06/06/2024
𝗜𝗯𝗮𝗱𝗮𝗵 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗶𝗻 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗗𝗮𝗻 𝗞𝗼𝗿𝗯𝗮𝗻 𝗣𝗮𝗱𝗮 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗭𝘂𝗹𝗵𝗶𝗷𝗮𝗵
https://www.facebook.com/share/p/1GxNaKASZZ
Selain ibadah haji dan korban, ada beberapa ibadah mudah lain yang boleh diamalkan oleh umat Islam. Tidak memerlukan sebarang kos, orang yang kurang berkemampuan dari segi kewangan pun mampu melakukannya dan meraih pahala yang besar lagi berlipat kali ganda, antaranya;
𝟭. 𝗔𝗽𝗮 𝗦𝗮𝗵𝗮𝗷𝗮 𝗜𝗯𝗮𝗱𝗮𝗵
Apa sahaja ibadah (tidak semestinya puasa) walaupun ibadah itu dilihat kecil, ia adalah besar di sisi Allah di antara 1 hingga 10 Zulhijah.
Rasulullah ﷺ bersabda,
مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ . يَعْنِى أَيَّامَ الْعَشْرِ. قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلاَ الْجِهَادُ فِى سَبِيلِ اللَّهِ قَالَ وَلاَ الْجِهَادُ فِى سَبِيلِ اللَّهِ إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَىْءٍ
"Tidak ada satu amal soleh yang lebih dicintai oleh Allah melebihi amal soleh yang dilakukan pada hari-hari ini (iaitu 10 hari pertama bulan Zulhijah)."
Para Sahabat bertanya: "Tidak juga jihad di jalan Allah?"
Nabi ﷺ menjawab: "Tidak juga jihad di jalan Allah, kecuali orang yang pergi jihad dengan jiwa dan hartanya namun tidak ada yang kembali satu pun." [HR. Abu Daud no. 2438, At Tirmidzi no. 757, Ibnu Majah no. 1727, dan Ahmad no. 1968. Disahihkan oleh Syaikh Al Albani dan Syaikh Syu'aib Al Arnauth].
𝟮. 𝗣𝗲𝗿𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗸𝗯𝗶𝗿, 𝗧𝗮𝗵𝗹𝗶𝗹 𝗗𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗵𝗺𝗶𝗱
Rasulullah ﷺ bersabda,
مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللهِ وَلاَ أَحَبُّ إِلَيْهِ الْعَمَلُ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ الْعَشْرِ ، فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنَ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ
"Tidaklah ada hari-hari yang lebih agung di sisi Allah dan amal soleh yang lebih dicintai Allah daripada sepuluh hari ini (di bulan Zulhijah), maka perbanyaklah membaca tahlil, takbir dan tahmid." [HR. Ahmad no.5446, Daraquthni dalam Al 'Ilal XII:376 Thahawi dalam Syarah Musykilul Atsar 2971].
Antara bacaan yang dicontohkan adalah;
الله ُأَكبَرُ ، الله ُأَكبَرُ ، لاَ إِلهَ إِلاَّ الله ، وَ الله ُأَكبَرُ ، الله ُأَكبَرُ ، و للهِ الحَمدُ
Allahuakbar, Allahuakbar, Laa-ilaa ha illallah wallahu Akbar, Allahu akbar walillahil hamd.
Lafaz takbir ini diriwayatkan dari Ibnu Mas'ud رضي الله عنه. [HR. Ibnu Abi Syaibah; disahihkan oleh Syaikh Al-Albani].
𝟯. 𝗗𝗼𝗮 𝗠𝗮𝗸𝗯𝘂𝗹
Apa sahaja permintaan, berdoa sahaja pada hari Arafah. Nabi ﷺ bersabda,
خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ
"Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah." [HR. Tirmidzi no. 3585. Disahihkan oleh Syaikh Al Albani].
Maksudnya, inilah doa yang paling cepat dipenuhi atau dikabulkan. [Lihat Tuhfatul Ahwadziy, Muhammad Abdurrahman bin Abdurrahim Al Mubarakfuri Abul ‘Ala, 8/482, Mawqi’ Al Islam].
𝟰. 𝗣𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗦𝗲𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗣𝗮𝗱𝗮 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗔𝗿𝗮𝗳𝗮𝗵, 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗔𝗺𝗽𝘂𝗻 𝗗𝗼𝘀𝗮 𝟮 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻
Bagi orang yang tidak berhaji dianjurkan untuk menunaikan puasa Arafah iaitu pada 9 Zulhijah sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Qotadah, Nabi ﷺ bersabda,
صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِى بَعْدَهُ وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ
"Puasa Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Puasa Asyura (10 Muharram) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." [HR. Muslim no. 1162].
Semoga bermanfaaat, بارك الله فيكم.
𝗠𝗼𝗵𝗼𝗻 𝗳𝗼𝗹𝗹𝗼𝘄 𝗗𝗜𝗦 🫱🏻🫲🏽
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Va1s9U0HltYIiPyD5U14
Telegram: https://t.me/penaustazidrissulaiman
Ibn al-Jawzi رحمه الله berkata, “Barangsiapa yang mencintai agar tidak terputus amalannya setelah kematiannya, maka sebarkanlah ilmu.” [At-Tazkirah, 1/55].
Semoga bermanfaat dan sebar-sebarkan. بارك الله فيكم.