17/09/2026
Dulu, ia cuma sebuah perjalanan. Hari ini, perjalanan itu menjadi sebuah cerita. 🎬❤️
Tak pernah terlintas di fikiran bahawa kisah jatuh bangun membina Ayam Norliza suatu hari nanti akan difilemkan dan ditonton oleh orang ramai.
TEKAD diinspirasikan daripada kisah sebenar pengasas Ayam Norliza, En. Baharudin & Pn. Norliza tentang keberanian untuk bermula, pengorbanan yang dilalui, cabaran yang ditempuhi dan usaha membina sesuatu dari bawah hingga menjadi seperti hari ini.
Terima kasih kepada KPKM, khususnya YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu, barisan pelakon hebat Beto Kusyairy, Nabila Huda, Kenji Sawahii & Pitt Razmi, seluruh produksi serta semua yang terlibat dalam menjayakan karya ini. 🙏
Kerana setiap kejayaan ada ceritanya.
Dan setiap cerita besar… bermula dengan satu langkah kecil.
Inilah kisah kami. Inilah TEKAD. ❤️🔥
DariBawah KisahSebenar