11/09/2015
Salam Semua,
Anda pernah alami keadaan yang anda bersemangat melakukan sesuatu tiba-tiba semangat itu hilang atau "potong" disebabkan pelbagai cabaran? Atau semangat pudar perlahan-lahan dan ke laut!
Jadi, sebagai seorang usahawan, bagaimana caranya untuk kita tangani keadaan yang sedemikian. Ada Perlu NEKAD kan... Tapi apa itu NEKAD??
NEKAD.
N - Niat
E - Emosi
K - Komited
A - Action
D - Doa
Ia adalah tahap titik ibarat titik "boiling point" air yang kita masak itu cukup mendidih serta kuat tenaganya dan seterusnya ia mula bertukar menjadi wap.
Mesej yang saya cuba sampaikan adalah, setiap orang ilmu yang diterimanya mungkin sama, tetapi yang membezakan samada seseorang itu akan ‘Bertindak Nenek Luar Biasa’ atau tidak adalah sangat bergantung kepada tahap NEKAD / Boiling Point dalam dirinya serta kuasa tenaga Boiling Point itulah yang akan menekan dirinya untuk melakukan tindakan dengan NEKAD sehingga berjaya regardless apa pun cabaran yang ada.
Untuk capai tahap emosi mendidih ini, ia bukan secara tiba-tiba hadir. Setiap mereka yang berjaya akan mempunyai salah satu atau kedua-dua faktor "pendidih" emosi mereka. Samada faktor Tertekan atau inginkan Pencapaian/Keseronokan.
Ia adalah proses jatuh bangun berkali-kali atau bertahun-tahun accumulated yang "membakar" emosi mereka samada dari segi tekanan kehidupan, tekanan kewangan, tekanan melibatkan maruah, masa, kasih sayang atau ia melibatkan tekanan keinginan untuk mencapai matlamat yang lebih tinggi dalam setiap aspek kehidupan.
Tahap "Boiling Point" setiap orang berbeza tetapi chances are, mereka yang selalu jatuh dan berulang kali jatuh sepatutnya menjadikan setiap kejatuhan dan kegagalan sebagai himpunan kekuatan emosi untuk jadi lebih baik tetapi of course dengan mempunyai Mentor, Ilmu, Sistem atau Strategi yang betul, ia akan memudahkan proses mencapai apa yang mereka inginkan.
# its all about u
# sharing is caring
# Do it Get it Feel it