23/02/2022
*MEMOHON SUMBANGAN MENGINFAKKAN HARTA BAGI MENAIKTARAF KOLAH MASJID ASSALAM PENGKALAN CHEPA*
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pihak Pentadbiran Masjid Assalam akan menaiktaraf dan menambah baik kolah Masjid bertemakan air terjun untuk kegunaan orang awam. Anggaran Kos di perlukan adalah *RM33,000.00* Sahaja.
3. Untuk makluman, tujuan utama adalah untuk mengelak daripada masalah air terputus apabila orang awam terlalu ramai menggunakan air terutamanya pada hari jumaat dan hari cuti umum. Oleh sebab itu, Masjid ingin menaiktaraf dan menambah baik semula kolah masjid untuk kegunaan orang ramai.
4. Sehubungan dengan itu, pihak masjid memohon sumbangan kewangan daripada Tuan bagi menjayakan pembinaan tersebut dengan disalurkan terus ke akaun masjid seperti berikut :
*NAMA : J/KUASA MASJID ASSALAM*
*NO. AKAUN : 030180-100099-97*
*NAMA BANK : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD*
5. Segala perhatian dan pertimbangan Tuan, kami dahului dengan ucapan Jazakallah Khaira Jaza’ dan hanya Allah swt jua yang membalasnya. Bersama dengan ini diserta gambar- gambar pembinaan untuk rujukan pihak Tuan.
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Tuan Imam Imam Masjid Assalam di talian 019-5859342 (Haji Baharin Bin Yusoff)
Sekian,terima kasih.