08/12/2025
Kembar
Sepasang anak kembar tidak mungkin akan lahir melainkan daripada seorang ibu.
Kedua-duanya tidak mungkin keluar serentak dalam satu masa. Seorang akan keluar. Kemudian, seorang lagi akan keluar, mengikuti yang pertama, sejurus selepas itu.
Seterusnya, mereka akan membesar bersama.
Kedua-duanya tidak mungkin akan lahir melainkan dengan adanya seorang ibu.
Syaikh Muhammad bin Abu Bakar rahimahullah berkata:
العلم والعمل توأمان أمهما علو الهمة
"ILMU dan AMAL adalah KEMBAR . IBU kedua-duanya adalah KETINGGIAN CITA-CITA"
[Badai' Al-Fawaid ms:747]
Begitulah perumpamaan bagi ILMU dan AMAL . Ilmu dahulu. Diikuti amal. Kemudian, kedua-duanya mestilah bergerak seiring.
Kedua-duanya tidak mungkin dicapai melainkan dengab KETINGGIAN CITA-CITA.
Ya Allah, berikanlah kami cita-cita yang tinggi supaya kami memperoleh ilmu dan amal. Amin.
, 25/8/1435H.