UMMI Kitchen

UMMI Kitchen Teratak Ummie, No 9 jln LB 1/2 Bandar Lembah Beriah, 34310 Bagan Serai, Perak

21/09/2019
15/09/2019

PESAMAH DAGING

1 kg daging - potong 10 ketul

Bahan tumis:-
1/2 cawan minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
3 ulas bawang merah - mayang
2 ulas bawang putih - mayang
3 cm halia - potong panjang nipis
1 btg kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
1 helai daun pandan -simpul
3 tangkai daun kari

Bahan mesin:-
2 labu besar bawang besar
5 ulas bawang putih
5 cm halia
1 sudu teh lada hitam

Bhn lain:
5 sudu besar rempah daging
Segenggam gula merah/ 1 keping gula kabung
1 cawan santan pekat
1 cwn susu cair
2 sudu mkn kerisek
Garam
Air asam jawa secukup rasa

Cara-caranya:-
1. Daging hendaklah digaulkan dengan bahan mesin, rempah daging, gula merah dan kerisek. Proses ni org panggil 'awas'...
2. Panaskan minyak masak dan minyak sapi. Tumiskan bahan tumis tadi sampai wangi dan garing.
3. Masukkan daging yg digaul tadi. Tambah air untuk empukkan daging. Masaklah sampai daging empuk dan betul2 pecah minyak. Part ini mmg ambil masa yg lama sikit...
4. Bila daging sudah empuk dan pecah minyak, masukkan santan dan susu cair. Masukkan
sekali air asam jawa dan garam secukup rasa.
5. Masak lagi dgn api perlahan sampai pecah minyak dan kuah jadi pekat mcm gambar saya tunjuk tu....Siap.

Sekian. Terima kasih. Selamat mencuba....😍

Photo : Cik Puan Julieta

Kredit resepi asal : faizah binti abdul hamid

Kredit : cik puan julieta

TIP-TIP PENYEDIAAN AYAM GORENG YANG RANGUP. Mohammad Roslan8 tahun agoAdvertisements AYAM GORENG YG LAZATKadang-kala kit...
02/09/2019

TIP-TIP PENYEDIAAN AYAM GORENG YANG RANGUP.
Mohammad Roslan
8 tahun ago
Advertisements


AYAM GORENG YG LAZAT

Kadang-kala kita bingung tentang resepi ayam goreng ini yang ada berbagai-bagai jenis resepi dan juga kaedah goreng. Ramai di antara kita dengan bangga dengan mengakui resepi kita, adalah resepi rahsia yang terbaik. Cara penyediaan ketulan ayam untuk gorengan p**a disediakan dengan berbagai cara untuk digoreng, seperti ada yang rendam dalam susu butter (butter milk) dengan ketulan ayam diperap semalaman dengan susu butter (butter Milk) dan ada juga guna yogurt, sour krim dan tidak ketinggalan diadunkan dengan aroma rempah ketimuran seperti bawang putih, halia atau bahan rempah dari negara timur atau pun dari barat. Resepi penyediaan tepung untuk ayam gorengan ayam atau batter dengan gunakanbahan-bahan yang haram untuk orang Islam seperti menggunakan minuman beralkohol Bir atau bahan berunsurkan alkohol untuk mendapatkan keputusan gorengan yang terbaik. Apa yang anda perlu ingat tentang semasa gorengan ayam ialah: Dalam menyediakan apa jua resepi ayam goreng, faktor paling utama ialah “Suhu Minyak” untuk gorengan dan juga langkah-langkah yang betul semasa goreng ayam itu. Mamak pernah menulis diblog ini tentang resepi berjudul, “Ayam Goreng Berempah Mamak Penang“. Ramai di antara pengunjung email menyatakan, keputusan ayam goreng resepi Mamak tidak sama seperti Ayam Goreng yang dijual Restoren Nasi kandar serata Negeri. Di sini mamak ingin terangkan Ayam Goreng KFC yang di gelar,” sehingga menjilat jari”, tak sama dengan ayam goreng McD dan ayam goreng McD p**a tak sama dengan ayam goreng si Kenny Roger. Pendek kata setiap resepi ayam goreng yang berkualiti tidak sama bentuk fizikal atau pun rasanya. Ayam Goreng di restoren nasi kandar juga tak sama di antara restoren.

Maka apa yang kita perlu fahami ialah asas gorengan bersuhu panas atau “deep Frying“. Tentang minyak gorengan, Mamak akan terangkan panjang lebar dalam tulisan yang akan datang yang bertajuk “cara jimatkan minyak masak”. S**a juga mamak ingatkan dari anda cari resepi pop**ar orang lain, biar reka resepi anda sendiri dan pop**arkan resepi anda. Resepi ini kelak akan menjadi Resepi Ayam Goreng Keluarga yang teristimewa….

TIP UNTUK AYAM GORENG BERSELAPUT HABUK ROTI/ BREAD CRUMB.

1. Sekiranya ingin goreng ketulan ayam di selaputi Habuk Roti (bread crumb) tentukan ketulan ayam anda terlebih dulu direndamkan dalam susu butter atau susu cair sejat. Adunkan dengan 1 biji telur (ikut anggaran) dalam adunan itu untuk jadikan gam pelekat habuk roti .

2. Semasa penyalutan bread crumb, isikan bread crumb ke dalam beg plastik yang diperlukan kemudian mas**an ketulan ayam yang ingin anda menyaluti.

3. Untuk mendapatkan hasil gorengan ayam goreng bread crumb terbaik, ketulan ayam yang diselaputi itu perlu di dimas**an dalam peti sejuk bahagian pembekuan tanpa dibungkus selama 30 hingga 60 minit sebelum digoreng.

4. Walau pun cara ini kira baik tapi dari pengalaman mamak haji sebelum isi ayam masak, habuk roti kan terbakar hangus. Biasa mamak haji cuma rangupkan bread crumb ini dengan gorengan selepas itu mas**an dalam oven dlm suhu 150 -160 C selama 30 minit. Hasilnya sangat cantik.

TIP UNTUK MENYEDIAKAN RESEPI AYAM GORENG seakan KENTUCKY FRIED CHICKEN YANG LEBIH RANGUP :

1. Kita boleh ciplak resepi-resepi dari restoren masakan tekenal kepada resepi yang lebih lazat dan garing di dapur rumah anda. Anak-anak kita pasti bangga dan s**a resepi ibu mereka sama dengan ayam goreng KFC. Sebenarnya bila anda lakukan ciplak resepi orang lain, apa yang anda harus hasilkan ialah satu resepi yang lebih baik daripada resepi ciplak itu sendiri. Maka ujian demi ujian perlu dilakukan untuk dapatkan keputusan yang terbaik untuk jadikan hak milik anda.

1. Ketulan ayam yang bersaiz yang dikehendaki boleh dibeli di pasaraya-pasaraya. Tetapi daging ayam dipasaraya adalah kebanyakannya ialah ayam yang telah sejuk dan dibekukan. Kadangkala entah berapa kali ia di bekukan dan dicairkan ais nya Allahualam tapi yang pasti keadaan ini akan menyebabkan texture dagingnya rosak dan kadang-kala beracun. Suhu penyimpanan di ruang pamiran daging ayam tidak begitu diendahkan dan yang Mamak tak faham bagaimana daging ayam ini tidak berbau berjam-jam tanpa suhu sejuk yang diperlukan untuk mengekalkan kesegaran ayam itu. Mungkin betul juga sesetengah pihak mengatakan daging ayam sekarang direndamkan dalam bahan kimia pengawet untuk mayat. Allahuwallam. Kita makan untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita dan keluarga, maka semolek-moleknya belilah ayam segar di pasar-pasar pagi untuk mendapatkan kesegaran daging ayam dan juga untuk menjaga kesihatan keluarga atau pun pelanggan. Walau pun ia mahal sedikit dari daging ayam yang dijual pasaraya-pasaraya terbesar tetapi kita mendapat faedah yang banyak. Ketulan ayam yang telah beli itu perlu dibersihkan dari lemak yang berlebihan.

2. Cara menyediakan bahan salutan untuk gorengan:

– 1 cawan susu penuh krim dan masukkan sebutir telur. Pukul rata. Telur adalah pelekat yang baik untuk salutan seterusnya.

3. Sediakan bahan kering (tepung) untuk salutan.

Bahan salutan untuk ayam KFC resepi original ini ialah 1 1/2 cawan tepung gandum dicelur tepung biasanya (kering) dengan ditambah lagi 1 1/2 cawan tepung jagung untuk ranggup. Sekiranya anda ingin keras sedikit ranggupan untuk tahan lama tanpa kawalan suhu tambahkan satu sudu besar tepung beras atau tepung ubi. Jangan lupa masukkan 1/2 sudu serbuk penaik (baking powder). Baking powder punyai cara tersendiri untuk mengaringkan ketulan ayam anda.

Anda juga boleh mencuba rahsia resepi KFC original yang lama seperti berikut : 2 cup tepung gandum biasa, 1/2 sudu baking powder, 2 cup tepung jagung, perencahnya: 1/2 tsp thyme, 1/2 tsp oregano, 4 tbsp paprika, 1 tbsp serbuk halba (mustard), 1 tbsp serbuk lada hitam, 2 tsp garam bawang putih dan 1 tbsp garam celery ( 8 ketul ayam), 6-8 cup minyak masak, 2 butir telur yang dipukul untuk salutan awal sebelum diadunkan dgn tepung. Suhu gorengan 315 F. Masa 10-15 minit.

4. Sekiranya anda ingin keranggupan dan ketebalan lebih, buat dua kali salutan dengan mengulangi celur dalam telur yang telah dipukul kemudian tepung kering.

Sekiranya anda ingin resepi gorengan Mamak Nasi kandar, ketulan ayam perlu di peram dengan pes bawang putih, halia, bawang dikisar dan juga serbuk kunyit dan daun kari yang dihiris. Mas**an telur yang telah dipukul dalam adunan peraman. Tentang kelikatan adunan tepung terp**ang pada anda. Ketebalan salutan terletak pada adunan tepung. Biasanya mamak haji gunakan perwarna merah oren untuk mendapat warna kemerahan hasil gorengan. Gunakan 1 sudu kecil baking powder. Mamak s**a buat adunan tepung beras dan tepung gandum kerana ia lebih tahan lama dalam keadaan sejuk.

Selamat mencuba. “Practice Make Perfect”. Apa pun kena cuba dulu. Catitkan resepi yang anda cuba setiap kali. Mamak Haji harap anda ketemukan resepi rahsia ayam goreng anda sendiri. Dalam mempelajari seni kulnari ini tak boleh “give-up”. Sentiasa cuba untuk dapatkan resepi yang baru. Insyallah sekiranya ada yang kurang faham tulisan mamak yang bertabur ini, sila e-mailkan pada Mamak: [email protected] pasti mamak akan jawap setiap e-mail. Kalau tak jawap itu bermakna mamak terlupa ( umuq dah lanjut memang macam itu) sila hantaq lagi. Jangan kecil hati nooo. Tip untuk kemuliaan hidup p**ak…sesiapa yang masih belum hutang puasa bulan ramadhan tahun lepas, jangan lupa membayar hutang puasa anda itu segera…hahaha!. Wassalam.

31/08/2019
25/08/2019

Address

No 9 Jalan LB 1/2, Bandar Lembah Beriah
Bagan Serai
34310

Telephone

0185771004

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UMMI Kitchen posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to UMMI Kitchen:

Share