Pondok Mechoffee

Pondok Mechoffee Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pondok Mechoffee, Coffee shop, JM380 Parit Bisu, Semerah, Semerah.

18/02/2026

Selamat berpuasa guys!!!

17/02/2026
29/01/2026

Lain orang, lain citarasa muzik πŸ•ΊπŸ»πŸ’ƒπŸ»

23/01/2026

Waktu hujung bulan ni, kena kreatif sikit nak boost sale 😈🀣

Terima kasih πŸ€—
14/01/2026

Terima kasih πŸ€—

14/01/2026

Baru nak diet cut sugar.. Dah kena paksa minum.. πŸ˜…

09/01/2026

Tak pernah sangka, drpd ekonomi kewangan antarabangsa beralih kpd industri kopi dan kafe.

Ini semua rahsia Tuhan. Kita watak yg harus melayari skrip yg sudah ditulis. Perjalanan yg masih jauh...

Cerita Pondok Kopi di akhir tahun 2025.Pondok Mechoffee memulakan langkah kecilnya dalam dunia perkopian pada Mac 2023.P...
31/12/2025

Cerita Pondok Kopi di akhir tahun 2025.

Pondok Mechoffee memulakan langkah kecilnya dalam dunia perkopian pada Mac 2023.
Pada awalnya, hanya dengan pondok kecil sebagai dapur dan rata-rata ruangan meja adalah 'open air' (tidak berbumbung).
Alhamdulillah kini pelbagai fasiliti sudah dapat dinaik tarafkan daripada ruangan tempat duduk, tandas, dan juga surau.

Ramai yang tidak sedar akan kewujudan kedai kami ini kerana dahulu kami berkonsep 'Kopi Lewat Malam', yang mana beroperasi hanya drpd 9mlm hingga 1pagi.

Namun, bermula Julai 2025, kami sudah mula memanjangkan tempoh beroperasi daripada 6.30 petang sehingga 1.00 pagi.
Menu pon kami tambah, jika dahulu hanya makanan berkonsep ringan, kini sudah ada makanan berat untuk santapan seisi keluarga.

Di Pondok Mechoffee, kami berusaha mewujudkan suasana yang tenang, santai, dan merehatkan.
Pelanggan boleh duduk di sini sambil bermain 'games' yang kami sediakan seperti UNO, Chess, Scrabble, Congkak, Carrom, dan banyak lagi.
Nikmatilah hidangan di sini dengan tenang dan tidak terburu-buru. 'Take your time'.

Selain itu, keunikkan di Pondok Mechoffee adalah bagi peminat kopi, kalian boleh melihat sendiri depan mata pokok sebenar 3 spesis kopi utama dunia iaitu, Kopi , Kopi , dan Kopi .
Pokok-pokok ini ada kami tanam di halaman kedai kami untuk memberi pendedahan kepada para pengunjung mengenai pokok kopi itu sendiri.
Jika bernasib baik, kalian dapat melihat bunga dan buah kopi sekali.
Pada penghujung 2025 ini, pokok Liberica sedang berbuah, Pokok Robusta baru saja habis bunga dan sedang berputik, manakala Pokok Arabica baru saja mula untuk berbunga!

Oh ya, buat masa ini, bean kopi yang digunakan utk 'fresh brew espresso' kami adalah houseblend kami sendiri yang diberi nama AROLICA blend.
Gabungan 3 spesis utama; Arabica + Robusta + Liberica

Pada yang berminat untuk singgah ke Pondok kami, ini adalah maklumat berkenaan kedai kopi Pondok Mechoffee :

β€’ Pondok Mechoffee
β€’ 6.30 petang - 1.00 pagi
β€’ Cuti setiap SELASA
β€’ Tiang Lampu JM 380 (Tepi Jalan Besar Batu Pahat-Muar) Parit Bisu, Semerah, Batu Pahat, Johor.

β€’ Google Maps :
https://maps.app.goo.gl/zt2stUEdc34wkLJ46

β€’ Waze :
https://waze.com/ul/hw234eeb6v

Semoga kita diberikan kesempatan untuk bersua. InsyaAllah.. πŸ˜ƒ

16/11/2025

Semoga jentera kura-kura yang baharu ni dapat membantu melancarkan lagi operasi Pondok Mechoffee.

12/10/2025

Sambutan Maulidur Rasul oleh Kumpulan Khaujakan di Pondok Mechoffee.
Ahad, 12 Oktober 2025.

Akmal 'Rocky' the Barista, officially signed out.Selamat menyambung pelajaran di menara gading.Terima kasih atas segala ...
28/09/2025

Akmal 'Rocky' the Barista, officially signed out.
Selamat menyambung pelajaran di menara gading.
Terima kasih atas segala jasa dan sumbangan.
Semoga maju jaya hendaknya. Aminn...

Address

JM380 Parit Bisu, Semerah
Semerah
83600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pondok Mechoffee posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pondok Mechoffee:

Share

Category