Rs Delight

Rs Delight Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Rs Delight, Food Delivery Service, No 1128 Kg Sg Kelugos, Tutong.

Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh keberkatan dan kelebihan bagi umat Islam. Ramadan adalah peluang keemasan untuk me...
01/03/2025

Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh keberkatan dan kelebihan bagi umat Islam.

Ramadan adalah peluang keemasan untuk memohon ampun atas dosa-dosa yang telah lalu.

Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan segala dosanya yang telah lalu." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

*Salam Israk Mikraj 1446 Hijriah/2025**_Kisah Israk dan Mikraj: Perspektif Psikologi dan Kesihatan Mental_*Peristiwa Isr...
27/01/2025

*Salam Israk Mikraj 1446 Hijriah/2025*

*_Kisah Israk dan Mikraj: Perspektif Psikologi dan Kesihatan Mental_*

Peristiwa Israk dan Mikraj bukan sekadar perjalanan fizikal, tetapi ia juga membawa pengajaran rohani yang mendalam yang boleh dikaitkan dengan psikologi dan kesihatan mental. Dalam perjalanan luar biasa ini, Rasulullah SAW bukan sahaja diperlihatkan tanda-tanda kebesaran Allah SWT tetapi juga diberikan kekuatan spiritual untuk menghadapi cabaran besar dalam kehidupan Baginda.

Perjalanan Israk
Mengatasi Beban dan Keresahan
Sebelum peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW melalui tahun yang sangat s**ar, dikenali sebagai Tahun Kesedihan. Baginda kehilangan dua insan penting dalam hidupnya: isteri tercinta, Siti Khadijah RA, dan bapa saudaranya, Abu Talib. Baginda juga menghadapi penolakan hebat daripada penduduk Taif. Secara psikologi, ini adalah ujian yang berat yang boleh membawa kepada tekanan emosi dan kesedihan mendalam.

Namun, perjalanan Israk menjadi satu bentuk terapi spiritual. Rasulullah SAW diperlihatkan kebesaran Allah SWT dan diberikan peluang untuk memimpin para nabi dalam solat di Masjidil Aqsa. Ini memberi Baginda pengesahan tentang misi kerasulannya serta memperbaharui keyakinan dan semangatnya.

Dari perspektif psikologi, ini menunjukkan bagaimana perjalanan spiritual dan sokongan sosial (dalam konteks ini, hubungan dengan para nabi dan Jibril AS) boleh membantu individu menghadapi tekanan dan perasaan kehilangan. Solat, seperti yang difardukan dalam peristiwa ini, menjadi alat untuk manusia mendapatkan ketenangan hati, fokus, dan kestabilan emosi.

Perjalanan Mikraj: Kepentingan Solat untuk Kesihatan Mental
Semasa Mikraj, Rasulullah SAW menerima perintah solat lima waktu, yang pada asalnya difardukan sebanyak 50 kali sehari. Peristiwa ini boleh difahami sebagai penekanan Allah SWT terhadap kepentingan solat dalam kehidupan manusia. Solat bukan sahaja satu bentuk ibadah, tetapi juga terapi psikologi yang membantu manusia:

Mengurangkan Stres dan Kebimbangan: Dalam solat, manusia meluahkan segala kegelisahan kepada Allah SWT. Dari sudut psikologi, tindakan ini sama seperti bentuk ventilasi emosi yang membantu meringankan tekanan men

Peristiwa ini merupakan peringatan bagi perjalanan Nabi Muhammad pada tahun 620 masehi. Baginda dikatakan di bawa daripa...
13/01/2025

Peristiwa ini merupakan peringatan bagi perjalanan Nabi Muhammad pada tahun 620 masehi. Baginda dikatakan di bawa daripada bilik tidurnya di Mekah ke masjid terjauh yang dipercayai adalah Masjid Al Aqsa di Jerusalem. Perjalanan ini di gelar sebagai Israk.

Fasa kedua disebut sebagai “Mikraj”, dikatakan Nabi Muhammad di bawa melawat ke syurga dan juga neraka. Nabi Muhammad dikatakan bertem dengan para nabi daripada zaman sebelum bagindatermasuk Nabi Musa dan Nabi Isa. Adalah dipercayai bahwa Nabi Muhamad menerima wahyu mengenai sembahyang daripada Allah untuk disampaikan kepada umatnya. Inilah sebabnya tarikh ini disambut di Negara Brunei Darussalam dan juga di tempat lain di dunia.

Ada yang mengatakan hanya roh Nabi Muhammad yang melalui perjalanan Israk Dan Mikraj dan ada juga yang berpendapat ia merupakan perjalanan yang melibatkan fizikal. Apa pun jua, Nabi Muhammad ditemui pada keesokkan paginya di atas katilnya dimana dia tidur pada malam sebelumnya.

-- *Punca Utama Stress*--Stress ialah sebahagian dari hidup kita. Agak susah untuk dielakkannya. Malahan stress dapat me...
16/06/2024

-- *Punca Utama Stress*--

Stress ialah sebahagian dari hidup kita. Agak susah untuk dielakkannya. Malahan stress dapat membantu kita pertingkat kecekalan, perkukuh dayatahan dan mengembangkan fikiran.

Yang jadi masalah ialah apabila stress berlebihan dan berada diluar kawalan. Ada yang mampu mengawalnya dan ada yang tidak tahu bagaimana. Ada juga yang tidak perasan bahawa tingkahlakunya ialah kesan dari stress.

Ada banyak punca stress. Yang paling biasa kita dengar ialah:
- masalah kewangan
- pertelingkahan dalam keluarga
- politik di tempat kerja
- tidak cukup rehat
- sakit yang berpanjangan

Sebenarnya punca stress lebih banyak datang dari diri kita sendiri:
- kehendak lebih besar dari kadar kemampuan
- terlalu banyak keinginan dan matlamat
- s**a memperbandingkan diri dengan orang lain
- terlalu mengharap validation dari orang lain
- dengki dengan kelebihan orang lain
- pelbagai dendam lama yang masih tersimpan
- banyak sesalan dengan kesilapan lampau
- putus harapan kerana banyak kegagalan
- kesedihan kerana penolakan (rejection)
- kebisingan fikiran sehingga jadi celaru
- corak pemikiran yang negatif

Punca stress di atas ialah yang paling jarang kita perakui. Kita dok persalahkan orang lain atau persalahkan keadaan. Sedangkan stress banyaknya berpunca dari diri kita sendiri.

Stress perlu diurus supaya tidak merosakkan kesihatan minda dan badan. Kita boleh pelajari untuk melegakannya, mengawalnya dan mengurusnya.

Selain daripada Latihan Pernafasan untuk melegakan fikiran, senaman dapat melegakan stress. Regangan (stretching) ringan juga membantu melegakan tekanan pada saraf badan dan mengimbangkan hormon untuk lebih sihat.

Dari sudut kerohanian untuk meringankan bebanan stress ialah melatih diri memaafkan kesilapan orang lain kepada kita ... DAN ... memaafkan kesilapan diri kita sendiri.

Kita pelajari perlahan-lahan bagaimana untuk mengawal dan mengurus stress.

Azman AR
FB: Azmanarr

⚠️ STATISTIK TERKINI ⚠️🔺2 juta orang kehilangan tempat tinggal di semenanjung Gaza🔺192 ibu pejabat kerajaan musnah🔺110 s...
11/06/2024

⚠️ STATISTIK TERKINI ⚠️

🔺2 juta orang kehilangan tempat tinggal di semenanjung Gaza
🔺192 ibu pejabat kerajaan musnah
🔺110 sekolah dan universiti musnah sepenuhnya
🔺319 sekolah dan universiti separa musnah
🔺604 masjid musnah sepenuhnya
🔺 200 masjid separa musnah
🔺3 gereja menjadi sasaran dan dimusnahkan
🔺138,300 unit kediaman musnah sepenuhnya
🔺453,000 unit kediaman separa musnah
🔺79,000 tan bahan letupan dijatuhkan ke atas Gaza
🔺33 hospital dan 55 pusat kesihatan tidak dapat beroperasi
🔺160 institusi kesihatan separa terjejas
🔺131 ambulans musnah sepenuhnya
🔺206 tapak arkeologi dan warisan dimusnahkan oleh Zionis
🔺33 bilion dolar kerugian awal langsung perang kemusnahan di semenanjung Gaza

Rancangan Ustaz Jawabkan Edisi  Syawal yang bakal dikongsikan oleh Ustaz Abd Rahman akan kefahaman yang lebih mendalam t...
14/04/2024

Rancangan Ustaz Jawabkan Edisi Syawal yang bakal dikongsikan oleh Ustaz Abd Rahman akan kefahaman yang lebih mendalam tentang aspek agama dan amalan ibadah serta panduan berhari raya dibulan syawal dengan beberapa kemusykilan dan persoalan dari adik Raziq.

13/04/2024
←Alhamdulilah bagi 2023Bismillah untuk 2024Tahun 2023Rasa syukur dengan rasa nikmatnya dalam segala yang ditempuhi samaa...
31/12/2023



Alhamdulilah bagi 2023
Bismillah untuk 2024

Tahun 2023
Rasa syukur dengan rasa nikmatnya dalam segala yang ditempuhi samaada dalam pembelajaran, kerjaya dan keluarga.

Terima kasih dengan rasa kegembiraan, kesenangan, rasa terharu dengan sedikit cabaran telah yang di tempuhi...

Semoga di tahun 2024
dipertemukan dengan kekuatan yang ada, kesihatan,
keselamatan, kemudahan, kelancaran,keberkahan, kebaikan,
ketaatan dan kesuksesan pada segala harapan yang akan muncul di tahun 2024, aamiin yaa rabbal 'alamin.

Mudah-mudahan 2024 lebih baik dari tahun sebelumnya dengan keberkatan Ilahi.

Sesi viva pembentangan hasil kajian dan penulisan...banarnya ada isu yg terjadi sebelum viva, tajuk inda sama apa yang d...
29/08/2023

Sesi viva pembentangan hasil kajian dan penulisan...banarnya ada isu yg terjadi sebelum viva, tajuk inda sama apa yang ditulis dengan yang dibenarkan senat...tapi alhamdulilah dapat di selesaikan...supervisior berhempas pulas membimbing untuk cara terbaik dalam menyampaikan isi kajian, cara presentation memang inda sama dgn apa yang dibuat sebelum ani, lain nervousnya

Diri lagi org yang pertama viva dari fakulti yang baharu ditubuhkan ani...presentation dibagi 15 minit, mesti padat dan ummmmphhh...Alhamdulilah tiada soalan examiner dalam dan luar negara ...syukur alhamdulilah....buat pembetulan yang typo sahaja dan membetulkan mana yang tertinggal dibagi masa dalam seminggu baik jua time cuti meniduri...Tuhan memudahkan segalanya dalam pengajian ani,berkat do'a ibu, isteri, anak2 dari adiberadi yang lain serta kawan2 sepengajian dan kawan diofis.

Suasana pameran dan demonstrasi kajian yang dibuat sebagai design dan development project kami seramai 15 org dari FIT d...
28/08/2023

Suasana pameran dan demonstrasi kajian yang dibuat sebagai design dan development project kami seramai 15 org dari FIT dlm pelbagai bidang yang berhubungkait dengan media komunikasi dan teknologi islam, pengalaman berharga sambil berinteraksi dengan DPMM dan pengunjung2...

Seterusnya membuat talkshow programme tapi ani lain bentuk vitual, fizikal dan online iatah projek podcast tah dibuat ta...
28/08/2023

Seterusnya membuat talkshow programme tapi ani lain bentuk vitual, fizikal dan online iatah projek podcast tah dibuat tarus secara fizikal tarus dengan keberangkatan Duli Pengiran Muda Mahkota semasa pesta konvo.... ku mengundang Iqbal pemenang kedua pidoato antarabangsa di malaysia dan Hani pemenang akademi asia bagi program bual bicara, alhamdulilah dua2 memberi kerjasama yang cemerlang, live dari ICC ke media sosial FB, IG n youtube FIT. Mesti ambil cuti dari keraja psl persiapannya byk...kana bagi kelonggaran leh fakulti sehari saja...nda apalah utk pengalaman jua

Pembentangan kertas seminar kedua yang dibuat di ICC masa MYCE..
27/08/2023

Pembentangan kertas seminar kedua yang dibuat di ICC masa MYCE..

Address

No 1128 Kg Sg Kelugos
Tutong
TB2741

Telephone

+6738884845

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rs Delight posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Rs Delight:

Share