Irah katering

Irah katering irah katering ada me nyediakn perkhidmatan katering dan berjual di gerai telisai no 8 sebelah pagi.sebarang tempahan boleh lah terus mnghubungi ke 8674290

Tempahan bagi SAMBAL PUSU GORENG GURIH dari IRC (Irah Restauran & Catering ) 29. 11. 2023.
29/11/2023

Tempahan bagi SAMBAL PUSU GORENG GURIH dari IRC (Irah Restauran & Catering ) 29. 11. 2023.

11/09/2023
02/09/2023
02/09/2023
Majlis Khatam Al Quran Sempena Bulan Ramadhan bagi Keluarga Allahyarham Hj. Lahit & Hjh. Armah berlangsung pada 13 April...
14/04/2023

Majlis Khatam Al Quran Sempena Bulan Ramadhan bagi Keluarga Allahyarham Hj. Lahit & Hjh. Armah berlangsung pada 13 April 2023 bersamaan 22 Ramadhan 1444 dirumah kediaman Allahyarham Hj. Ramli Hj. Lahit dgn mengumpulkan adik beradik, anak2, anak2 saudara, cucu2 dan semua keluarga sebagai satu aktiviti tahunan keluarga sambung bersambung hingga ke generasi yg akan datang. InsyaAllah.

11/04/2023

RESEPI NASI DAGING UTARA
Nasi Daging & Air Asam Kerisik
Bahan-bahan (10 orang):

Air Rebusan Daging & Sup (A)
• 2 inci halia*
• 4 ulas bawang putih*
• 1 sdb lada hitam*
• 1 kg daging lembu
• 1 sup bunjut
• 2 sdb rempah sup
• 4L air

• (B)
• Garam secukupnya
• Hirisan daun bawang & bawang goreng

Cara Penyediaan:
- Kisar bahan² yang bertanda *.
- Masukkan bahan kisar & bahan² (A) yang lain ke dalam periuk. Masak sehingga daging empuk. Tambahkan lagi air sekiranya perlu.
- Tapiskan air rebusan. Asingkan daging & air rebusan yang secukupnya untuk memasak nasi.
- Potong daging kepada ketulan kiub & ketepikan.
- Panaskan semula baki air rebusan daging. Perasakan dengan garam secukupnya.
- Taburkan dengan hirisan daun bawang & bawang goreng.

Nota:
- Daging juga boleh direbus dengan menggunakan periuk tekanan.

Nasi Daging
• 4 sdb mentega
• 1 batang kulit kayu manis
• 2 kuntum bunga lawang
• 3 biji buah pelaga
• 4 helai daun pandan
• 1 biji bawang besar (hiris)
• 4 ulas bawang putih (hiris)
• 2 sdb rempah sup
• 1 biji tomato (cincang kasar)
• 4 cawan beras
• Daging rebus yang telah dipotong
• 5 cawan air rebusan daging
• 1 cawan susu cair
• 1 sdb pati ayam/ 1 ketul kiub pati ayam
• 2 pokok daun ketumbar
• Segenggam kismis
• Segenggam bawang goreng

Cara Penyediaan:
- Cairkan mentega di dalam periuk.
- Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga daun pandan, hirisan bawang besar & hirisan bawang putih. Tumis seketika.
- Masukkan p**a rempah sup & tomato. Gaul rata.
- Masukkan beras, daging rebus yang telah dipotong, air rebusan daging, susu cair & pati ayam. Kacau rata.
- Tutup periuk. Masak nasi dengan api kecil sehingga masak (20-30 minit).
- Pada ketika nasi ¾ masak, masukkan daun ketumbar, kismis & bawang goreng.

Nota:
- Boleh tambahkan sedikit minyak sapi ketika menumis.
- Boleh gantikan/ tambahkan rempah sup dengan rempah kurma.
- Nasi ini boleh dimasak di dalam periuk nasi seperti biasa.

Air Asam Kerisik
• 3 biji bawang besar*
• 30 biji cili padi*
• 3 biji tomato*
• 3 sdb asam jawa
• 1 cawan air
• 1 sdb belacan
• 2 sdb kerisik
• 2 biji limau nipis
• 2 sdb gula pasir
• 1 sdb budu/ sos ikan

Cara Penyediaan:
- Hiris bahan² yang bertanda *.
- Bancuh asam jawa dengan air. Tapis & ambil airnya sahaja.
- Sediakan bekas/ mangkuk. Masukkan bahan yang telah dihiris, air asam jawa, belacan, kerisik, jus limau nipis, gula pasir & budu. Ramas²kan & sedia untuk dihidangkan bersama nasi daging.

Nota:
- Boleh gantikan budu/ sos ikan dengan garam.



Credit : Noor Ashikin Saerah

Ayam kukus bersalut kobis.
07/09/2022

Ayam kukus bersalut kobis.

Ayam goreng berkicap
07/09/2022

Ayam goreng berkicap

Nasi Bakar Ayam & Ikan
07/09/2022

Nasi Bakar Ayam & Ikan

12/04/2022

Resepi Biskut Gunting Tepung Bestari😍

*Bhn2nya*
1 1\2 cwn tepung gandum
1cwn tepung ayam jenama bestari perisa spicy (biar rsa pds2 sikit bru sdap)
1 biji telur
4sudu mentega
3 sudu besar serbuk kari(jenama apa2 pn blh)
daun sup@daun kari
jintan manis sedikit
sedikit garam

*👉kalau x jd doh, letak la air sedikit ye😅sehingga menjadi doh yg x lekat ditangan..*

*Cara Membuatnya*
masukkan semua bahan diatas, lps tu masukkan garam secukup rasa, dgn daun sup yg telah dihiris halus. gaul sampai menjadi doh & x lekat ditangan. lps tu gulung memanjang & gunting menyerong mcm dlm gambar tu.last sekali blh la digoreng dgn api sederhana besar, sampai kekuningan. siap... bancuhan tu dpt balang tinggi tu.klau nk buat b*k blh gandakan adunan bhn ye.

Kredit kpd Pemilik Resepi ini Semoga Allah mempermudahkan segala urusan

LAKSA IRAH
23/02/2022

LAKSA IRAH

Kami menerima tempahan Laksa Irah dan Nasi Ayam Penyet dari sahabat kami dan mengantar ke RTB Sg. Akar. Alhamdulillah se...
05/08/2021

Kami menerima tempahan Laksa Irah dan Nasi Ayam Penyet dari sahabat kami dan mengantar ke RTB Sg. Akar. Alhamdulillah semoga Allah mengurniakan rezki yg luas lagi berkat. Aamiin.

Address

No 54 Kampong Telamba Telisai
Tutong
TC1545

Telephone

+6738674290

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Irah katering posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category