16/09/2021
Kita sebagai seorang yang beriman perlulah sentiasa berdoa kepada Allah SWT kerana insan ini sifatnya lemah dan sentiasa mengharapkan kepada Sang Penciptanya dalam setiap keadaan.
Selain itu, hati atau jantung ini merupakan salah satu organ yang penting di dalam badan atau jasad manusia kerana ia akan menentukan sama ada baik atau buruknya jasad (akhlak) seseorang itu.
Ya Allah, limpahkanlah kesabaran pada hati dan diri kami, teguhkanlah pendirian kami. Ya Allah, janganlah jadikan hati ini condong pada kesesatan setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami, kurniakanlah kepada kami rahmatMu kerana sesungguhnya Engkaulah Zat yang Maha Pemberi.
Ya Allah, Zat Yang Maha Pemilik hati-hati kami, teguhkanlah hati-hati kamu untuk selalu taat kepadaMu. Amin Ya Rabbal Alamin.
Assalamualaikum selamat pagi sahabat