06/01/2024
Salam sayang untuk semua,
Dengan rasa sedih dan dukacita kami ingin memaklumkan bahawa Restoran KMR - King's Mee Rebus akan menutup operasi sepenuhnya pada hari Ahad, 14 Januari 2024.
Jika ingin menikmati hidangan makanan dari restoran kami buat kali terakhir sebelum merinduinya, kami akan membuka restoran untuk minggu terakhir dari Ahad, 7 Januari 2024 hingga Ahad, 14 Januari 2024 dari jam 12.00tgh hingga 7.00mlm. (Tutup pada Sabtu)
Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda selama kami beroperasi.
Kami ingin memohon jutaan kemaafan jika selama kami beroperasi telah melakukan sebarang kesilapan atau terdapat apa-apa kekurangan.
Semoga kita dapat berjumpa lagi👋👋👋