15/06/2026
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, sepanjang hampir 3 tahun berniaga di kedai kecil dalam kampung, pelbagai dugaan dan cabaran telah kami lalui. Ada s**a, ada duka, namun sokongan daripada pelanggan setia sentiasa menjadi kekuatan buat kami untuk terus bertahan.
Namun, buat masa ini kami terpaksa berehat seketika atas faktor kesihatan dan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Hari ini kami diuji dengan ujian yang agak berat, tetapi kami percaya setiap ujian pasti ada hikmahnya.
Kepada yang kurang menyenangi kami, jangan risau, insya-Allah kami akan kembali semula. Buat pelanggan setia dan keluarga besar Burger Warong, kami akan bangkit kembali demi anda semua.
Kami juga ingin memohon seribu kemaafan sekiranya sepanjang kami berniaga ada terkasar bahasa, terlanjur kata atau terdapat kekurangan dalam perkhidmatan dan makanan yang disediakan. Segala teguran dan pandangan akan kami jadikan panduan untuk terus memperbaiki diri serta meningkatkan kualiti makanan dan perkhidmatan kami.
Terima kasih atas doa, sokongan dan kepercayaan yang diberikan selama ini.
Insya-Allah, rehat seketika bukan bererti mengalah. Kami akan kembali lebih kuat daripada sebelumnya.
Terima kasih semua. ❤️🍔🙏🏻