14/06/2025
Cawangan sama-sama corner lot. Tapi satu sales setiap bulan RM300 ribu, satu lagi RM100 ribu. Apa jadi?
Cawangan pertama, corner lot, lokasi strategik. Sales RM300,000 sebulan. Cawangan kedua, juga corner lot, juga kawasan “strategik”. Tapi sales cuma RM100,000 sebulan.
Apa yang berlaku?
Isunya bukan pada saiz kedai. Bukan juga pada design. Dan bukan semata-mata pada produk. Bezanya ada pada faktor-faktor yang tak nampak atas kertas.
Contoh:
1. Customer movement.
Cawangan pertama terletak di kawasan yang majoriti penduduk menetap dan bekerja di sekitar situ. Traffic konsisten dari pagi ke malam.
Cawangan kedua p**a ramai yang tinggal, tapi kerja luar kawasan. Mereka keluar awal pagi, balik lewat malam. Masa mereka ada, kedai tak buka atau dah slow mode. Jadi potential revenue hilang setiap hari.
2. Peak time mismatch.
Cawangan pertama ada peak dua kali sehari, lunch dan dinner.
Cawangan kedua cuma ada peak sekejap, jam 12 tengah hari saja. Waktu malam? Sunyi. Sedangkan model bisnes bergantung pada crowd malam.
3. Level of competition.
Cawangan kedua berada dalam zon yang penuh dengan pemain lain. Menu hampir sama. Harga hampir sama. Tapi jenama lain dah bertapak 5–6 tahun.
Masuk je kawasan tu, walaupun brand sendiri dah 10 tahun kuat di cawangan pertama, tetap dianggap bilis di tempat baru.
Reputasi tak berpindah ikut signboard.
4. Customer behaviour.
Cawangan pertama, orang datang dengan niat nak beli. Cawangan kedua, ramai datang untuk tengok-tengok. Window shopper banyak. Conversion rendah.
5. Local spending power.
Demografi penduduk berbeza. Satu kawasan T20/M40. Satu lagi majoriti B40.
Jumlah orang ramai tak bermakna kalau basket size kecil. Dan ini benda yang selalu terlepas pandang. Kadang-kadang, daerah sebelah-sebelah pun berbeza dunia.
# Cyberjaya tak sama dengan Putra Perdana.
# Bandar Tun Hussein Onn bukan kembar dengan Balakong.
# Gemas tak boleh disamakan dengan Gemencheh.
# Setia Alam dan Meru beza dari segi pace, crowd, dan culture spending.
Peta nampak dekat. Tapi tabiat beli, lifestyle dan keutamaan pelanggan, jauh beza.
Dan di Klang Valley sendiri, bukan semua lokasi dicipta setara.
Ada kawasan Tier 1: high traffic, strong spending power, ramai early adopters.
Contoh: TTDI, Bangsar, Mont Kiara, Subang SS15, Damansara Uptown
Ada kawasan Tier 2: sederhana, masih ada potensi jika educate market.
Contoh: Kajang, Shah Alam Seksyen 13, Bandar Baru Bangi, Setapak, Ampang
Dan ada kawasan Tier 3: low purchasing power, tapi ramai usahawan baru “try market” kat situ sebab sewa murah.
Contoh: Rawang, Semenyih, Cheras Batu 9, Puncak Alam, Bukit Beruntung
Masalahnya? Banyak orang buka outlet Tier 1 dengan mindset Tier 3. Atau buka Tier 3 dengan harapan sales Tier 1.
Tak match. Ini sama macam game nak masuk mall.
Masuk mall Tier 1 (Mid Valley, Pavilion) - rental mahal, crowd laju, tapi persaingan “brutal”.
Masuk mall Tier 2 (Melawati Mall, EkoCheras) - rental sederhana, crowd mix, result perlahan sikit.
Masuk mall Tier 3 - ramai lalu, tapi tak ramai beli.
Positioning kena jelas sebelum tekan button “open”.
Kesimp**an?
Buka cawangan bukan copy-paste lokasi atas peta.
Kena audit:
- Movement flow
- Peak hour
- Persaingan
- Target behaviour
- Profil belanja
- Tier kawasan vs positioning bisnes
Nampak macam dua lokasi “sama power”. Tapi bila dissect, beza macam langit dan bumi. Scale bukan pada buka outlet cepat. Scale pada faham peta pelanggan sebelum letak kedai.
Buka cawangan bukan soal cari lokasi “nampak cantik” atas peta.
Ramai founder terlepas pandang, apa sebenarnya yang perlu dipandang!
Behaviour pelanggan, tabiat belanja, waktu peak, dan persaingan tempatan jauh lebih penting dari sekadar saiz kedai atau rupa signboard.
Sebab tu, dua kedai yang nampak “sama power”, hasilnya boleh jadi langit dan bumi.
Silap langkah, sales tak naik, kos p**a makan dalam.
Kalau anda tengah rancang buka cawangan baru atau nak betulkan cawangan yang dah ‘sendu’ anda perlukan lebih dari sekadar “mata memandang”- “oh ini okey!”
Anda perlukan strategi. Mana nak belajar semua ini? Anda dijemput daftar dan hadir ke:
Seminar Grow Your Business (GYB)
Tarikh: 25 & 26 Jun 2025
Hari: Rabu dan Khamis
Lokasi: IDCC Shah Alam
Yuran: RM20 (1 tiket), RM30 (2 tiket - fast selling)
Selama 2 hari penuh, kami akan bantu anda,
1. Audit struktur bisnes sedia ada.
2. Rancang strategi scale yang berpijak di bumi nyata.
3. Elak perangkap “buka cawangan, tapi tak untung”.
Jom klik link dibawah daftar GYB jika anda serius nak kembangkan bisnes.
https://growyourbusiness.my
https://growyourbusiness.my