13/06/2026
Selamat Maju Jaya, Imran ( The last man standings )
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat Imran atas segala jasa, komitmen dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang 8 tahun bersama kami, bermula dari Merpati Foodcourt sehingga ke Anjung Merpati Restaurant.
Sepanjang tempoh perkhidmatan, Imran telah menjadi sebahagian penting dalam perjalanan dan perkembangan syarikat ini. Segala usaha, kerjasama dan sumbangan yang diberikan amat kami hargai dan akan sentiasa dikenang.
Walaupun berat untuk melepaskan pemergian ini, kami mendoakan agar Imran terus maju, sukses dan mencapai lebih banyak kejayaan di tempat kerja yang baharu. Semoga segala urusan dipermudahkan, diberikan kesihatan yang baik serta rezeki yang melimpah ruah.
Terima kasih atas 8 tahun yang penuh dedikasi dan pengorbanan. Semoga berjaya dalam lembaran baharu kehidupan dan kerjaya.
Ikhlas daripada,
Keluarga Merpati Foodcourt & Anjung Merpati Restaurant ❤️🙏🏻