CK Food

CK Food Suka² masak, suka² jual, suka² makan 😅 Masak² Makan²

Infaq Jumaat, 18 April 2025.  Kalau dia masih ada, hari ini adalah hari lahirnya 😥  Al fatihah buat abangku, Kamarudin b...
18/04/2025

Infaq Jumaat, 18 April 2025.
Kalau dia masih ada, hari ini adalah hari lahirnya 😥
Al fatihah buat abangku, Kamarudin bin Mohd Noor yg telah kembali ke rahmatullah pada 8 Jun 2024.

Infaq Jumaat untuk minggu ni
23/08/2024

Infaq Jumaat untuk minggu ni

21/08/2024

Gulai tetulang & kaki ayam. Bukan mamax style, tp style makcik² di kampung.
Sapa tak makan kaki ayam, boleh skip. Ganti dgn telur pun sedap

20/08/2024

Sambal Udang Tempoyak
Resepi ringkas dari arwah pak mentua

18/08/2024
Sedekah JumaatAlhamdulillah
24/05/2024

Sedekah Jumaat
Alhamdulillah

Orang KL panggil rojakTp sebelah utara panggil PassemburRESEPI ROJAK/PASEMBUR ala CK Food Resipi Rojak/Passembor MamakBA...
20/05/2024

Orang KL panggil rojak
Tp sebelah utara panggil Passembur
RESEPI ROJAK/PASEMBUR ala CK Food
Resipi Rojak/Passembor Mamak

BAHAN-BAHAN (ROJAK)

Sengkuang dihiris nipis memanjang
Timun dihiris nipis memanjang
Taugeh dicelur sedikit
Tofu kuning digoreng dan dihiris nipis
Kentang direbus dan dipotong
Telur rebus
Cucur kelapa dipotong
Cucur naik dipotong
Cucur beras dipatah dan ditabur atas
Bawang goreng ditabur atas
CUCUR KELAPA
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepun gandum
1/2 cawan kelapa parut (hampas kelapa pun boleh)
Bawang kecil di mayang halus
Garam secukup rasa
Sedikit sodium bicarbonate
CARA PENYEDIAAN
Gaul dan buatkan dough semua ramuan diatas agak-agak boleh digumpal dengan tangan. Cucurkan ke dalam minyak yang telah panas.
CUCUR NAIK
1 cawan tepung gandum
1/4 st baking powder
1/4 st soda
Taugeh basuh bersih
1/2 st serbuk kunyit / pewarna
1 st gula
1/4 st garam
125 ml air (anggaran) * jangan cair sangat nanti cucur l***r
1 biji telur
CARA PENYEDIAAN
Sebatikan tepung beras dan tepung ubi dengan bahan kisaran.
Cairkan tepung tadi dengan tambahan 250ml santan cair, supaya terbentuk tepung yang cair dan sesuai untuk dituang ditepi kuali.
Panaskan minyak, bila minyak cukup panas, ambil sesenduk tepung cair dan tuangkan dikeliling gerigi minyak ditepi kuali. Bila warnanya tukar keemasan kuning , kupil tepung itu dengan perlahan dan biarkan ia terapung ke tengah kuali. Bila cukup garing, keluarkan dan diletakan ke atas kertas tuala dapur untuk menyerap minyak.
Patahkan saiz yang dikehendaki dan taburkan ke atas rojak anda. Ia memberi kelazatan yang istimewa pada hidangan rojak anda.
BAHAN- BAHAN (KUAH ROJAK )
1/2 kg. ubi keledek berwarna oren,dibuang kulit dan rebus. Air rebusan ubi boleh digunakan untuk kisar ubi (kalau malas nak lenyek).
125gm udang kertas halus goreng dulu udang itu 1/4 masak.
kacang tanah.(goreng tanpa minyak dan dibuang kulitnya)
10 – 15 biji cili kering. Untuk kepedasan biasanya kita gunakan cili kering. Cili kering perlu goreng dengan minyak lebihan gorengan kacang sehingga ranggup.
3 ulas bawang putih. digoreng layu, dikisar bersama kacang tadi.
2-3 bawang besar digoreng layu.
Gula dan garam secukup rasa.
CARA PENYEDIAAN
Bila semua bahan tadi telah dikisar, masukkan dalam periuk dan masukkan 4 cawan air dan masak sehingga mendidih, bila sudah mendidih kecilkan api, ambil lebih kurang 2 sudu besar (tbsp) asam jawa dan perahkan dengan 1/2 cawan air, tapis dan masukkan dalam kuah yang sedang masak. Masukkan gula sebanyak 5 sudu besar. Masukkan garam secukup rasa.
Jika inginkan kuah yang lebih dan pekat likat seperti mamak buat kuah, rendamkan 5-8 keping biskut merry, lenyekkan dan masukkan dalam kuah yang reneh.

Alhamdulillah, selesai tugas minggu ni. Nasi lemak budget Minggu hadapan kita stop kejap yer. CK Food akab berinfaq maka...
19/01/2024

Alhamdulillah, selesai tugas minggu ni. Nasi lemak budget

Minggu hadapan kita stop kejap yer. CK Food akab berinfaq makanan dari tanah suci Mekah & Madinah p**a.


Lama tak update aighhh...Malas / lupa ... Tapi kamu  ada jaaa.. Dengan aktiviti infaq setiap jumaat. Alhamdulillah. Juma...
16/01/2024

Lama tak update aighhh...Malas / lupa ... Tapi kamu ada jaaa.. Dengan aktiviti infaq setiap jumaat. Alhamdulillah. Jumaat ni pun insyaalah ada. Lepas tu cuti 2 minggu yaa.

Address

Seri Kembangan
43300

Opening Hours

Monday 08:00 - 19:00
Friday 08:00 - 19:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CK Food posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to CK Food:

Share

Category