikan kegunaannya dalam menu masakan kita. Cili kering yang pedas, sedap untuk masak ayam masak merah kerana rasa pedas akan lebih seimbang dengan adanya sos tomato dan juga asam jawa dalam resepinya. Manakala kalau nak masak nasi goreng, boleh guna cili kering yang kurang pedas.

Kalau masakan kalian terlebih pedas, jangan panik atau risau. Kalian boleh tambahkan gula untuk hilangkan rasa pedas dan juga masukkan kentang. Rasa pedas itu akan diserap oleh kentang atau gula tadi. Senang kan?




Hari minggu datang lagi. Jom kita buat aiskrim strawberry pisang menggunakan bahan istimewa biskut thumbprint strawberry...
21/11/2021

Hari minggu datang lagi. Jom kita buat aiskrim strawberry pisang menggunakan bahan istimewa biskut thumbprint strawberry yang rangup.

Aiskrim Thumbprint Strawberry Pisang ini amat mudah dibuat kerana resepinya hanya menggunakan 5 bahan saja.

Selain daripada itu, aiskrim ini menyihatkan kerana menggunakan buah-buahan segar. Boleh juga gantikan susu full cream kepada heavy cream untuk lebih berkrim.

Yang istimewa adalah biskut thumbprint yang rangup apabila tergigit dalam aiskrim ni. Sedap sungguh! Selamat mencuba ya.




β€œBoleh tahan mahal jugak kulit tortilla ni kalau beli. Aduh, rasa terbantut pulak nak beli.”    Asyik makan roti biasa j...
20/11/2021

β€œBoleh tahan mahal jugak kulit tortilla ni kalau beli. Aduh, rasa terbantut pulak nak beli.”

Asyik makan roti biasa je, sesekali ubah citarasa best jugak makan tortilla wrap ni kan?

Senang nak olah dan boleh letak macam-macam kat dalam tu. Mudah nak bawa bekal, senang disediakan.

Lagi-lagi yang tengah diet, selalunya mesti ada makanan macam ni dalam menu.

Tapi kalau kita beli yang dah siap, boleh tahan mahal juga harga kulit tortilla ni.

Jadi apa kata kita buat sendiri, senang sahaja. Bahan-bahan pun yang ada kat rumah je. Jom kita buat sebagai projek hujung minggu. Selamat mencuba!




Selain kegunaannya dalam memberi aroma lazat pada masakan, tahukah anda bahawa daun kari juga dikenali kerana memberi ba...
17/11/2021

Selain kegunaannya dalam memberi aroma lazat pada masakan, tahukah anda bahawa daun kari juga dikenali kerana memberi banyak manfaat kesihatan?

1. Mengawal paras gula dalam darah dan meningkatkan insulin serta menjadikan kadar pengambilan glukosa dari dalam darah oleh sel badan semakin tinggi dan risiko diabetes dapat dikurangkan

2. Antibakteria
Minyak pati (essential oil) daripada daun kari mampu menghalang pertumbuhan bakteria dan kulat

3. Ekstrak daun kari didapati berpotensi untuk meningkatkan kesihatan saraf otak kerana sifatnya yang menghalang proses pengoksidaan dan secara tak langsung dapat meningkatkan daya ingatan.

4. Berupaya meningkatkan regangan luka dan merangsang penghasilan kolagen. Hal ini membantu luka untuk cepat sembuh

5. Boleh mencegah rambut gugur dan melewatkan proses rambut beruban.




15/11/2021

Beringat lah selalu. Kena ingatkan anak- anak jangan dilayan orang yang tidak dikenali.

Sama-sama kita doakan dan mohon perlindungan dari Nya.

Sumber; tiktok

12/11/2021

ilmu baru hari ini. semoga memberi manfaat kepada kita InshaAllah

Dah biasa makan kacang gajus kan? Daun gajus pun sangat diminati tau, dijadikan sebagai ulam. Daun gajus muda berwarna m...
11/11/2021

Dah biasa makan kacang gajus kan? Daun gajus pun sangat diminati tau, dijadikan sebagai ulam. Daun gajus muda berwarna merah perang. Daun gajus yang telah bertukar menjadi hijau masih boleh dijadikan ulam selagi ia masih lembut dan sesuai untuk dimakan.

Rasa pucuk gajus yang kelat masam menjadikan ia sebagai salah satu ulam popular di negara kita.
Pucuk gajus boleh dimakan mentah dicicah bersama sambal belacan, budu, cencaluk dan sambal

Pucuk gajus dipercayai boleh membantu mengubati masalah cirit-birit, mual dan muntah dengan minum air rebusan daun gajus. Manakala daun tua yang dilumatkan boleh dijadikan ubat untuk kulit melecur atau penyakit kulit lain.

Amalan mengambil ulaman pucuk gajus boleh menyelesaikan masalah penghadaman, melawaskan kencing dan buang air besar. Malah, ianya membantu aliran darah menjadi sempurna, minda dan tubuh menjadi lebih sihat dan segar, sesuai untuk kulit dan mata. Jom makan ulam pucuk gajus!




07/11/2021
Dah biasa beli dan minum air jagung yang tersohor di Melaka?Apa kata kali ni kita buat sendiri versi special.Dengan adan...
03/11/2021

Dah biasa beli dan minum air jagung yang tersohor di Melaka?
Apa kata kali ni kita buat sendiri versi special.

Dengan adanya taburan biskut cornflakes sebagai topping, memang memberi rasa sensasi lain dari yang lain.

Setiap sisipan memberi rasa kerangupan biskut, kemewahan isi jagung dan kepekatan airnya yang membuai perasaan. Serius sedap!

Wajib cuba di rumah ya!




Address

Balakong

Telephone

+60194549963

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Noruslida posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Noruslida:

Share