02/05/2026
📢 JAWATAN KOSONG 📢
PENOLONG KEDAI
AMY CAFE, KAMPUNG BANGSEK, PASIR MAS
SKOP TUGAS:
1. Layanan Pelanggan: Menyambut pelanggan, mengambil pesanan, menghantar makanan/minuman, mengemas meja & menyusun pinggan mangkuk. Sentiasa mesra dan respon cepat pada permintaan pelanggan.
2. Bantu Dapur: Membantu mencuci & memotong bahan mentah, mencuci pinggan, serta membersihkan dapur. Perlu cekap dan cepat belajar.
3. Kebersihan Premis: Menjaga kebersihan keseluruhan kafe termasuk lantai, meja kerusi, tingkap dan ruang dapur agar sentiasa bersih & kemas.
4. Tugas Sampingan: Membantu di kaunter, juruwang, semak stok bahan. Patuh arahan dan fleksibel jika ada situasi tak dijangka.
5. Pengetahuan Menu: Kena tahu menu makanan & minuman kafe untuk terangkan pada pelanggan dengan jelas.
SYARAT KELAYAKAN:
- Warganegara Malaysia, perempuan
- Berumur 18 tahun ke atas
- Waktu bekerja: 10.30 pagi hingga 7.30 petang
- Cuti rehat: Setiap Hari Selasa
- Sikap rajin, jujur dan amanah
- Berkebolehan berkomunikasi dengan baik
- Pengalaman tidak diperlukan, latihan disediakan (asalkan ada niat belajar)
GANJARAN:
- Kadar Gaji Harian: RM30.00 – RM50.00 sehari
- Bayaran kerja lebih masa (OT) dikira serta ada (bonus)
- Makanan dan minuman disediakan semasa waktu bekerja
CARA MEMOHON:
Hubungi: 011-1063 4518 ( Amy)
Boleh terus WhatsApp atau datang walk-in interview di kafe. Jika diterima, boleh mula kerja serta-merta!
Rajin pasti ada rezeki. Suasana kerja best, kawan-kawan semua sporting. Kalau anda cekap & s**a berborak dengan orang, jom sama-sama majukan Amy Cafe!