24/08/2026
📢 MAKLUMAN KEPADA CUSTOMER KENYIT KUKUS YANG KAMI HARGAI ❤️
Assalamualaikum dan salam sayang semua 🥰
Dengan berat hati, kami ingin memaklumkan bahawa harga beberapa produk Kenyit Kukus akan mengalami sedikit kenaikan harga berikutan peningkatan harga barang basah dan bahan-bahan mentah yang digunakan dalam penghasilan produk kami.
Keputusan ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk kami lakukan. Namun, bagi memastikan kualiti, rasa dan kepuasan pelanggan sentiasa terjaga, kami terpaksa membuat sedikit penyesuaian harga.
Kami sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik dengan harga yang berpatutan buat semua pelanggan setia Kenyit Kukus ❤️
🙏 Terima kasih kerana terus menyokong dan memahami perjalanan kecil kami. Setiap pembelian anda amat bermakna buat kami.
Kenyit Kukus — Dari kami, untuk anda dengan penuh rasa ❤️
Roti kami kenangan anda . 😊