HJ.Crunchy

HJ.Crunchy KEREPEK VIRAL PUNCAK ALAM !!!

KEREPEK KENTANG HOMEMADE SEMUDAH 123😍Hye semua , harini saya nak share dekat korang cara nak buat kerepek kentang homema...
18/01/2023

KEREPEK KENTANG HOMEMADE SEMUDAH 123😍

Hye semua , harini saya nak share dekat korang cara nak buat kerepek kentang homemade since korang malas nak keluar rumah , so boleh cuba resipi ni , selamat mencuba😄

Bahan-bahan:
🥔3 biji kentang
🥔2 sudu cuka
🥔 500ml air
🥔 Serbuk perasa (seasoning)
🥔 Minyak secukupnya

1. Kupas kulit kentang dan hiris nipis menggunakan pisau buah. Kalau nk guna penyagat (slicer) pun boleh.

2. Panaskan air bersama cuka. Dah mendidih baru masukkan hirisan kentang tadi dan biarkan dalam 3 minit.

3. Angkat dan bilas kentang tersebut. Kemudian toskan sebelum menggoreng.

4. Panaskan minyak dan goreng sampai kentang garing.

5. Dah nampak garing boleh lah angkat kemudian tabur serbuk perasa kesukaan anda. Macam saya guna serbuk perasa jenama Bon Chef, beli kat kedai eco.

6. semoga berjaya ya .

sumber : myresipi

untuk lebih info menarik boleh like and follow page kami. terima kasih😉
https://www.facebook.com/HJ.CRUNCHYYY?mibextid=ZbWKwL

FAKTA MENARIK TENTANG KEREPEK☺️📌 Kerepek keledek dimakan di Korea, New Zealand dan Jepun.Parsnip, bit dan kerepek lobak ...
18/01/2023

FAKTA MENARIK TENTANG KEREPEK☺️

📌 Kerepek keledek dimakan di Korea, New Zealand dan Jepun.
Parsnip, bit dan kerepek lobak merah boleh didapati di United Kingdom.

📌India terkenal dengan sejumlah besar "kedai kerepek" tempatan yang menjual bukan sahaja kerepek kentang tetapi jenis lain seperti kerepek pisang, kerepek ubi kayu, kerepek keledek dan juga kerepek lobak merah.

📌 Kerepek pisang, juga dikenali sebagai chifles atau tostons, juga dijual di Hemisfera Barat dari Kanada ke Chile.

📌Di Filipina, kerepek pisang dijual di kedai-kedai tempatan.

📌Di Kenya, kerepek dibuat daripada akar anak panah dan ubi kayu.

📌Di United Kingdom, Sweden, Finland dan Australia, pelbagai jenis kerepek Pringles telah dikeluarkan, diperbuat daripada beras yang dijual dengan kandungan lemak yang lebih sedikit daripada kentang yang dijual.

Follow page kami untuk info lebih menarik . disediakan link fb kami jangan lupa like sekali ya☺️
https://www.facebook.com/HJ.CRUNCHYYY?mibextid=ZbWKwL

🍌KEBAIKAN MENGAMALKAN MAKAN PISANG🍌Umum mengetahui bahawa terdapat pelbagai jenis pisang yang boleh didapati di negara k...
18/01/2023

🍌KEBAIKAN MENGAMALKAN MAKAN PISANG🍌

Umum mengetahui bahawa terdapat pelbagai jenis pisang yang boleh didapati di negara kita seperti pisang emas, tanduk, berangan, abu dan lain-lain. Buah ini sering digunakan dalam pembuatan makanan seperti kuih tradisional, kerepek dan juga turut digunakan dalam penghasilan jus

10 kebaikan pisang kepada manusia

📍pisang boleh merawat penyakit darah tinggi kerana kandungan kalium yang tinggi (hipertensi).

📍Buah pisang mempunyai kandungan karotenoid yang bersifat anti oksida. Karotenoid ini terkenal dengan kebaikannya untuk kesihatan mata.

📍buah pisang mampu untuk mencegah masalah sembelit ataupun kesukaran untuk membuang air besar

📍Buah pisang mengandungi jumlah tenaga dan karbohidrat yang tinggi

📍 buah pisang juga mampu merawat masalah kolestrol

📍 Buah pisang yang kaya dengan kandungan serat mampu untuk memberikan rasa kenyang yang lebih lama

📍 pisang boleh mengurangkan masalah cirit biri

📍 buah pisang juga mampu mencegah ulser didalam perut

📍 membantu meningkatkan imuniti badan

📍 pisang juga mampu mencegah penyakit anemia

banyakkan khasiat apabila mengamalkan pisang atau produk ii yang berasaskan pisang 😃

follow page kami untuk info lebih menarik , jangan lupa bantu like page kami sekali 😊
https://www.facebook.com/HJ.CRUNCHYYY?mibextid=ZbWKwL

BERITA BAIK UNTUK PENGGEMAR KEREPEK HJ CRUNCHY ‼️Kepada penggemar2 hj crunchy , kami telah bawa masuk kerepek terbaru ya...
18/01/2023

BERITA BAIK UNTUK PENGGEMAR KEREPEK HJ CRUNCHY ‼️

Kepada penggemar2 hj crunchy , kami telah bawa masuk kerepek terbaru yang semestinya rangup dan sedap , korang mesti nak tau kerepek apa kan ? 😍😝 .

memperkenalkan kerepek pisang salai dijamin rasa pisang asli dan teskturnya juga rangup sehingga boleh buat anda tak tidur malam bila makan😍

Hanya RM 14 sahaja untuk 500 gram🥳

jadi tunggu apa lagi boleh dapatkan sekarang sementara stock masih ada .🫰

free cod area palamians ( angsana , rafflesia, casuarina ) selain dari itu caj cod dikenakan sebanyak rm 2

untuk order atau sebarang pertanyaan , boleh tekan link whatsapp dibawah😄 :
https://api.whatsapp.com/send?phone=601137856900&text=HYE%20NAK%20ORDER%20

Tiada idea kudapan untuk minum petang ????asyik makan biskut cicah tea je petang ii. nak masuk dapur buat cucur malas la...
18/01/2023

Tiada idea kudapan untuk minum petang ????

asyik makan biskut cicah tea je petang ii. nak masuk dapur buat cucur malas la p**ak , takde ke makanan segera yang sesuai untuk dijamu pada waktu petang hurm ?? 😪

apa kata korang cuba kerepek dari Hj crunchy . semestinya rangup dan sedap 😍 kami menawarkan kerepek 500 g seperti dibawah :

💠kerepek ubi cheese RM11
💠popia gulung RM16
💠rempeyek RM13
💠kerepek pisang tanduk RM16
kerepek setiap 500 gram .

cubala sekarang sementara stock masih ada 😉

nak order ? mudah je click link whatsapp kami dibawah
https://api.whatsapp.com/send?phone=601137856900&text=HYE%20NAK%

ADUHH.. TEKAK TIBA TIBA RASA NAK MAKAN KEREPEK?Bosan asyik beli jajan je dekat kedai , dahlah tak sihat . scroll ii fb p...
18/01/2023

ADUHH.. TEKAK TIBA TIBA RASA NAK MAKAN KEREPEK?

Bosan asyik beli jajan je dekat kedai , dahlah tak sihat . scroll ii fb p**ak asyik lalu video pasal kerepek je , nak pergi beli malas hmm.

Haaa.. meh sini order dengan HJ crunchy😝 . kami menjual pelbagai jenis kerepek yang pasti menggiurkan mulut anda🤤 . bukan tu je kami juga boleh menghantar kerepek di hadapan pintu rumah anda dengan cepat , jadi tak perlu keluar rumah dah☺️☺️

💠kerepek ubi cheese RM11
💠popia gulung RM16
💠rempeyek RM13
💠kerepek pisang tanduk RM16

kerepek setiap 500 gram .

cubala sekarang sementara stock masih ada 😉

nak order ? mudah je click link whatsapp kami dibawah
https://api.whatsapp.com/send?phone=601137856900&text=HYE%20NAK%20ORDER%20

APA YANG BEST KEREPEK PISANG HJ CRUNCHY NI ?🤔korang mesti ada masalah bila beli kerepek pisang, mesti masuk angin, kadan...
18/01/2023

APA YANG BEST KEREPEK PISANG HJ CRUNCHY NI ?🤔

korang mesti ada masalah bila beli kerepek pisang, mesti masuk angin, kadang kadang tu kerepek tak rangup , dapat p**ak kerepek pisang yang masam dan tebal isinya mesti tak puas kan🙀😭

kami menawarkan kerepek pisang yang:

🍌Rangup nipis
🍌Rasa lemak
🍌Sedap, kunyah tak jemu
🍌Fresh production
🍌Menggunakan minyak baru

hanya RM16 per 500gram sahaja gaiss 😍

cuba dulu 😍InsyaAllah repeat order✨

5 slot terawal untuk yang berada di luar kawasan seperti kolej zamrud dan dahlia akan mendapat free delivery . jadi tunggu apa lagi ? grab sekarang😍

free cod area palamians ( angsana,casuarina, dan rafflesia ) selain dari kawasan ini caj cod akan dikenakan sebanyak rm2 sahaja🛵🛵🛵🛵🛵

berminat untuk order atau ada sebarang pertanyaan boleh click link whatsapp kami dibawah :
https://api.whatsapp.com/send?phone=601137856900&text=HYE%20NAK%20ORDER%20

5 Fakta Menarik Tentang Pisang🍌 Pisang termasuk dalam kategori buah beri.🍌 J***m pisang yang kurang tumpat menjadikan ia...
18/01/2023

5 Fakta Menarik Tentang Pisang
🍌 Pisang termasuk dalam kategori buah beri.
🍌 J***m pisang yang kurang tumpat menjadikan ia terapung di atas air.
🍌 Pisang dapat membantu menurunkan tekanan darah dan melindungi kesihatan jantung kerana kandungan kalium dan garam yang rendah.
🍌 Pisang boleh dianggap sebagai penambah mood kerana mengandungi asid amino, triptofan dan Vitamin B6 yang membantu badan menghasilkan serotonin.
🍌 Bahagian dalam kulit pisang dapat membantu melegakan kegatalan dan keradangan.

Stay tuned untuk info selanjutnya. Jangan lupa click button 'like' di page kami😉
https://www.facebook.com/HJ.CRUNCHYYY?mibextid=ZbWKwL

🥘SAMBAL IKAN BILIS KENTANG🥘Assalamualaikum dan salam Ramadan😊 Lagi beberapa jam lagi kita akan bersahur. Dah fikir nak m...
17/01/2023

🥘SAMBAL IKAN BILIS KENTANG🥘
Assalamualaikum dan salam Ramadan😊
Lagi beberapa jam lagi kita akan bersahur. Dah fikir nak masak apa? Untuk para ibu yang buntu nak masak apa, apakata anda cuba resepi yang kami share ni. Bahan-bahan mudah dan simple je.
🌾 BAHAN-BAHAN🌾
3 biji kentang
1 mangkuk ikan bilis
3 ulas bawang merah, hiris nipis
2 ulas bawang putih, hiris nipis
1 sudu kecil sos tiram
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
gula secukup rasa
sedikit garam (untuk digaul bersama kentang)
✍️CARA-CARA✍️
1. Kupas kulit kentang dan hiris nipis. Pastikan anda potong senipis yang boleh.
2. Gaulkan kentang dengan garam dan goreng kentang di dalam minyak panas.
3. Masukan sekeping demi sekeping supaya tidak melekat. Goreng sehingga garing, angkat dan toskan.
4. Dalam minyak yang sama, goreng p**a ikan bilis sehingga garing.
5. Panaskan 1/2 senduk minyak masak yang baru (bukan minyak hasil gorengan ikan bilis) dan goreng bawang merah dan putih sehingga wangi.
6. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
7. Masukkan p**a sos cili, gula dan sos tiram, masak seketika.
8. Apabila sudah pecah minyak dan sedikit kering, masukkan ikan bilis dan kentang goreng. Kacau seketika supaya sebati. Angkat dan sejukkan.
💫Tips:
Sambal harus dilebihkan gula supaya apabila sejuk nanti, sambal kering akan lebih rangup. Tapi jangan terlalu manis nanti tak sedap p**a
🔎Sumber : dapurkaknaa

Stay tuned untuk info selanjutnya. Jangan lupa click button 'like' di page kami😉
https://www.facebook.com/HJ.CRUNCHYYY?mibextid=ZbWKwL

🥘SAMBAL HIJAU IKAN BILIS🥘Memandangkan entry pagi tadi resepi untuk sahur, petang ni saya share resepi untuk berbuka p**a...
17/01/2023

🥘SAMBAL HIJAU IKAN BILIS🥘

Memandangkan entry pagi tadi resepi untuk sahur, petang ni saya share resepi untuk berbuka p**a. Resepi ni sangat sedap di makan bersama nasi panas😋😋

🥫BAHAN-BAHAN
6-7 biji cili hijau, potong kecil
1/2 cawan cili padi hijau
1/2 inci belacan
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji buah keras, hiris
1 camca teh pes pekat asam jawa
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan direndam
Garam dan gula secukup rasa

✍️CARA-CARA
1. Kisar bawang merah, bawang putih, buah keras dan belacan hingga lumat. Masukkan cili padi dan cili hijau, kemudian kisar tapi jangan sampai halus sangat, kasi dia lumat saja. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis no.1 tadi dengan api kecil, kacau sentiasa hingga terbit minyak.
3. Masukkan pes asam jawa, kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula.
4. Masukkan ikan bilis (toskan), gaul rata dan masak hingga sambal pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
5. Hidangkan
🔎Sumber : dapurtanpasempadan
📸Gambar : dapurtanpasempadan

Click button 'like' di page kami untuk info selanjutnya. Stay tuned😘
https://www.facebook.com/HJ.CRUNCHYYY?mibextid=ZbWKwL

🥘JEMPUT JEMPUT IKAN BILIS🥘Menu untuk berbuka dah masak tapi macam ada yang tak complete🤔 Ha, kuih muih ada tak? Kalau be...
17/01/2023

🥘JEMPUT JEMPUT IKAN BILIS🥘
Menu untuk berbuka dah masak tapi macam ada yang tak complete🤔 Ha, kuih muih ada tak? Kalau belum, meh try resepi jemput jemput ikan bilis ni. Kalau orang utara, depa panggil cucoq ikan bilis😆
🥫 BAHAN-BAHAN
Bawang besar dipotong halus (optional)
Daun kucai dipotong (optional)
Sedikit serbuk kunyit (optional)
Serbuk ikan bilis (pastikan diblend halus)
1 biji telur
Cili kisar
Garam
Gula
Tepung gandum (cap ros)
Air
✍️CARA-CARA
1. Campur kesemua bahan-bahan kecuali tepung dan air ke dalam bekas.
2. Kemudian masukkan air sampai air sama level dengan bahan-bahan.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan boleh jemputkan. Gaul hingga sebati. Biarkan dalam 5 - 10 minit
4. Goreng dan boleh dihidangkan
🔎Sumber : salman rakhan
📸Gambar : google
Click button 'like' di page kami untuk next info😉
https://www.facebook.com/HJ.CRUNCHYYY?mibextid=ZbWKwL

🥘STOK IKAN BILIS🥘Penggunaan kiub pati ke dalam sudah tidak menjadi perkara yang asing lagi. Tetapi penggunaan tersebut a...
17/01/2023

🥘STOK IKAN BILIS🥘
Penggunaan kiub pati ke dalam sudah tidak menjadi perkara yang asing lagi. Tetapi penggunaan tersebut amatlah tidak sesuai kerana ia mempunyai kandungan MSG yang sangat tinggi. Jadi hari ni kami ingin share homemade pati ikan bilis.

🥫BAHAN - BAHAN
Ikan bilis (dikopek dan dan dibersihkan. Buang bahagian kepala dan 'tahi')
✍️CARA-CARA
1. Rendam dalam peti ais 24 jam / semalaman.
2. Keluarkan dari peti dan tos kan.
3. Sangai (goreng tanpa minyak) ikan bilis dan goreng sampai garing.
4. Kisarkan dengan ‘blender’ hingga halus. Siap dan simpan ke dalam peti ais. Kalau nak makan. Ambil sedikit dan campurkan terus ke dalam bubur.
Mudahkan? Selepas ni tak perlulah anda beli kiub pati ikan bilis. Jika ingin perasakan masakan anda, just masukkan ke dalam masakan anda. Bagi para ibu yang mempunyai anak kecil (baby), adalah amat sesuai jika anda masukkan stok ini ke dalam bubur anak anda.
🔎Sumber : makanmana.com
📸Gambar : makanmana.com

Stay tuned untuk info selanjutnya. Jangan lupa click button 'like' di page kami😉
https://www.facebook.com/HJ.CRUNCHYYY?mibextid=ZbWKwL

Address

No 217, Lorong 1b Kampung Kepayang, Sungai Raia
Simpang Pulai
31300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HJ.Crunchy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to HJ.Crunchy:

Share

Category