Laksamana Barakah Katering Kanopi II

Laksamana Barakah Katering Kanopi II Laksamana Tujuh Barakah Peneraju Katering Di Malaysia

Halal, Berkat dan Enak Berkualiti Laksamana Tujuh Baraqah..

Nama Laksamana Tujuh Baraqah sememangnya cukup sinonim di Kuala Lumpur dan Selangor. Malah turut dikenali di negeri Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan utara Johor. Laksamana Tujuh Baraqah ditubuhkan pada 7 Jul 07 menawarkan perkhidmatan yang berasaskan sajian dan kanopi yang bermutu tinggi serta lengkap, telah berkembang pesat berteraskan kualiti. Diterajui oleh pengasasnya sendiri yang juga merupakan bekas TLDM dan disokong oleh Staf Pengurusan yang di Ketuai oleh Tuan Azhan Zain (Pengurus Jualan), (Pengurus Operasi) serta dibantu oleh tukang masak professional serta berpengalaman. Semua staf mempunyai kemahiran dan mahir semasa mengkoordinasikan pelbagai majlis keraian. Menyingkat kisah penglibatan Laksamana Tujuh Baraqah dalam bidang ini, bermula dari kecil kecilan sahaja, itupun dibuat secara sambilan ‘part time’ dan kemudian semakin berkembang. Memilih Ampang, Selangor sebagai lokasi operasinya. Perkhidmatan yang ditawarkan
Laksamana Tujuh Baraqah bukan sahaja pakar dalam perkhidmatan berkaitan katering, malahan Laksamana juga mahir dalam menyediakan perkhidmatan kanopi. Bagi memudah pelanggan memilih, pelbagai jenis saiz kanopi turut disediakan bergantung pada kesuaian majlis. Antaranya kanopi jenis “Marquten” yang mampu menampung sehingga 5000 orang dalam satu masa. Jenis Arabian juga turut mendapat sambutan, pelbagai saiz kanopi ini antaranya 10x10, 10x20 20x20, bergantung kepada keluasan lokasi majlis. Kebiasaannya, semua kanopi yang tempah akan dibuat pemasangannya pada 2 hari sebelum majlis berlansung. Kebersihan dan penjagaan kanopi juga turut dititikberatkan, dimana setiap 3 bulan semua kanopi akan didobikan. Ia akan nampak sentiasa serlah keputihan, bersih dan segar mata memandang. Di samping itu, perkhidmatan katering mereka tidak hanya tertumpu kepada majlis perkahwinan semata-mata, mereka turut menawarkan perkhidmatan untuk majlis majlis formal, akikah, pertunangan, keramaian dan banyak lagi. Resepi turun-temurun
Menu Juadah di Laksamana Tujuh Barakah adalah pelbagai dan ianya tertakluk kepada kehendak serta mengikut keenakan citarasa dan harganya tidak membebankan pelanggan. Tukang masak Laksamana antara yang pakar dan mahir dalam pengendalian makanan, disamping mempunyai cara masakan sangat asli dan tersendiri. Sentiasa memastikan menu yang dihasilkan adalah dari bahan yang segar dan citarasanya yang pasti memikat selera setiap lapisan masyarakat termasuk kaum Cina, India dan lain-lain. Pelbagai menu disediakan seperti Masakan Kampung, Masakan Timur Tengah Arab, Western dan Thai. Gulai Kawah Utara, Daging Rendang Hitam, Daging Kurma Mak Lang, Ayam Pandan Tok Yam, Ikan Patin Masak Lemak Tempoyak, Ikan Bakar, Asam Pedas Asli Melaka, Sambal Belacan dan Kueh Muih Tradional antara menu yang lebih mendapat sambutan dek kerana resepi turun temurun dari Chef Hajah Zainab, yang juga ibu mertua kepada pengasas Laksamana Tujuh Baraqah ini. Termasuk juga Nasi Arab, Kambing Mandy, Ayam Mandy dan Kambing Golek Superman yang sentiasa menambat hati serta memuaskan pelanggannya. Kelebihan Laksamana Tujuh Baraqah
Harga pakej yang ditawarkan Laksamana Tujuh Baraqah adalah berpatutan dan terbaik untuk pelanggan mereka. “Food test” juga turut disediakan secara percuma dan “live” di tempat majlis mengikut pilihan dan pakej yang kehendaki. Pelanggan juga tidak dikenakan sebarang wang deposit tempahan, sebaliknya perlu membuat bayaran semasa 2 minggu sebelum majlis berlansung sebanyak 50% sahaja. Baki bayaran akhir p**a, pelanggan perlu membuat bayaran setelah selesai majlis. Selain itu, Laksamana Tujuh Baraqah tidak mengenakan Good and Service Tax (GST) atau caj tambahan kepada pelanggannya kecuali di luar kawasan, caj pengangkutan akan dikenakan. Bukan itu saja, mereka turut menghadiahkan satu menu tambahan sebagai penghargaan kepada pelanggan kerana memilih Laksamana Tujuh Baraqah. Matlamat jangka panjang
Walaupun namanya telah dikenali dan berada seiring dengan syarikat besar yang lain , Laksamana Tujuh Baraqah tetap gigih berusaha mempertingkatkan pencapaian dalam perniagaan. Mengutamakan kepuasan pelanggan serta berpegang teguh pada prinsip mencari keredaan dan keberkatan Allah SWT, Laksamana sentiasa mendapat tempat di hati pelanggan. Slogan ‘ Enak Berkualiti adalah matlamat kami’ menjadikan Laksamana maju dan berhemah. Berbekalkan semangat yang kental, mereka telah membuka cawangan baru di utara tanah air iaitu di Sg Petani, Kedah.

23/06/2026

Pakej Walimatulurus Katering Dan 7 Set Khemah
1000 Jemputan

Menu Utama X RM13
Nasi Minyak Basmathi Fusa (Masak Dilokasi)
Nasi Putih Basmathi Fusa (Masak Dilokasi
Ayam Goreng Berempah (Masak Di Lokasi)
Daging Masak Hitam
Gulai Kawah Daging + Ubi Kentang
Masak Lemak Nenas + Ikan Talang
Acar Jelatah
Ulaman, Ikan Masin Dan Sambal Belacan
Papadom

Air Kordial
Air Mineral

Menu Santai
Bubur Pulut Hitam
Air Lemon + Daun Pudina
Buah Potong: Tembikai Merah, Tembikai Susu dan Oren Manis
Air Panas: Tea Tarik, Kopi O dan Nescafe Tarik

Makan Beradab Pengantin 10 Pax
Ikan Siakap 3 Rasa
Ayam Golek Black Paper
Udang Galah Panjat
Menu Asas
Peralatan Makan Beradab Pengantin

Kek 3 Tingkat dan Pisau Panjang
Meja kek

15 Staf Pramusaji

Kelangkapan Kanopi
7 Set Kanopi Arabic X RM400
2 Layer Scallop
Lampu dan Kipas Setiap Kanopi
Meja Makan Beradap dan Hiasan
Kerusi Pengantin
8 Kerusi Chiavary Pengapit
Meja Bulat dan Alas Labuh Secukupnya
Kerusi, Sarung Dan Riben
2 Meja Buffet Menu Utama
1 Meja Tea Station
Meja Doorgift dan Hadiah

Amat2 Berbaloi

Laksamana Tujuh Barakah
019 3287325 En Azhan
017 2683792
012 209 7219 En Bahari

25.01.26 Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya
26/01/2026

25.01.26 Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya

02/01/2026

21.12.25 Dewan Serbaguna MPAJ Pandan Indah Selangor

02/01/2026

27.12.25 Desa Surada Kajang

02/01/2026

31.12.25 Dewan Othman Harun Kem Wardieburn Kuala Lumpur

Address

No. 1, Jalan AWF 1 Laman Niaga Ampang Waterfront
Ampang
68000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Laksamana Barakah Katering Kanopi II posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Laksamana Barakah Katering Kanopi II:

Shortcuts

Share