Gobang Maju TOL

Gobang Maju TOL Restoran PERTAMA di Malaysia berkonsep layan diri menggunakan troli. Kami menyediakan menu yang menarik dengan pelbagai lauk.

Kami menyajikan pelbagai masakan Melayu seperti Asam Pedas, Kari Kepala Ikan, Mee Udang, Char Koay Teow, Daging Salai dan banyak lagi pilihan hidangan istimewa untuk seisi keluarga. Antaranya Masakan Western, Masakan Tradisional Pahang, Masakan Kampung dan bermacam lagi.

20/08/2026

STOK SIPUT DAH SAMPAI! ๐Ÿคฉ

Ramai dah yang tanya kami bila menu siput nak comeback!

InsyaAllah sabtu & ahad ni, menu Siput Sedut Masak Lemak ni akan ada semula! ๐Ÿ˜

Siapa yang dah lama mengidam tu, kita jumpa weekend niii ๐Ÿค—

16/08/2026

Salam semuaa!

Bagi yang tertanya, Gobang Maju operasi setiap hari tauu walaupun hari ahad! Macam macam menu masakan ada dekat sini.

Aokmeer jemput datangg tauu โค๏ธ

๐Ÿ“Gobang Maju Tol

12/08/2026

Orang ramai, dapur pun makin rancak ๐Ÿ”ฅ Asam pedas, gulai kari semua kita masak panas-panas dalam claypot. Baru puas makan ๐Ÿ˜‹

06/08/2026

Pagi ni misi mencari ikan laut segar selesai. โœ…๐ŸŸ

Terus bawa balik ke dapur untuk masakan claypot Asam Pedas, Masak Lemak dan Gulai Kari. Semoga pelanggan yang datang hari ni dapat rasa yang terbaik dari kami โค๏ธ

Alhamdulillahโ€ฆ โค๏ธAkhirnya siap juga surau kami selepas berbulan-bulan renovate.Terima kasih banyak kepada semua yang ber...
17/07/2026

Alhamdulillahโ€ฆ โค๏ธ

Akhirnya siap juga surau kami selepas berbulan-bulan renovate.

Terima kasih banyak kepada semua yang bersabar sepanjang proses renovation ni.

Harap dengan wajah baru ni, pelanggan yang singgah dapat solat dengan lebih selesa, tenang dan rasa macam solat di rumah sendiri.

Semoga surau baru kami ni dapat beri keselesaan kepada semua pelanggan kami yang singgah untuk menunaikan solat ๐Ÿ˜Š

03/07/2026

Telor Ikan Mayong dah mendarat! ๐Ÿคฉ

Yang dok tanya hari tu, ni haa dah ada! Boleh layan Asam Pedas Telor Mayong atau nok terai Gulai Kari Telur Mayong pun bolehh, dua-dua masak dalam claypot panas-panas.

Makan dengan nasi panas memang tak cukup sepinggan. ๐Ÿคค๐Ÿš

๐€๐ฅ๐ก๐š๐ฆ๐๐ฎ๐ฅ๐ข๐ฅ๐ฅ๐š๐ก โค๏ธKami berbesar hati menerima kunjungan daripada sahabat-sahabat konvoi motosikal MZOG 04 yang telah memil...
18/06/2026

๐€๐ฅ๐ก๐š๐ฆ๐๐ฎ๐ฅ๐ข๐ฅ๐ฅ๐š๐ก โค๏ธ

Kami berbesar hati menerima kunjungan daripada sahabat-sahabat konvoi motosikal MZOG 04 yang telah memilih Gobang Maju Tol sebagai lokasi program dan perhimpunan mereka.

Jumpa lagi di lain masa. Pintu Gobang Maju Tol sentiasa terbuka untuk keluarga besar MZOG 04! ๐Ÿ๏ธ๐Ÿ”ฅ

๐Ÿ“ข Kepada mana-mana kelab motosikal, komuniti rider, konvoi, kelab kereta atau mana-mana kumpulan yang merancang perjalanan ke Temerloh, Gobang Maju Tol mengalu-alukan kehadiran anda.

โœ… Tempahan meja untuk kumpulan besar
โœ… Parkir luas untuk motosikal dan kereta
โœ… Ruang makan yang selesa
โœ… Sesuai untuk gathering, konvoi dan singgah makan

Kalau nak buat tempahan awal atau nak tanya pasal parkir dan kapasiti, boleh terus roger kami. Insya-Allah kami cuba bantu sebaik mungkin. ๐Ÿค

๐Ÿ“Gobang Maju Tol

11/06/2026

Bakat terpendam ๐Ÿ˜

Cuti sekolah kali ni memang meriah betul! ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ”ฅDari mula operasi sampai ke petang, barisan tak pernah putus. Ramai yang ber...
02/06/2026

Cuti sekolah kali ni memang meriah betul! ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ”ฅ

Dari mula operasi sampai ke petang, barisan tak pernah putus. Ramai yang beratur, berpanas, bawa anak-anak, mak ayah sekali ๐Ÿฅน

Terima kasih atas kesabaran, sokongan dan kepercayaan semua. Setiap yang datang, setiap yang menunggu, kami sangat hargai ๐Ÿฅน๐Ÿซถ๐Ÿผ

Sepanjang cuti sekolah ini, Gobang Maju beroperasi seperti biasa yak. Jadi yang belum sempat singgah, bolehlah datang bila-bila masa. Kami tunggu aokmer datangg! ๐Ÿ˜Š

๐Ÿ“Gobang Maju Tol

31/05/2026

Semalam memang tak rilekk yee ๐Ÿ˜ญ Dari pagi sampai petang customer masuk tak henti. Alhamdulillah rezeki Allah nak bagi ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Terima kasih banyak kepada semua yang datang semalam โค๏ธ

Kalau ada kekurangan, servis slow atau apa-apa yang kami terlepas pandang, kami minta maaf ya. Insya-Allah kami akan cuba buat yang lebih baik lagi ๐Ÿ™๐Ÿป

Semoga Allah murahkan rezeki dan permudahkan urusan kita semua ๐Ÿ˜Š๐Ÿคฒ๐Ÿป

Address

Temerloh

Opening Hours

Monday 10:30 - 20:00
Tuesday 10:30 - 20:00
Wednesday 10:30 - 20:00
Thursday 10:30 - 20:00
Friday 10:30 - 20:00
Saturday 10:30 - 20:00
Sunday 10:30 - 20:00

Telephone

+60199696738

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gobang Maju TOL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Gobang Maju TOL:

Shortcuts

Share

Category