20/11/2019
Rahsia & Kelebihan Surah Al-Ikhlas
Surah ke 112 dan mempunyai 4 ayat.Antara surah yg terpendek dan paling mudah di hafal..
Al-Ikhlas bererti ‘Kesucian’ atau ‘Penulenan’. Ia adalah keikhlasan pengisytiharan Keesaan Allah yang Satu.
Surah ini adalah sebuah surah Makkiyah yang mengesahkan mengenai Bilal yang ketika diseksa oleh tuannya yang kejam, dia berulang kali mengatakan “Ahad! Ahad!” (Esa, merujuk kepada Allah s.w.t.).
1. Tercapai Setiap Hajat
Bacalah Surah Al-Ikhlaṣ 1,000 kali selepas solat Subuh dan Maghrib. Berdoalah dan minta apa yang dihajati. Allah akan mengabulkan semua yang diminta.
2. Penawar Penyakit
Dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali selepas setiap solat fardu, ia menjadi pelindung dan penawar kepada penyakit yang ada pada diri sendiri. Daripada Abu Hurairah – Rasululllah s.a.w. bersabda:
“Surah Al Ikhlas adalah penawar segala penyakit rohani dan jasmani.”
3. Menghindari Kes**aran
Jika di baca 3 surah ini, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas, pagi dan petang, nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.
Bacalah Surah Al-Ikhlas 3 kali sebelum terbit matahari dan 3 kali selepas terbenam matahari. Allah akan selamatkan diri dari segala kejahatan.
4. Menundukkan Orang Zalim
Bacalah Surah Al-Ikhlaṣ 1,000 kali selepas solat fardhu, kemudian berdoalah pada Allah supaya ditundukkan orang yang zalim itu.
5. Diselamatkan Dari Di Zalimi Makhluk Lain
Lafazlah ‘Ya Somad’ 133 kali setiap hari dengan istiqamah. InsyaAllah, akan selamatlah kita dari maksud jahat orang-orang yang jahat dan zalim.
Amalkanlah ‘Ya Somad’ 40 kali setiap hari. InsyaAllah selagi hayat dikandung badan kita selalu selamat dari maksud jahat orang-orang yang rakus.
6. Mengurangkan Rasa Lapar Dan Dahaga
Andai sedang di dalam musafir dan terasa haus serta lapar, cubalah amalan ini.
Bacalah Surah Al-Ikhlas dan lafazlah ‘Ya Somad’ sebanyak-banyaknya. InsyaAllah rasa letih, dahaga dan lapar akan hilang dengan sendirinya, sehingga badan kuat untuk meneruskan tujuan.
7. Menghindarkan Diri Dari Segala Bencana
Baca Surah Al-Ikhlas ini 1,000 kali pada waktu antara solat Maghrib dan Isyak. InsyaAllah anda akan dilindung dan terhindar dari semua bala bencana dan mara bahaya.
Sesungguhnya apa yg berlaku adlah ketentuan dari yg maha essa....
yg penting kita perlu sentia
Berdoa
Berusaha
Berikhtiar
Bertawakal