03/05/2025
๐ฐ๐๐ ๐๐
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐จ๐๐๐๐๐๐ ๐ฎ๐๐๐๐๐ ๐ผ๐๐๐๐ ๐ฉ๐๐๐
๐ ๐ฆ
Gambar ni diambil pada 24 Julai 2022 โ gambar pertama yang Bonda simpan sebagai kenangan paling manis. Tapi, jujurnya... masa tu rasa pahit sangat. Sekarang baru boleh senyum bila tengok balik.
Kami mulakan semuanya dengan barang-barang pinjam โ tong aiskrim, khemah, meja lipat โ semua milik keluarga suami. Barang pun dah uzur, tapi masih boleh guna. Lama sebenarnya Uncle ajak meniaga, tapi Bonda tak bersedia. Sampai satu hari, lepas balik dari bercuti di Langkawi, Bonda nekad. โLetโs get out of the comfort zone. Kalau tak mula, bila lagi?โ
Waktu tu Bonda cuma seorang โDomestic Engineerโ (a.k.a. suri rumah ๐ช๐ผ), jadi modal memang tak ada langsung. Tapi yang Bonda ada: keluarga dan mertua yang sangat supportive. Modal pertama dari ayah mertua, tong aiskrim dari ibu mertua (dulu meniaga pasar malam), khemah p**a pinjam dari adik ipar. Support moral? Dari family sendiri โ semua turun padang tolong meniaga.
Event pertama kami: Hari Sukan SKUYB. 5 jam meniaga, dapat RM700. Terkejut! Event kedua: Hari Sukan SKBK โ dapat RM1200! Fuhhh memang best. Tapi lepas tu cuba meniaga kat kawasan perumahan... dapat RM60 je. Masa tu Bonda menangis. Tapi Uncle tenangkan, katanya, โInilah beza meniaga time event dengan meniaga biasa. Crowd tak sama.โ
Menangis tu sekejap je, lepas tu terus fikir, โMacam mana nak bagi orang tahu pasal aiskrim goyang kita ni?โ Dari situ lah lahirnya akaun TikTok dan Facebook Aiskrim Goyang Uncle Bonda. Perlahan-lahan kami belajar dan upgrade.
Tanpa sedar, dah 3 tahun kami dalam bidang ni. Sekarang, fokus lebih kepada event โ wedding, hari sukan, rumah terbuka. Kenapa tak meniaga hari-hari dah? Sebab sekarang Bonda pun dah ada pekerjaan tetap. Bila fokus pada event, kita tahu anggaran hasil, tak perlu rasa kecewa. No more tears. Mental sihat, rehat cukup, masa pun lebih teratur, kewangan pun stabil. Insha-Allah.
Apa yang kami dah upgrade sepanjang 3 tahun berniaga? Tunggu sambungannya nanti.....
p/s : kuruskan Uncle waktu ni? kikikikiki ๐