13/03/2016
Salam kepada semua
Terima kasih & sangatlah dihargai kepada yg sedia menanti kami di AOR Fest setelah sekian waktu kami menyepikan diri. Kali ini, insyaallah dengan izin-Nya, AOR Fest akan mempunya ruangnya yang tersendiri. Tiap waktu & ketika, ruang ini akan terisi dengan berbagai aktiviti. Paling kurang seminggu sekali pasti. Ruang ini dinamakan .aor beralamat di 1968B, Jalan Stadium (diantara kedai ikan & perabot kayu). Rumah ini akan dibuka pada semua 15/03/2016 (selasa ini) & grand openingnya beserta Mini Fest pada 26/03/2016. Tunggu maklumat lanjut. 😀
Disini akan ada Art Space, Concept Store, Creative Corner, Kedai, Ruang Publik, Pustaka Buku, AOR Cafe & semua ini akhirnya dibawah satu nama iaitu .aor & ini juga adalah Creative Hub yang telah lama dicadangkan oleh arwah Zam & kali ini, impian jadi kenyataan. Creative Hub siapa? Kita semua. Terbuka kepada sesiapa sahaja untuk datang & lepak disini. Walaupun tempat ini sedikit kecil, dengan kehadiran semua akan menjadikan ia lebih bermakna kerana tanpa ahli keluarga, apalah ertinya Rumah ini. Selamat datang kepada semua & selamat menjadi keluarga besar AOR.
Zam, akhirnya kita punya hub sendiri. Moga hang tenang disana. Al-fatihah
Hebahkan pada semua penghuni AOR & alam maya ini! 😊