K'noffee

K'noffee 🕰️11:30am - 10.30pm (weekday)
🕰️11.30am - 11.30pm (weekend)
Specialty Coffee | Small Roaster | No Drama

Macam nda aku tepos di Facebook tau. Malar di IG hahaha. Anyway!Sebelum kita membabai 2023, sukacita dimaklumkan besok k...
30/12/2023

Macam nda aku tepos di Facebook tau. Malar di IG hahaha. Anyway!
Sebelum kita membabai 2023, sukacita dimaklumkan besok kami di Laluan Kreatif sampai tengah malam. Bawalah apa yang patut. Family ka, partner ka, kawan-kawanmu ka. Mana yang malar "gambar dulu aku!" tu, stanbylah kasi clear memory. Last day of 2023 sudah kan?
Lagi satu, ada sudah sini bunga api standby. Main bunga api memang. Biarlah orang bilang bahaya, at least main bunga api kau nampak bahayanya dibanding main sama perasaan orang. Hmm.
Nda aku pandai taip panjang-panjang. Nda juga tu kamu baca, macamlah aku nda kenal gaya kamu tu (ndaba)
Bah! Jumpa besok. Laluan Kreatif aa? ✌ (Kalau kau nda tau di mana tu, kau tanyalah kawanmu. Tau juga tu diurang)

Pesta Bazar Seni 3.0 @ Laluan Kreatif. What a day yesterday. Maceh atas supportnya warga Sandakan! Kamulah juga 😆Jumpa l...
27/11/2023

Pesta Bazar Seni 3.0 @ Laluan Kreatif. What a day yesterday. Maceh atas supportnya warga Sandakan! Kamulah juga 😆
Jumpa lagi nanti di Pesta Bazar Seni 4.0 k 🙏
"Kalau kamu nda di sini, kamu di mana selalu?"
"Saaaana kami di Memorial Park, Taman Tun Abdul Razak. Di dalam-dalam depan laut tu. So, come by anytime" 😉





Terima kasih sebanyak daun-daun di bumi buat pihak penganjur Darvel Festival 2023 atas undangan menjadi rakan strategi. ...
06/11/2023

Terima kasih sebanyak daun-daun di bumi buat pihak penganjur Darvel Festival 2023 atas undangan menjadi rakan strategi. What an experience to host a small pesta kopi for a small brand like K'noffee.
100 naskah buku belum tentu memberi pelajaran seperti pengalaman. Dan untuk itu, aku syukuri. Sampai jumpa lagi, Lahad Datu 🙏
Anyway, that's about it. Jumpa di Taman Tun Abdul Razak balik aa kamurang. Sama juga kita, patsikpun rindu kamu chiaa hahahaha!

Bah, patsikmu di Lahad Datu dulu menjual kupinya sempena Darvel Festival 2023 untuk seminggu, bermula 30hb Oktober sampa...
01/11/2023

Bah, patsikmu di Lahad Datu dulu menjual kupinya sempena Darvel Festival 2023 untuk seminggu, bermula 30hb Oktober sampai 5hb November.
Dan ya! Patcikmu juga akan merindui kamu semua.
Nah, jumpa di kompleks sukan Lahad Datu aa? Saaaana patsik di depan pentas gerainya hahahaha 😆

Segunung terima kasih dan shout-out buat  atas sumbangan buku-buku yang "juicy" ke mini lebri K'noffee. Your contributio...
27/10/2023

Segunung terima kasih dan shout-out buat atas sumbangan buku-buku yang "juicy" ke mini lebri K'noffee.
Your contribution will not only enrich K'noffee's mini lebri but also provide valuable knowledge and inspiration for others. Your generosity is greatly appreciated, and I am truly thankful for your support.
Sebenarnya, ada banyak lagi patriot yang donate, tapi baru p**a teringat yang aku ada page untuk bagi shout-out hahaha! Anyway, that'll be for another post for sure!
Again, thank you so much 🙏

Berakhirlah sudah Tour kita. Dari Laluan Kreatif ke Festival Sandakan.Terima kasih yang bebukit buat kamurang yang sudi ...
07/08/2023

Berakhirlah sudah Tour kita. Dari Laluan Kreatif ke Festival Sandakan.
Terima kasih yang bebukit buat kamurang yang sudi menyinggah vendorku yang nda seberapa, dengan tiada kanopinya lagi, dihambat lagi hujan hari pertama sama ke-5. Namun, untuk berkongsi rasa kopi sama kamu bagiku itu berbaloi.
Eniwe, kembali beroperasi di Taman Tun Abdul Razak mulai besok (8 ogos 2023). Macam biasa, 5pm - 11pm.
Kamu taulah akuini nda pandai menaip panjang-panjang, jadi, di tamanlah kita cerita aa?

P/s : Ini saja foto yang aku gambar sepanjang event. Kau tau, malu aku menggambar-gambar. Bida teleponku. Skrin lagi bagagar-gagar. Bilang urang putih yang tu hari "Your screen is like matrix having a glitch". Naa trauma aku hahahaha.
Bah! 👋

Ohya, anu...Sini aku di Padang Bandaran, Sandakan. Sempena Festival Sandakan yang berlangsung selama 6 hari bermula pada...
01/08/2023

Ohya, anu...

Sini aku di Padang Bandaran, Sandakan. Sempena Festival Sandakan yang berlangsung selama 6 hari bermula pada hari ini, 1 ogos sampai 6 ogos.

Senang juga tu kenampakan. Saaana ngam-ngam dekat monument "Padang Bandaran" tu. Kalau nda kena halaulah hahaha ndaba 😁

Bah datang kamu. Banyak pameran kebudayaan suku kaum Sabah dibuka di sini. Antara yang turut bergejala seperti vendor-vendor art, NGO, aktiviti kebudayaan, persempahan musik dan tarian tradisional sama... Banyaklah bah hahaha! Booth makanan jangan cerita, kau taulah urang Sandakan, kalau sudah bamakan kadang warna-warni yang keluar balik ndaba hehehe.

Bah. Sanalah kita cerita. Bai!👋

📍 Padang Bandaran Sandakan
🕘 9am - 10pm

Aku datang dahagakan pengalaman,orang Sandakan bagi aku kenangan.Shout out kamurang yang pigi Laluan Kreatif sepanjang 2...
30/07/2023

Aku datang dahagakan pengalaman,
orang Sandakan bagi aku kenangan.
Shout out kamurang yang pigi Laluan Kreatif sepanjang 2 hari ni. Termasuk mangak urang-urang putihnya hahaha! Nda saitu happening kalau bukan sapot dari kamurang mengasih meriah vendor-vendor kami🙏
Maceh yang teristimewa p**a buat pengunjung yang singgah datang ke Canoffee ku. You guys hit me in the soft spot of mine, truly. Sayang kamurang huehue 🙌
Jumpa lagi kita nanti di Festival Sandakan aa! Callo bette.

Selagi bapak kamu masih kenampakan di rumah, jangan kamu sia-siakan saat itu. Kerna bila itu sudah tiada, di situlah ker...
18/06/2023

Selagi bapak kamu masih kenampakan di rumah, jangan kamu sia-siakan saat itu. Kerna bila itu sudah tiada, di situlah kerinduan terhenti berbalas. Dan kerinduan tak berbalas itu satu perasaan yang sangat susah kau amankan.
Selamat hari bapak, pak! ♥

Buat semua wanita yang berkalung gelaran ibu di atas muka bumi ini,Selamat hari ibu ♥
14/05/2023

Buat semua wanita yang berkalung gelaran ibu di atas muka bumi ini,

Selamat hari ibu ♥

Address

Skate Park
Sandakan
90000

Opening Hours

Monday 17:00 - 23:00
Tuesday 17:00 - 23:00
Wednesday 17:00 - 23:00
Thursday 17:00 - 23:00
Friday 16:30 - 23:45
Saturday 16:30 - 23:45
Sunday 16:30 - 23:45

Telephone

+60128104963

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when K'noffee posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to K'noffee:

Share

Category