04/05/2022
Ini Adalah Perbualan Sebenar
Staff: Salam bang, boleh saya amik order?
Ali: Wslm. Apa yang special ye?
Staff: kami ada Asam Pedas bang..arini ada asam pedas tetel, pari, kembung, tenggiri dan siakap.. yang mana satu pilihan hati abg?
Ali: lunch tadi dah pekena asam pedasla p**a.. ada ape lagi?
Staff: ala carte dan western food.. selain tu, kite ada line up baru bang..
Ali: wahhhh! macam main bola ye.. ape line up tu?
Staff: SAMBAL IJO bang... cuba abang tengok gambar-gambar kat bawah ni.. harga pun ada tertera kat situ.. setakat hari ni, ramai yang dah cuba dan biasanya akan repeat order bang.. cuba abang tengok meja sebelah tu.. licin pinggan SAMBAL IJO dia bang.. lagi p**a, kami bukan masak satu periuk terus.. order masuk baru kami masak untuk mengekalkan keenakkan dan kepuasan hati pelanggan..
Ali: Serious ahhhhh~ tapi tak pedas ke?
Staff: abang boleh pilih tahap kepedasan mengikut selera.. budak-budak pun bole makan bang..
Ali: baikla.. tolong order daging sambal ijo satu dengan nasi putih dan kopi o kaw satu.. saya nak menikmati ye, tolong jangan seksa saya dengan kepedasan melampau..
Staff: order diterima bang..
Kesudahannya Ali turut menjadi salah seorang pelanggan tetap di Asam Pedas Tanjak Sonsang, Alor Gajah kerana terdapat pelbagai pilihan untuk dinikmati seisi keluarga.
(Perbualan ini Ditapis KEKAHAUANNYA Untuk Keselesaan Semua đŸ˜‰)
Untuk tempahan meja, sila click link
http://www.wasap.my/60182340328/asampedastanjaksonsang