Kafe Haji Hambali

Kafe Haji Hambali "Bukan sekadar kolok, Ini kolok haji hambali"🥰🥰

🍜 Kolok mee • Canai • Nasi ayam penyet
❤️ Taste of Happy Family
⏰ Buka setiap hari | 6.30 pagi – 4.30 petang (ahad 2.30ptg)
📍Jalan Nyelong Bypass, Sarikei, Sarawak
👇Jom makan santai bersama keluarga!

🇲🇾 SELAMAT HARI MERDEKA SEMUA!Alhamdulillah, dapat kita sambut lagi Hari Merdeka tahun tok. ❤️Bagi saya sebagai orang ya...
31/08/2026

🇲🇾 SELAMAT HARI MERDEKA SEMUA!

Alhamdulillah, dapat kita sambut lagi Hari Merdeka tahun tok. ❤️

Bagi saya sebagai orang yang berniaga, merdeka bukan hanya tentang bebas daripada penjajahan.
Tapi juga tentang peluang untuk kita cari rezeki, bina kehidupan dan buat sesuatu yang kita banggakan.

Kadang-kadang kita rasa bisnes tok kecil jak… tapi dari bisnes kecil lah kita dapat bagi kerja, cari rezeki untuk keluarga dan kenal ramai orang.

Terima kasih kepada semua yang selama tok support Kafe Haji Hambali.
Tanpa customer, kami pun s*k dapat pergi jauh. 🙏

Semoga kita semua terus murah rezeki, sihat dan dipermudahkan urusan.

Selamat Hari Merdeka! 🇲🇾❤️

Masalah bisnes f&bSatu benda yang saya sedar bila dah lama berniaga F&B…Portion yang tak konsisten boleh makan profit ki...
26/08/2026

Masalah bisnes f&b

Satu benda yang saya sedar bila dah lama berniaga F&B…

Portion yang tak konsisten boleh makan profit kita tanpa kita sedar. 😅

Contoh mudah.

Hari ni staff letak ayam 150g.

Esok 180g.

Lusa 200g.

Pelanggan mungkin tak perasan sangat…

Tapi bila kita kira untuk 1 bulan, beza tu boleh jadi banyak.

Begitu juga dengan nasi, kuah, sambal, sayur dan bahan-bahan lain.

Sebab tu saya rasa dalam F&B, "agak-agak" memang tak boleh jadi sistem.

Kalau kita nak bisnes berkembang, kena ada standard.

Contohnya:

Ayam = berapa gram
Nasi = berapa gram
Sambal = berapa gram
Kuah = berapa ml

Bila portion standard:

✅ Food cost lebih senang dikawal
✅ Rasa lebih konsisten
✅ Pelanggan dapat portion yang sama
✅ Staff lebih senang bekerja
✅ Senang kira keuntungan setiap menu

Bagi saya, SOP bukan bermaksud nak menyusahkan staff.

SOP sebenarnya dibuat supaya staff tak perlu teka apa yang kita nak.

Kita bagi standard, mereka ikut standard.

Dan satu lagi…

Kalau owner sendiri tak tahu standard portion menu dia, susah nak tegur staff bila portion tak konsisten. 😂

Saya pun masih banyak benda yang saya sedang betulkan dalam bisnes.

Yang penting, hari demi hari kita improve.

‎📍 Lokasi kedai disarikei klik link di bawah 👇👇: https://maps.app.goo.gl/bhnwGijFY48pnAMN6?g_st=atm

‎📞 Hubungi kami segera 👇👇 :
‎www.wasap.my/60102722710/NAKORDER

‎“Bukan Sekadar Kolok… Ini Kolok Hj Hambali.”

24/08/2026
Dulu saya pun fikir…Kalau sales kedai tinggi, maksudnya bisnes tengah untung. 😅Rupanya tak semestinya.Contoh kedai sales...
22/08/2026

Dulu saya pun fikir…

Kalau sales kedai tinggi, maksudnya bisnes tengah untung. 😅

Rupanya tak semestinya.

Contoh kedai sales RM40k sebulan.

Bila tengok angka RM40k tu memang rasa best.

Tapi bila mula tolak:

stok
gaji
sewa
elektrik
gas
packaging
marketing
maintenance
wastage
dan macam-macam lagi…

baru nampak sebenarnya berapa yang tinggal.

Sebab tu sekarang saya lebih s**a tengok profit, bukan sales semata-mata.

Sales RM50k tapi untung RM3k…

Sales RM35k tapi untung RM8k…

Mana satu lebih sihat?

Bagi saya, yang kedua.

Satu lagi benda yang saya belajar…

Duit dalam bank pun belum tentu duit kita. 😂

Kadang-kadang nampak balance banyak, tapi sebenarnya duit tu dah "ada owner".

Supplier nak bayar.

Gaji nak bayar.

Sewa nak bayar.

Bil nak bayar.

Sebab tu kalau nak berniaga F&B, jangan terlalu seronok tengok sales.

Kena tahu juga duit masuk pergi mana.

Saya sendiri masih belajar benda ni sampai sekarang.

Dan makin lama berniaga, makin saya sedar…

F&B bukan sekadar pandai masak dan tarik pelanggan.
Kita kena pandai urus duit juga.

Ini satu benda yang dulu saya rasa remeh… tapi sebenarnya boleh makan profit kita s*kit-s*kit tanpa kita sedar.

------------------------
Kafe Haji Hambali
6.30pg - 4.30ptg(isnin - sabtu)
6.30pg - 2.30ptg (ahad)

‎📍 Lokasi kedai disarikei klik link di bawah 👇👇: https://maps.app.goo.gl/bhnwGijFY48pnAMN6?g_st=atm

‎📞 Hubungi kami segera 👇👇 :
‎www.wasap.my/60102722710/NAKORDER

‎“Bukan Sekadar Kolok… Ini Kolok Hj Hambali.”

BISNES F&BRamai orang ingat nak buka kedai makan, perkara paling penting ialah makanan sedap.Sebenarnya… itu baru permul...
21/08/2026

BISNES F&B

Ramai orang ingat nak buka kedai makan, perkara paling penting ialah makanan sedap.

Sebenarnya… itu baru permulaan

Base on my exp yg baru 15tahun dalam bisnes F&B, makanan sedap boleh buat pelanggan datang sekali.

Tapi yang buat pelanggan datang berkali-kali ialah:

→ Rasa yang konsisten
→ Harga yang berbaloi
→ Servis yang baik
→ Kedai yang bersih
→ Staff yang mesra
→ Order yang cepat
→ Pengalaman pelanggan yang menyenangkan

Sebab itu saya selalu pegang satu prinsip:

Jangan hanya fikir macam mana nak tarik pelanggan.

Fikir juga

"Apa sebab pelanggan nak datang semula?"

Sebab dalam F&B, pelanggan pertama kali mungkin datang kerana marketing.

Tapi pelanggan yang datang berkali-kali…

itulah yang sebenarnya membina bisnes.

‎📍 Lokasi kedai disarikei klik link di bawah 👇👇: https://maps.app.goo.gl/bhnwGijFY48pnAMN6?g_st=atm

‎📞 Hubungi kami segera 👇👇 :
‎www.wasap.my/60102722710/NAKORDER

‎“Bukan Sekadar Kolok… Ini Kolok Hj Hambali.”

🔥 Kini Dibuka Seawal 6.30 Pagi!! 🔥Kami pilih untuk buka lebih awal, supaya anda tak perlu tunggu lama.Setiap pagi, pas**...
15/08/2026

🔥 Kini Dibuka Seawal 6.30 Pagi!! 🔥

Kami pilih untuk buka lebih awal, supaya anda tak perlu tunggu lama.

Setiap pagi, pas**an kami akan memulakan persiapan lebih awal demi memastikan setiap mangkuk mee kolok yang dihidangkan sentiasa segar, panas dan berkualiti.

❤️ Bermula sekarang, Kafe Haji Hambali beroperasi:

🗓️ Isnin – Sabtu
🕡 6.30 pagi – 5.00 petang
(4.30ptg close order)

🗓️ Ahad
🕡 6.30 pagi – 3.00 petang
(2.30ptg close order)

Terima kasih kerana terus memilih kami sebagai tempat berkumpul bersama keluarga, rakan dan insan tersayang.

🍜Kalau rindu Mee Kolok, Char Siew, Itik Salai atau Roti Canai Goyang... kami tunggu anda seawal 6.30 pagi.

📍 Kafe Haji Hambali, Sarikei

Bukan Sekadar Kolok,
Ini Kolok Hj Hambali..🔥🔥

🌶️ KOLOK PEDAS KHH 🌶️Pilih level ikut keberanian anda:🟢 LEVEL 1 – Pedas SedapPedas ringan, masih santai.🟠 LEVEL 2 – Peda...
11/08/2026

🌶️ KOLOK PEDAS KHH 🌶️
Pilih level ikut keberanian anda:

🟢 LEVEL 1 – Pedas Sedap
Pedas ringan, masih santai.

🟠 LEVEL 2 – Pedas Ngam
Dah mula berpeluh… tapi masih nak suap lagi. 😂

🔴 LEVEL 3 – Pedas Terangkat!
Untuk kaki pedas yang betul-betul berani! 🔥

Berani cuba Level 3? 👀
Tag kawan yang selalu cakap, “Aku tahan pedas bah!” 😂

📍 Kafe Haji Hambali, Sarikei
⏰ Buka setiap hari | 6.30 pagi – 4.30 petang (close order)

Jom pilih level anda. Jangan tengok saja… TEST PEDAS ANDA! 🌶️🔥

🍜 Peminat Kolok & Canai, Ini Untuk Anda!Perut lapar awal pagi? Jangan risau!Kami dah buka 6.30 pagi. 🔥Kolok panas, canai...
10/08/2026

🍜 Peminat Kolok & Canai, Ini Untuk Anda!

Perut lapar awal pagi? Jangan risau!
Kami dah buka 6.30 pagi. 🔥

Kolok panas, canai rangup… tinggal datang saja!

Address

NO 5, Jalan NYELONG
Sarikei
96100

Opening Hours

Monday 07:30 - 18:00
Tuesday 07:30 - 18:00
Wednesday 07:30 - 18:00
Thursday 07:30 - 18:00
Friday 07:30 - 18:00
Saturday 07:30 - 18:00
Sunday 07:30 - 16:00

Telephone

+601115076987

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kafe Haji Hambali posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kafe Haji Hambali:

Shortcuts

Share