26/11/2023
GAISS SENANGNYE NAK BUAT CHEESE TART BLUEBERRY NI ⁉️⁉️
-------------------------------------------------------------------------
Srs senang gilerr.. Bahan-bahan pun senang nak dapat Nak resepi?
--------------------------------------------------------------------------
BAHAN-BAHAN:
- Bahan-bahan untuk tart shell:
- 250g tepung gandum
- 125g mentega tak bergaram
- 40g gula aising
- secubit garam
- 1 sudu besar susu tepung
- 1 kuning telur
- 1 sudu kecil esen vanila
Bahan-bahan untuk cream cheese filling:
- 500g krim keju
- 30g mentega tak bergaram
- 100g gula aising
- 1 biji telur (guna 3 sudu besar)
- 1 sudu kecil esen vanila
- ½ sudu besar jus lemon
- Jem blueberry
1) Cara Penyediaan:
1. Cara-cara untuk tart shell:
2. Ayak gula aising.
3. Asingkan telur kuning dengan telur putih. Ambil bahagian telur kuning.
4. Masukkan tepung gandum, gula aising, secubit garam, dan mentega tak bergaram lalu putar atau gaul adunan sehingga sekata sehingga menjadi seperti serbuk roti.
5. Masukkan susu tepung, telur kuning dan esen vanilla. Putar atau gaul sehingga kesemua adunan menjadi sebati.
6. Tambah air sejuk jika adunan terlalu kering sehingga adunan boleh digumpal.
7. Rehatkan doh selama jam dalam peti sejuk.
8. Sesudah itu, masukkan doh dalam acuan. Letakkan doh di tengah acuan lalu tekan dan ratakan ke bahagian tepi acuan sehingga rapat dan sekata.
9. Trim lebihan doh supaya kelihatan lebih kemas
Cucuk bahagian bawah tart menggunakan garfu untuk menggelakkan bahagian bawah tidak menggelembung semasa dibakar.
10. Bakar pada suhu 16c dalam masa selama 15-20 minit
11. Sesudah dibakar, keluarkan tart dari acuan dan sejukkan.
2) Cara-cara untuk cream cheese filling:
1. Masukkan cream cheese dan mentega tak bergaram kedalam bekas pengadun, lalu putar sehingga kedua bahan sebati.
2. Sambil putar, masukkan gula aising yang telah diayak, esen vanilla, telur, jus lemon (pilihan). Putar dalam anggaran masa 10 minit sehingga adunan menjadi pekat dan licin
3. Masukkan cream cheese dan jem blueberry secukupnya dalam piping bag.
3) Cara-cara untuk blueberry cheesetart:
1. Pipe kan jem blueberry filling kedalam shell tart diikuti dengan cream cheese diatasnya.
2. Gunakan air dengan basahkan di hujung jari lalu basahkan tajam di hujung cream cheese (pilihan).
3. Bakar blueberry cheesetart pada suhu 170 selama 10 -15 minit sehingga cheese tidak melekat bila disentuh, lalu sejukkan seketika.
4. Masukkan jem blueberry kedalam piping bag dan gunting sedikit hujung muncung piping bag.
5. Hiaskan atas cheesetart dengan piping blueberry filling mengikut kreativiti.
6. Kemudian, blueberry cheesetart siap untuk dihidang dan dijamu selera.
Tip:
- Mentega tak bergaram untuk adunan tart shell mestilah sejuk.
- Adunan tart shell boleh diputar menggunakan food processor atau digaul menggunakan tangan, asalkan adunan menjadi sekata.
- Adunan tart shell jangan diuli terlebih lama bagi mengelakkan pastry menjadi keras.
- Boleh gunakan alat penekan tart untuk lebih cepat dan mudah jika tidak mahu gunakan tangan,
- Tambahan jus lemon kedalam cream cheese membantu untuk menghilangkan muak cheese dan sedapkan lagi rasa cheesetart. Jadi, jus lemon adalah pilihan samada mahu ditambah kedalam, cheese tart ataupun tidak.
- Blueberry filling jangan masukkan terlalu banyak kedalam tart shell supaya tak melimpah keluar semasa dibakar.
- Gunting hujung piping bag cukup besar dalam besarnya dari bulatan tart shell dan pipe kan secara meninggi cream cheese kedalam tart shell.
Jika bakar cheesetart terlalu lama, tart shell akan menjadi merekah dan tidak cantik.
- Sebelum dihias blueberry cheesetart, pastikan cheesetart sudah sejuk bagi menggelakkan blueberry menjadi cair.
Untuk buat tempahan boleh PM kami di link yang disediakan.
https://wa.me/+601127729067