01/01/2021
Seperti yang dijanjikan kakFa kongsikan yang menjadi ibu resepi kepada the best produkk by iaitu aka .
Kek inilah produkk sulung kakFa, alhamdulillah boleh buat ibu duitt. Boleh olah macam-macam style. KakFa pun asalnya ceduk dari internet juga, lama-lama kita rnd la sikit-sikit ikut kapasiti yang diperlukan dan citarasa sendiri. Moga bermanfaat untuk semua ๐ฅฐ
Resepi Kek Coklat Moist
Bahan A
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair/air panas
1 cawan minyak
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
Kacau sebati semua bahan A diatas api kecil sehingga gula hancur. Biarkan sejuk atau suam.
Kemudian masukkan telur dan esen vanila.
Kacau sebati.
Bahan B
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
Ayakkan bahan B dan gaul sebati dengan adunan A.
Kukus atau bakar hingga masak. Jika guna kaedah bakar, kek akan garing di luar dan ambil masa lama untuk masak.
Topping
1/2 cawan minyak
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan serbuk koko
1/4 cawan susu cair (agak2 nak cair atau pekat)
Panaskan kuali dengan api kecil, masukkan minyak , agak-agak suam masukkan susu pekat, kacau, masukkan serbuk koko. Kacau sebati. Masukkan susu cair mengikut kepekatan yang dikehendaki. Tutup api dan tuang ke atas kek.
Ok dah siap. ๐
Kalau rasa malas nak s**at-menyukat bahan, rasa tak nak beli bahan lebih takut membazir, boleh cari untuk merisik dari mereka ya.
Senang sangat tau.
Dengan segalanya menjadi
MUDAHโขCEPATโขSEDAPโขJIMAT
Selamat mencuba ๐ฅฐ
Terima kasih sudi share.