Sabak Salai

Sabak Salai Sabak Salai mula beroperasi pada Januari 2014. Sabak ialah sebuah rumah asap (smokehouse) atau tempat menyalai yang diperbuat daripada batu bata.
(1313)

💒 Kilang Sabak Salai dan Sabak Salai Shop
🏭 Pengeluar produk Salai No.1
🏭 Pengilang, Pembekal Daging Salai |OEM|RTE
📍 Rembau, Negeri Sembilan
📞 Pertanyaan: 011-5555 4560
🏢 Bernaung di bawah Trempire Venture 202303317852 (003559276-U) Kami membekal dan mengedar produk berasaskan ayam kampung, daging lembu, itik, ikan keli/sembilang dan puyuh yang disalai menggunakan sabak. Produk salai yang

disalai menggunakan sabak mempunyai rasa dan aroma yang tersendiri serta dapat memberikan kelainan kepada para pelanggan. Produk ini juga merupakan makanan yang sihat kerana tiada minyak, tiada garam dan semestinya kurang kalori. Produk ini hanya disalai menggunakan kaedah pengasapan secara tradisional daripada arang, kayu dan tempurung kelapa.

Kak Amy nak minta jasa baik semua, untuk support Sabak Salai Shop, di sini kami menyediakan Corporate Gift untuk di jadi...
07/07/2026

Kak Amy nak minta jasa baik semua, untuk support Sabak Salai Shop, di sini kami menyediakan Corporate Gift untuk di jadikan ole-ole istimewa tau. Jom cuci mata .😍🤩

❗️Kak Amy terjumpa satu hidden cafe yang buat Kak Amy terus cakap…❗️“Eh… nasi goreng dengan dada itik salai? Rare ni!” 😳...
07/07/2026

❗️Kak Amy terjumpa satu hidden cafe yang buat Kak Amy terus cakap…❗️

“Eh… nasi goreng dengan dada itik salai? Rare ni!” 😳

Biasanya kita jumpa nasi goreng ayam, daging, seafood… tapi yang Kak Amy jumpa ni, lain dari yang lain 🤔

Bila sampai je, memang tak fikir panjang, Kak Amy terus order. Sekali suap… memang faham kenapa orang sanggup datang semata-mata nak makan menu ni.

Dada itik salai dia lembut, juicy, ada aroma salai yang wangi tapi tak terlalu kuat. Bila makan sekali dengan nasi goreng panas-panas tu… memang ngam. Lagi best siap ada telur mata dengan timun, simple tapi dah cukup buat kita terliur 🤤

Yang Kak Amy paling s**a, menu macam ni bukan senang nak jumpa. Kalau orang tak bagitahu, memang tak terfikir pun ada cafe yang berani buat menu seunik ni.

Kadang-kadang tempat yang tak viral sangat ni lah sebenarnya simpan “permata”. 🤩

Kalau korang jenis s**a cuba makanan yang lain daripada kebiasaan, Kak Amy rasa menu ni memang wajib masuk dalam list.

Siapa dah pernah cuba Nasi Goreng Dada Itik Salai? Atau pun ni kali pertama korang dengar menu macam ni? 👀

07/07/2026

Finally, produk HOT SELLING, Itik Salai kita dah kembali di Tiktok kita!

06/07/2026

Rendang ni selalunya orang teringat waktu hari raya je kann? Tapi zaman sekarang hari hari , hari raya .

‎Jadi hari nii saya nak bercerita tentang Rendang , especially Rendang Rembau.

‎Rendang Rembau , apa bezanyaa dengan rendang lain?
‎Ha ni yang saya nak kongsikan dengan awak harini .

‎Yang jelas dan nyata adalah dari segi warna , warna Rendang Rembau ni sedikit gelap berbanding rendang yang lain . Aromanya pun lain dari yang lain.

‎Warna Rendang Rembau ni , tak kemerahan macam Rendang Cili Kering dan tidak kehitaman seperti Rendang Tok , sebaliknya warna Rendang Rembau sedikit coklat gelap hasil daripada proses karamelisasi santan yang pekat.

‎Rendang Rembau ni mengunnakan elemen rempah ratus dalam masakan , rempah yang mungkin asing bagi cara masakan rendang pada amnya. Rempah ratus tu p**ak antaranya Biji Ketumbar , Jintan Manis , Jintan Putih Dan Bunga Cengkih...dan banyak lagi sebenarnyaa.

‎Semua ni turun temurun sejak zaman berzaman , pengunaan rempah ratus tu pun ada sebabnya.Sebagai contoh Jintan dan Ketumbar dapat berikan rasa dan aroma yang lebih mendalam , bahan bahan tu juga berfungsi untuk menyerap lemak santan dengan baik tanpa perlu adanya kerisik.

‎Cara memasaknya pun sedikit berbeza , boleh kata kan Rendang Rembau ni hampir tidak menggunakan minyak.Cili , santan , daging dan rempah semuanya dimasukkan serentak kedalam kuali....

‎Semuanya makan masa yang lama untuk menghasilkan sajian warisan ni , tapi kalau bukan kita yang nak pelihara warisan ni , siapa lagi ?

‎Dalam usaha menjaga warisan , Sabak Salai mengeluarkan produk rempah diraja dan juga rempah qween yang memudahkan awak untuk cuba masak Rendang Rembau . Ingat takk saya kata rempah ni turun temurun? Ha Rempah kita ni originated back from 1860 , waktu tu rempah ni menjadi bahan masakan jamuan Istana. Bukan biasa biasa tauuu awak. Kita basuh semua bahan bahan rempah supaya tak ada kutu kutu. Barulah kebersihan terjaga tauuu. Lepastu kita jemur di bawah cahaya matahari untuk beberapa tempoh tertentu dan yang terakhir semua bahan tu perlu di sangai..

‎Dengar pun leceh kann?

‎Kalau nak tahu apa perbezaan antrara kedua rempah ni , kemudian harinya saya akan ceritakan.

06/07/2026

👩🏻‍🍳 Resipi Loaded Fries Beef Bulgogi ni tengah famous sekarang 😋 Selamat Mencuba!!

05/07/2026

Gen Z dah dapat approval dari Gen Millenial ✅🤣

03/07/2026

Jom kita dengar apa komen-komen cust yang selalu masuk live dan bagi feedback yang positif 💪🏻😘

Harini saya ada story menarik nak share dengan awak , nak dengar tak?Okay kalau nak meh dekat sikit..Minggu lepas Sabak ...
03/07/2026

Harini saya ada story menarik nak share dengan awak , nak dengar tak?
Okay kalau nak meh dekat sikit..

Minggu lepas Sabak Salai ada terima panggilan dari sebuah restoran di Masai , yang bertanya tentang pembelian Daging Salai secara borong ..
Kami pun buat discussion dengan pemilik restoran dan semasa perbincangan tu client ada tanya kami beberapa perkara.

Mula mula dia tanya tentang MOQ , untuk yang tak familliar MOQ tu ,minimum order quantity ..
Saya pun tanyalah client ni , beli ni untuk jual semula ke atau untuk jadikan hidangan restoran .
Sebabnya kami jual Daging Salai ni 95 RInggit untuk 1Kg di kedai , katanya nak beli secara borong.
Saya beritahu pada client MOQ untuk Daging Salai kita 10Kg , dapat murah banyak kalau nak dibandingkan dengan beli sekilo sekilo.

Client tanya lagi daging yang kita salai ni guna bahagian apa dan berapa ketebalannya.
Saya pun jawablah kita guna bahagian Silverside sebab bahagian ni antara bahagian yang sedap dan kurang lemak.
Bagi ketebalan p**ak , 4 mm adalah ketebalan standard bagi kami.

Kalini client tanya p**a tentang upah salai , saya pun beritahu yang upah salai ni lebih murah tapi...'

Daging perlu beli sendiri , kalau beli dalam kuantiti yang banyak macam kami yang sekali ambil kurang kurang 1 tan dapatlah murah ,
kalau beli setakat 20 - 30 kg tak berbaloi.
Belum ambil kira transport pergi dan balik untuk hantar dan ambil daging , kalau lepas kira kira semua tu beli Daging Salai yang dah siap lagi mudah.

Pendekkan cerita , client terus nak order Daging Salai 100 KG dengan ketebalan 2.5mm .
Tapi saya p**ak yang risau , macam nipis sangat je potongan yang di request..saya hantar gambar beberapa opsyen potongan daging dekat client.
Dan akhirnya client pun proceed dengan ketebalan yang di request.

Masuk p**a bab penghantaran..

Kalau nak menghantar produk sejuk beku ni seeloknya gunakan Cold Truck tapi mahal la kos nya , boleh sampai RM 600 - 1000 lebih .
Bas p**a mahal sebab ikut per box , kalau dah sampai 100kg berapa kotak yang nak kena guna kan?
Lalamove pun agak pricey bagi client...akhirnya client request untuk kami yang buat doorstep delivery , memudahkan urusan katanya.

Saya pun start engine kereta Ford (diesel MAHAL ye awaknya) dan loading barang yang akan di hantar ,
Daging Salai yang nak dihantar ni diletakkan dalam Ice Box warna oren yang besar , jadi sepanjang perjalanan kami 3 - 4 jam ke Masai tu daging masih kekal beku.
Daging pun dah dibekukan seharian di dalam Coldroom sebelum dihantar , jadinya bila client terima produk tu masih dalam keadaan fresh frozen.

Bermulalah perjalan kami ke Masai...jauh juga rupanya ye Masai ni ,3-4 jam jugalah untuk sampai ke destinasi yang kami tuju..terasa penat nya.
Tapi Alhamdulillah dalam masa yang sama dapatlah kami jalan jalan makan angin .

Sampai je kami disana , kami terus handover daging yang client minta. Lega rasanya bila semua dah selesai , saya pun happy bila client puas hati .

Jadi kepada pengusaha restoran atau cafee , jika anda memerlukan pembekal produk salai ..

Sabak Salai mempunyai lebih dari 20 produk , jangan malu malu untuk pm kami yeee.

02/07/2026

"Kenapa menyalai mesti guna tempurung kelapa?" "Pakai kotak ke pelepah ke tak boleh ke?"

Hahahahaha awak ni nak menyalai ke nak buat pembakaran terbuka?

Boleh je gunakan bahan bakar yang lain , tapi kami pilih untuk menggunakan tempurung kelapa.

Kalau awak nak tahu , dah berzaman orang - orang Rembau ni menggunakan
tempurung kelapa semasa proses menyalai..Tapi kenapa kan?

Untuk pengetahuan awak , tempurung kelapa ni sebenarnya bahan bakar yang bagus tau .

Sebabnya , tempurung kelapa ni mempunyai kandungan "Lignin" yang tinggi .
Lignin yang tinggi ni dapat menstabilkan pembakaran ,
jadi takdelah masa bakar tu tiba tiba api naik marak . Dah hangit p**ak bahan Salai kita tu nanti kan.

Macam yang awak tahu , proses menyalai ni makan masa berjam jam.
Untuk dapatkan hasil Salai yang sekata bara mestilah konsisten kan ?
Jadi bara dari tempurung kelapa ni dapat bertahan lama tau disebabkan oleh strukurnya yang keras.

Lepastu , semasa proses nak menjadi bara asap yang terhasil p**a taklah banyak dan hitam awak.
Sebaliknya asap dari tempurung ni sangat halus dan beraroma . Gabungkan p**ak dengan aroma dari Kayu Rambutan..
fuh yang kenyang pun jadi lapar bau nya.

Jadi awak kalau nak rasa macam mana rasa sebenar-benarnya Originality Salai Rembau ni , betapa wangi aromanya dan kesedapannya..

Cubalah Produk Salai , dari Sabak Salai.

01/07/2026

Perkongsian Abang Taqdir untuk staff-staff Sabak Salai berkaitan dengan sejarah penyalaian.. Penyalaian ni bukan sekadar memasak, tapi ianya warisan teknik pengawetan turun-temurun. Kalau difikirkan, orang dulu-dulu tak ada peti sejuk, so mereka mengawet daging dengan cara menyalai di atas api kecil yang menghasilkan asap, bukannya api yang membakar tu 🙏🏻 Dapat sesuatu?

Address

Lot 1626, Kampung Kundur Tengah
Rembau
71400

Opening Hours

Monday 10:00 - 17:00
Tuesday 10:00 - 17:00
Wednesday 10:00 - 17:00
Thursday 10:00 - 17:00
Friday 10:00 - 17:00
Saturday 10:00 - 17:00
Sunday 10:00 - 17:00

Telephone

+601155554560

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sabak Salai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sabak Salai:

Share