Mee Bandung Pak Yem Power MUAR

Mee Bandung Pak Yem Power MUAR Rempah Mee Bandung Pak Yem sesuai di masak dengan pelbagai Mee dan juga di jadikan Inti Popia..Anda

31/08/2026
31/08/2026

Ramai orang dah baca penjelasan 9 muka surat Datuk Azizulhasni Awang sebagai satu tuntutan.

Tapi sebagai bekas atlet dan alumni Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), saya baca posting tu dengan rasa ralat yang amat mendalam.

Seingat saya masa kami satu sekolah dulu, Azizul memang berdisiplin tinggi. Sejak usia 16 tahun lagi.

Ketika remaja lain masih tidur, jam 5 pagi mamat ni dah kayuh basikal. Training heavy. Jam 9 pagi kena terpacak dalam kelas sambung sesi persekolahan semata-mata demi mengharumkan nama Malaysia.

Daripada pingat emas Sukan Komanwel Glasgow. Sampailah bergelar Juara Dunia dan pemenang pingat Olimpik.

Tapi hari ini, kita terpaksa tengok seorang legenda dunia terpaksa tulis surat panjang lebar. Demi satu perkara je. Satu keputusan firm untuk LA28. Itu je.

7 tahun saya bergelar atlet profesional. Saya faham sangat sepak terajang birokrasi pengurusan atlet ni.

Sebelum tu semua orang kena faham ya. Kita bukan sedang bincang tentang atlet level wakil sekolah tau. Ini world class athlete. Pemenang pingat Olimpik. Juara dunia. Isu ni bukan pasal usia dia 38 tahun. Isu ni pasal merit dia yang masih proven sampai sekarang.

Jaguh dunia dengan proven result macam ni tak boleh dilayan guna SOP birokrasi biasa. Sepatutnya kena gunakan meritokrasi tulen.

Bukan budaya lapuk pilih favourite. Bukan pilih bulu atau apa sahaja tindakan yang selama ni telah rosakkan ekosistem s**an negara kita.

Kenapa pihak pengurusan s**an kita susah sangat nak bagi ketetapan firm?

Dua penyakit kronik.

Risk aversion dan kebimbangan hilang kuasa kawalan.

Pihak tertinggi lebih selesa berlindung di sebalik jawatankuasa berlapis. Sebab takut buat keputusan luar biasa. Bagi atlet yang luar biasa.

Malah bila atlet sendiri tawarkan diri nak bergerak profesional, lepaskan geran demi bangunkan pelumba muda di SSBJ, sistem kita nampak itu sebagai ancaman. Bukan peluang.

Sebenarnya isu ni tak payah rumit. Cukup satu jawapan yang FIRM. YES or NO?

Jika YES mesti ada surat rasmi dan terus susun pelan tindakan komprehensif ke arah itu. Kalau hanya cakap mulut agak s**ar untuk seorang atlet menyusun halatuju perancangan latihan.

Azizul dah cakap terang-terang dalam surat tu. Bukan soal dia nak sambung atau bersara. Soalnya sama ada Malaysia perlukan khidmat dia atau tidak?

Saya yakin dia memang tunggu satu perkataan tu je. Tak payah berbulan-bulan berbincang. Tak payah jawatankuasa berlapis. YES atau NO. Lepas dapat jawapan baru dia boleh terus fokus susun kehidupan seterusnya.

Kalau tak, terapong lah dia.

Kalau isu ni dapat keputusan firm dan selesai cepat dari bahagian dalaman, tak mungkin Datuk Azizulhasni perlu tulis panjang lebar di media sosial.

Bila ini berlaku, ia menunjukkan bukti kegagalan dan kelemahan tadbir urus sesebuah institusi yang diharapkan menjadi tulang belakang kepada atlet.

Sebagai kepimpinan muda yang menerajui kementerian, pengurusan tertinggi sepatutnya berani membawa pendekatan baru. Lebih dinamik, lebih agresif dan lebih berani buat keputusan tuntas.

Kalau kepimpinan hanya selesa guna pendekatan pasif atau sekadar dengar sebelah pihak tanpa tengok realiti di lapangan, akhirnya prestasi dan kebajikan atlet yang jadi mangsa.

Ni kita baru cerita s**an berbasikal. Sebab kita ada tokoh gergasi yang berani bersuara.

Persoalannya, bayangkan berapa banyak lagi nasib atlet marhaen yang terkubur senyap di balik tabir birokrasi. Sebab mereka tiada platform untuk bersuara dan risau tenang periuk nasi mereka?

Saya dan rakyat Malaysia berharap pihak kementerian dapat selesaikan isu Datuk Azizulhasni Awang ni secepat mungkin. Dengan telus dan efisien.

Gantikan budaya birokrasi lapuk dan amalan favouritism dengan pengurusan berasaskan merit.

Demi masa depan s**an negara.

Pemimpin yang berani buat keputusan FIRM, itu yang kita perlukan untuk sambut kemerdekaan yang sebenar.

Salam Kemerdekaan.

17/06/2026

Mee Bandung pak yem

23/01/2023

BUAT KERJA GILA DIAORANG NI
Tahun 1981 ada couple kat Johor ni… kena sampuk agaknya… Dia fikir nak buka restoran mcm Kepci.. and nak lawan Kepci

1. Berdekah dekah masyarakat ketawa kan si Nancy dgn suami nama Lawrence…

2. Lagi gelak besar orang bila Nancy dgn Lawrence cakap…
“kita olang mau buat itu halal punya kedai… kasi senang melayu makan happy happy takda susah”…

Ramai geleng kepala… sapa je nak makan makanan halal kat kedai apek ni???

3. Diaorang keluar duit sendiri, pastu pinjam kawan dan sedara mara… ada lak yang terpedaya bagi pinjam kan…. “Aiyaa kasi can la itu nancy banyak kesian ooo” kata pakcik Nancy

4. Masa ni bank taknak bagi pinjam tapi diaorang raise fund and dapat kumpul 120 ribu (zaman tu pun dah ada ECF)

5. So diaorang buka la first outlet kat Johor.. Guna nama Marrybrown simply pasal dia rasa nama ni catchy dan ada international appeal… awal dah fikir nak keluar negara

6. SeTahun lepas tu …tahun 1982 saya lahir… mcm takder kaitan kan…sabar dulu, baca sampai habis

7. 1986 dia buat francais… mmg fikir nak grow je

8. 1989 start introduce nasi ke Marrybrown… ramai yang rasa amender restoran QSR ada nasi.. takder standard langsung

9. Tapi orang tak sedar, Lawrence dah fikir… kalau 100% american style… camner nak lawan kepci… dia nak buat Malaysia style QSR (Quick Service restaurant)… banyak elemen Malaysia dia bawa.. Sate pun pernah

10. 1992 Marrybrown jadi Restoran Malaysia pertama yang buka outlet di luar negara secara Francais

11. 1996 dia start buat kerusi buaian … Saya pening kalau makan Marrybrown masa ni… terbuai buai

12. 20 Jan 2023 … 41 tahun lepas saya lahir… 42 tahun lepas dia buka… Bangga saya nak share kat korang… Marrybrown adalah rangkaian francais HALAL terbesar di dunia

13. Bangga sebab orang Malaysia berjaya capai kejayaan sebesar ini… outlet Marrybrown bersepah serata dunia… Negara kecil ini Menjadi Champion dalam Industri Halal !!!!

14. Tapi jeles juga kenapa saya sendiri, sebagai muslim belum mampu nak ada bisnes dgn sijil Halal… Kejayaan Dato Nancy dan suami bagi saya adalah satu inspirasi untuk saya usaha lebih lagi… saya pun nak berusaha bagi seiring dgn diaorang

15. Padahal mereka buat bisnes yang dah ada orang buat, menu biasa, konsep biasa dah orang buat… Competitors pasaran yang dia nak masuk adalah jaguh dunia.. Nak lawan Mekdi and Kepci kat Malaysia… negara yg rakyat nya mmg s**a makanan QSR amarika ni ?? (Dan masa tu mmg susah orang nak sokong local brand)

16. Takder benda baru tapi dia berusaha melaksana kan konsep dgn kesungguhan dan penerapan budaya setempat untuk membeli jiwa pelanggan… Benda biasa jadi luar biasa

17. Saya tak check berapa sales diaorang tapi pengamatan saya ratusan juta tu biasa je utk mereka..: tak jumpa bila saya buat quick search pagi and malas lak nak beli ssm dia

18. Tapi… citernya…Sambil orang gelak kan diaorang, diaorang berusaha sampai hari ni… oulet ada lebih 500

19. Bila orang kampung fokus pertikaikan halal ke nak makan kedai cina ni? Dia fokus buat sistem yang patuh Halal dan Haramnya… Dapat sijil halal… pastu mengajikan beribu ribu orang islam bagi ada pendapatan dan kehidupan baik… nampak tak… lain fokus memberi lain hasil kan…

20. Moral of the story
📍Usaha luar biasa convert hasil luar biasa
📍Boleh raise fund dgn public kalau takder modal
📍Kena ada fokus dan abaikan org gelak
📍Ada target market yang betul

21. Saya menulis tentang industri F&B dan pandangan saya , dgn hasrat untuk memberi harapan dan inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia … Kita Boleh !!!

Sumber :- Mohd Nazryi Md Akim

Semoga Bermanfaat

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

***

Address

Gerai Yem No 1 Bangunan Mara Riverview Jalan Maharani
Muar
JALANMAHARANI84000

Telephone

+60177758301

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mee Bandung Pak Yem Power MUAR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mee Bandung Pak Yem Power MUAR:

Shortcuts

Share

Category